Asuh

5 Rahsia Untuk Tidurkan Anak Tanpa Paksaan, Sekejap Je Dah Lelap Mata

11
SHARES

Semasa bayi anda sedang tidur, mereka tidak hanya mengumpul balik tenaga tetapi pada masa yang sama, ia membenarkan otak mereka menyerap apa yang telah mereka pelajari dan temui pada hari itu. Perkembangan otak berlaku ketika mereka sedang tidur.

Ramai ibu bapa yang mengalami masalah untuk menidurkan anak lebih-lebih lagi yang sedang aktif seperti kanak-kanak yang berumur 2 hingga 4 tahun. Ada yang terpaksa berkejaran dengan anak yang enggan tidur dan tidak berhenti bermain. Puaslah memujuk tetapi mereka masih enggan tidur. Jom baca artikel ini!

Baca juga: Jadilah ‘Morning Person, Ini 6 Manfaat Yang Diperolehi Bila Bangun Awal Pagi!

5 TIPS RAHSIA UNTUK TIDURKAN ANAK

Tips pertama, malapkan lampu sebelum tidur. Malapkan lampu 1 jam sebelum tidur akan naikkan hormon Melatonin anak yang membantu anak rasa mengantuk dan jadi cepat tidur.

Tips kedua, jaga waktu tidur anak. Mengikut kajian, anak yang mempunyai ‘regular bedtime’ lebih hebat kemahiran membaca dan skor matematik.

Tips ketiga, jauhkan kafein, TV dan laptop 1 jam sebelum tidur. Jauhkan juga aktiviti yang buatkan anak terlampau letih. Anak yang ‘overtired’ biasanya susah untuk tidur.

Tips keempat, sediakan tempat khas untuk anak tidur. Jangan buat aktiviti lain di tempat tersebut kecuali aktiviti tidur. Ianya buatkan anak cepat lelap sebab badan dan otak anak jadi ‘connect’ dengan tempat itu sebagai tempat untuk tidur.

Tips kelima, rutinkan anak tidur siang 15-30 minit setiap hari untuk topup kembali waktu tidur anak yang terkurang. Bahaya anak yang tak cukup tidur ini. Anak tak cukup tidur ini bahaya pada otaknya, badanya dan perkembangannya.

Sumber: Facebook Taufiq Razif

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×