Sihat

Serangga Masuk Telinga, Nak Kena Buat Apa Ni?

13
SHARES
serangga masuk telinga

Mungkin ada dalam kalangan kita yang pernah rasa macam ada sesuatu bergerak-gerak dalam telinga bukan? Bila korek dengan menggunakan cotton bud macam tiada apa-apa tapi telinga masih rasa gatal sampai rimas dibuatnya. Nampaknya ini adalah tanda telinga anda sudah dimasuki serangga dan anda perlu dapatkan rawatan segera!

Berikut merupakan antara langkah-langkah awal jika serangga masuk ke dalam telinga anda. Hati-hati!

Baca juga: Ini Apa Anda Perlu Tahu Tentang Kanser Ovari, Kanser Ke-4 Paling Tinggi Dalam Kalangan Wanita

SERANGGA MASUK TELINGA, NAK KENA BUAT APA NI?

“Dr, tolong tengokkan telinga anak saya, nampak mcm ada serangga. Dia asyik menangis dan sakit dalam telinga” – Ini adalah situasi yang saya biasa alami di klinik hampir setiap minggu.

1) JANGAN PANIK/KALUT

-Ini sangat penting, bukan sahaja bagi kanak-kanak, tetapi untuk orang dewasa juga (jangan terkejut, saya pernah dapat pesakit dewasa yang sangat agresif ). Untuk ibu bapa, cuba tenangkan anak-anak anda dengan komunikasi yang berkesan.

2) JANGAN CUBA MASUKKAN “CoTToN BUDs” / BESI / KUNCI KE DALAM TELINGA

-Ini perkara yang sangat biasa berlaku. ELAKKAN..!!! Kerana ia boleh menyebabkan serangga itu semakin tertolak ke dalam telinga & juga berisiko untuk cederakan saluran telinga termasuk gegendang telinga.

3) TITISKAN OLIVE OIL / MINYAK ZAITON KE DALAM TELINGA

– Ini boleh melemaskan / mematikan serangga tersebut agar tidak berlaku komplikasi yang lain disebabkan oleh serangga tersebut, lebih-lebih lagi bagi serangga yang agak besar.

4) ANDAI NAMPAK IA DILUAR, KELUARKAN.

– Jika bernasib baik, bagi serangga yang sudah nampak keluar di hujung lubang/cuping telinga, boleh keluarkan samada gunakan jari anda (jika dapat) atau pengepit kecil yang boleh tangkap serangga tersebut.

5) MASIH DI DALAM, SEGERA KE HOSPITAL

– Walaupun rasanya serangga itu sudah mati , anda perlu SEGERA ke Hospital untuk Doktor keluarkan kerana andai dibiarkan di dalam telinga walaupun serangga itu sudah mati, ia boleh menyebabkan jangkitan kuman telinga boleh berlaku.

Sumber: Twitter MedTweetMY Official</a

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×