“Guna konsep lipat dan ‘tuck in’ memang terbaik sebab, selongkar lah cara mana pun, In Sha Allah lipatan baju masih kukuh dan tak terlerai.
Bila dah puas anak selongkar sampai laci kosong, ibu2 hanya perlu susunkan semula jer.. Dah tak payah penat2 lipat balik.. Cuma kemas2kan lipatan jika perlu..
Sesaja share, mungkin ada kawan2 yang mengalami masalah yang sama.. Kita lipat2, tak sampai 10minit dia dah selongkar balik..dah nak kena lipat lagi..”
Inilah perkongsian daripada Puan Asfah Roziati Ismail, melalui laman Facebook peribadinya, Ojie Ismail. Memang praktikal dan mudah difahami, siap ada langkah ‘step-by-step’ yang dikongsikan. Lagi satu, senang nak cari baju dan seluar yang sepasang. Nanti tak adalah masalah ayahnya salah padankan baju dan seluar, kan? (Hehe)
Cara Lipat Baju Konsep ‘Tuck In’
1. Mula-mula, butangkan butang paling atas dan bawah. Kalau rajin butangkan semua pun boleh.
(Kalau baju tak ada butang, tak payah la butangkan.. Hihi)
2. Terbalikkan baju
3. Letak seluar
4. Lipatkan kaki seluar ikut panjang baju
5. Lipat bahagian badan baju. Pastikan bahagian bahu lurus ya. Sebab nanti nak jadikan ‘poket’.
6. Kemudian, lipat lengan baju.
7. Lepas tu, lipatkan lengan yang lagi sebelah.
8. Lipat begini ya ibu-ibu.
9. Lipat 1/3 baju..
10. Masukkan kan hujung baju ke bahagian belakang baju (yang macam poket tadi) Kalau tak faham, sila tengok gambar.
11. Begini hasilnya!
12. Haa… Kan dah mudah nak simpan! Nak tengok saiz dan jenama apa pun senang sebab boleh tengok label baju.
Jadi, nak pilih baju pun senang. (Tak adalah ayahnya asyik tersilap ambil baju lain, seluar lain..)
13. Ini pandangan tepi. Memang padat lipatan macam ni. Dapat jimatkan ruang simpanan.
Tapi, kena asingkan mana yang lengan panjang dan pendek. Nanti dah naya diri sendiri pula terpaksa buka lipatan sebab nak ‘check’ baju lengan panjang ke pendek.. Hihi..
Bila dah siap susun, macam nilah rupanya.

Foto Kredit: Akaun FB Ojie Ismail
Cara Lipat Tuala Konsep ‘Tuck In’
Kalau nak lipat tuala, bedung atau lampin pun pun boleh gunakan cara yang sama.
1. Mula-mula, lipat dua.
2. Lipat 1/3
3. Lipat lagi.
4. Lepastu, buat macam gambar bawah ni untuk buat ‘poket’ macam tadi.
5. Haa.. Ni poketnya. Nampak tak?
6. Lepastu, selitkanlah lebihan tadi ke dalam poket tu.
7. Siap!
Semoga cara lipat baju dan tuala yang dikongsikan oleh Puan Ojie tadi dapat dipraktikkan oleh ibu-ibu dan bapa-bapa yang gigih melipat baju anak (walaupun selalu kena selongkar!).
Terima kasih juga kami ucapkan kepada Puan Ojie atas perkongsian bermanfaat ini.
Jika anda ada tips menarik untuk dikongsikan dengan kami dan para ibu yang lain, bolehlah hubungi kami melalui fanpage Facebook kami di SirapLimau.com