“Dah berkurun zaman dah aku diet ni tak juga kurus-kurus…”
Sudah pasti ramai dalam kalangan kita yang sedang mengamalkan diet untuk mengurangkan berat badan. Tapi, sudah menjangkau hampir berbulan-bulan berat badan masih berada pada tahap yang kurang memuaskan. Apa lagi teknik yang tidak betul?
Pernah tak anda terfikir bahawa portion makanan sebenarnya memainkan peranan penting dalam memastikan makanan yang diambil setiap hari terkawal. Inilah teknik yang digunakan oleh seorang guru lelaki ini yang dikenali sebagai ‘suku-suku separuh’ untuk memastikan tahap kesihatan badan berada pada paras yang betul. Paling mendapat perhatian adalah koleksi ‘selfie’ beliau bersama bekal makanan yang disediakn isteri.
SELFIE GABUNGAN MAKANAN SUKU-SUKU SEPARUH
Mempunyai berat 3 tahun lepas dari 130kg, beliau mengamalkan diet suku suku separuh sehinggalah sekarang turun 65kg. Rahsianya adalah dengan secara konsisten bawa bekal yang disediakan oleh isteri hari-hari pergi kerja. Kalau nak tahu perbezaan wajah cikgu ini, anda kena baca sampai habis!
MACAM MANA WAJAH CIKGU NORAZMAN SEBELUM INI?
Ternyata ramai yang terkejut dengan perubahan ketara guru ini ketika berat beliau masih 130kg. Terbaiklah cikgu Norazman! Semoga anda semua boleh juga dapat semangat untuk turunkan berat badan dan amalkan teknik diet suku-suku separuh juga ya.
Sumber : Norazman Md Noh