Sihat

Ini Apa Anda Perlu Tahu Tentang Kanser Ovari, Kanser Ke-4 Paling Tinggi Dalam Kalangan Wanita

75
SHARES
tanda kanser ovari

Semalam kita dikejutkan dengan pemergian selebriti serba boleh terkenal iaitu Adibah Noor, yang berpunca dari kanser ovari. Sebelum ini juga ramai yang yang terkejut dengan keadaan beliau yang kelihatan kurus dan mengatakan bahawa beliau mengamalkan diet 6 sudu suapan sehari sahaja.

Namun, punca sebenarnya adalah beliau menderita sakit kanser ovari di tahap 4 dan memilih untuk merahsiakannya. Tidak diketahui ramai, kanser ovari juga merupakan antara kanser yang membunuh secara senyap dalam kalangan wanita dan harus diambil perhatian. Oleh itu, berikut merupakan penerangan dari pakar mengenai kanser ovari yang anda kena tahu.

Baca juga: Seronok Tengok Adibah Noor Kurus, Tapi Sihat Ke Diet 6 Sudu Suapan Ini?

APA ANDA PERLU TAHU TENTANG KANSER OVARI

Kanser ovari adalah kanser ke-4 yang paling tinggi di kalangan wanita di Malaysia. Ovari adalah organ yang menghasilkan telur wanita dan juga menghasilkan hormon wanita seperti estrogen dan progesteron.

Siapa berisiko dapat Kanser Ovari?

1. Wanita yang tidak pernah hamil

2. Wanita yang tidak mempunyai banyak anak

3. Makan makanan tinggi lemak dan obesiti

4. Wanita yang mencapai akil baligh awal dan lewat menopos

5. Wanita yang hamil pada usia lewat

6. Sejarah keluarga kanser ovari

Apa tanda-tanda Kanser Ovari?

tanda kanser ovari

1. Keletihan yang melampau

2. Kesakitan semasa hubungan seks

3. Kesakitan di bahagian perut, pelvis, belakang, atau kaki

4. Bengkak di bahagian perut(perut membesar/membusung)

5. Loya, senak, gas, sembelit, atau cirit-birit

6. Pendarahan faraj yang luar biasa

Apakah peringkat Kanser Ovari?

Peringkat 1: Kanser adalah pada salah satu daripada kedua-dua ovari. Ia tidak merebak ke bahagian lain badan.

Peringkat 2: Kanser telah merebak di luar ovari ke rantau pelvik. Ini boleh melibatkan rahim, tiub fallopian, pundi kencing dan rektum.

Peringkat 3: Kanser telah merebak di luar pelvis ke bahagian perut.

Peringkat 4: Kanser telah merebak di luar abdomen ke organ-organ lain seperti hati dan paru-paru.

Rawatan Kanser Ovari

1. Pembedahan membuang ketumbuhan kanser ovari

2. Rawatan kemoterapi: rawatan ubat yang membunuh sel-sel kanser

3. Rawatan radioterapi: menggunakan dos radiasi yang tinggi untuk membunuh sel-sel kanser

Salam takziah buat pemergian penyanyi lagu Terlalu Istimewa, Adibah Noor. Al- fatihah.

Sumber: Dr. Ahmad Samhan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×