Asuh

Ada Serangga ‘Sesat’ Dalam Telinga Anak! Ini 5 Langkah Segera Mak Ayah Kena Buat

63
SHARES

“Ada apa dalam hidung adik ni? Rasa gerak-gerak…”

Memang panik apabila anak-anak datang memberitahu bahawa rasa sesuatu bergerak di dalam telinga atau hidung mereka. Kebetulan banyak pula perkongsian sosial media mengenai hidung dan telinga anak-anak orang lain dimasuki serangga atau barang-barang kecil, lagilah cuak!

Sabar, jangan panik! Ini adalah beberapa panduan dari pakar untuk mak ayah lakukan sebagai rawatan kecemasan jika ada serangga masuk ke dalam telinga atau hidung anak-anak.

APA PERLU BUAT BILA BENDA/SERANGGA MASUK DALAM TELINGA/HIDUNG ANAK?

Selebriti popular Hanis Zalikha turut berkongsikan pengalaman anak keduanya Alisa Aisyah yang memasukkan putik bunga ke dalam lubang hidungnya. Memang tidak sempat berbuat apa-apa, Hanis terus membawa anaknya ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

Bukan sahaja hidung, malah telinga juga menjadi tempat mudahnya barang atau serangga untuk masuk, jadi  apa yang mak ayah perlu buat bila sesuatu masak ke dalam telinga atau hidung mereka?

Berikut merupakan lima panduan yang dikongsikan oleh pakar jika ada serangga tersesat masuk ke dalam telinga anak-anak. Yang penting adalah mak ayah jangan terlampau panik ya!

Mungkin ramai dalam kalangan mak ayah yang akan menggunakan cotton bud atau pengorek besi untuk ‘mencungkil’ keluar benda di dalam telinga. Jangan! Anda mungkin akan menyebabkan risiko saluran telinga mereka!

Pastikan anda ada menyimpan minyak zaitun atau baby oil di rumah. Hal ini kerana, banyak kegunaannya terutama dalam hal-hal sebegini. Fungsi minyak zaitun atau baby oil boleh melemaskan serangga di dalam telinga supaya mduah untuk anda menggunakan pengepit kecil untuk tarik ia keluar.

Ini adalah untuk rawatan kecemasan. Namun, untuk rawatan selanjutnya anda perlu bawa anak-anak ke hospital supaya jangkitan di dalam telinga tidak berlaku.

Sumber: Dr. Ahmad Luqman Bukhari

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×