Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan wajah baharu artis terkenal negara iaitu Adibah Noor yang kelihatan kurus dari bentuk badan asalnya sebelum ini. Ramai yang terpukau dengan teknik yang diamalkan oleh beliau iaitu dikatakan hanya makan 6 sudu suapan sahaja!
Namun, ada yang tertanya-tanya bahawa adakah teknik ini sihat dan terlalu drastik untuk menurunkan berat badan? Berikut merupakan penjelasan dari dietitian tentang teknik 6 sudu suapan ini supaya dapat diamalkan oleh anda yang nak turunkan berat badan.
Baca juga: Dari 90kg Ke 69kg, 12 Menu Diet Suku-Suku Separuh Wanita Ini Amalkan Memang Menjadi!
SIHAT KE DIET 6 SUDU SUAPAN MACAM ADIBAH NOOR?
Diet 6 sudu makan nasi hilang 18kg dalam masa 2 bulan, sihat ke?
1.Saya straight to the point. Boleh terjadi sebab:
– Calorie deficit yang banyak dari asal
– Water loss banyak terjadi pada awal diet dan jika tak balance muscle loss akan terjadi (ini yang buat rupa mereka yang diet extreme nampak tak sihat sebab muscle loss)
2. 6 sudu besar nasi lebih kurang 1 1/2 senduk melamine hampir sama dengan 1/4 pinggan makan (suku karbohidrat). Tapi jika dibalance dengan makan/lauk lain tiada masalah. Problem bila nasi cinonet ni, lain pun secubit jugak….
3. Aim healthy weight loss, ciri ciri:
– Tak terlalu cepat…kami dietitian akan target 0.5kg hingga 1kg seminggu…max 2kg kalau exercise dengan baik
– Kulit tak flabby (kalau flabby/gelebeh tak firm,ni warning sign tak cukup nutrient dan extreme dieting)
– Rupa masih glowing, happy, tak bad mood (satu lagi sign tak cukup zat kalau rupa nak kusam/age spots/ kedutan)
– Rasa lebih bertenaga, bukan lagi mudah penat (red flag tak cukup zat juga bila selalu bad mood, nak tidur)
4. Pastikan bawah pemantauan Dietitian / Dr
– Terutamanya yang ada penyakit. If she is feeling healthy, better dan weight loss journey dibimbing oleh yang bertauliah. Hilang 18kg dalam 2 bulan untuk wanita berbadan seperti Adibah Noor sebelum ini is possible tanpa produk overclaim…
“SERONOK TENGOK ADIBAH NOOR”
Bukan itu sahaja, menjengah ke ruangan komen, ramai yang hadir memberikan pandangan positif dan negatif terhadap perubahan berat badan Adibah Noor. Bukan itu sahaja, ada juga yang ingin mengikut jejak langkah yang apa yang diamalkan oleh beliau.
So apa pendapat anda dengan weight loss journey Madam Adibah Noor?
Sumber: Nur Hafizah M. Sobri