Sihat

Mak Mak Boleh Belajar Teknik Urutan INI Untuk Rawat Batuk & Selesema Anak, Senang Je!

15
SHARES
legakan batuk

Jika diperhatikan di kawasan sekeliling, hampir semua orang yang dikenali kita sedang mengalami batuk-batuk dan selesema kerana perubahan cuaca dan masalah jerebu. Tidak ketinggalan, kanak-kanak yang mengalami batuk tanpa henti sehingga sukar bernafas dan sudah bermacam cara untuk legakan batuk telah digunakan.

Selain mendapatkan rawatan dari pakar, seorang ibu dikenali sebagai Yatie Eimra berkongsikan satu lagi petua iaitu urutan refleksologi untuk mengurangkan batuk dan selesema anak ini. Jadi, inilah masanya untuk mak-mak belajar kerana keberkesanannya memang nampak!

Baca juga: Anak Menangis & Menjerit Pada Waktu Malam, Mak Ayah Boleh Hembus Doa Ini Di Ubun

TIPS MENGURUT UNTUK LEGAKAN BATUK ANAK

legakan batuk

Sebenarnya kesan urutan acupressure/refleksologi ni lebih cepat nampak pada bayi dan anak kecil berbanding pada orang dewasa. Jadi tak salah jika mak-mak yang ada anak kecik ni belajar sikit-sikit point penting untuk kegunaan masa terdesak. Lebih-lebih lagi anak bawah umur 2 tahun tak boleh diberikan ubat batuk.

1.Kalau boleh, mak-mak cari setiap point yang saya tunjukkan ini pada diri sendiri dahulu supaya lebih mudah faham. Bila dah tahu kedudukan setiap point, lebih mudah nak urut/picit anak nanti.

2.Sebelum urut, sebaik-baiknya sapukan minyak pada kawasan nak diurut untuk memudahkan proses urutan. Biasanya saya sapukan minyak bawang putih atau boleh juga gunakan vicks (boleh gunakan vicks baby balsam jika anak bawah 2 tahun).

3.Jika anak baring, kedudukan kepala perlu ditinggikan sikit supaya saluran pernafasan tak terganggu/tersekat.

4.Bayi setahun ke bawah, memadailah urut pada tapak kaki & tapak tangan saja.

5.Jika urut anak kecil/warga emas, JANGAN TEKAN/PICIT DENGAN TERLALU KUAT. Urut point gunakan hujung jari dimulai dengan perlahan & tambahkan sikit tekanan (sederhana kuat).

6.Urut membulat selama 2-3 minit, kemudian tekan/picit je (tekan kuat sikit) dalam 3-5 saat lagi untuk rangsang refleks dalam tubuh badan.

7.Perlu urut kedua-dua belah tapak tangan/kaki untuk organ yang mempunyai dua bahagian (contohnya paru-paru kanan & kiri)

8.Buat urutan dengan kerap sekurang-kurangnya 2-3 kali sehari untuk dapatkan kesan terbaik.

9.Sebaiknya lepas urut galakkan anak minum air untuk singkirkan toksin yang terhasil dalam badan

Point Untuk Redakan Batuk

legakan batuk

Ada banyak point yang saya tunjukkan kat sini, tapi mak-mak tak perlu urut semua sekali. Urut pada bahagian yang paling senang/bahagian yang dapat dicapai. Macam saya, bila anak baring selalunya saya akan urut bahagian dada & tapak kaki. Tapi kekadang masa kat luar atau dalam kereta, bila susah nak urut bahagian dada, saya urut bahagian belakang & juga tapak tangan.

Sebenarnya banyak lagi refleks point lain, tapi saya cuma tunjukkan point yang senang nak ingat dan point yang selalu saya gunakan je.

Point di Bahagian Dada

1. Point A

• Urut point ini untuk hentikan batuk secara beransur-ansur
• Melegakan batuk, sesak nafas, sakit tekak, bronchitis & pedih hulu hati.

2. Point B

• Kuatkan sistem imun, meredakan batuk serta masalah berkaitan pernafasan yang lain (sakit tekak, kahak, asthma, dll)

3. Point C

• Merupakan refleks point yang penting untuk penyakit berkaitan paru-paru
• Meredakan batuk, bunyi wheezing, asthma serta sakit dada.

Point di Bahagian Belakang

4. Point D

• Kedudukannya pada tulang belakang, berdekatan hujung tulang belikat.
• Meredakan batuk, asthma, sakit di bahu dan belakang.

5. Point E

• Melegakan batuk & sesak nafas

legakan batuk

Point di Tapak Tangan

6. Urut secara membulat pada refleks point untuk “paru-paru” bagi meredakan/menghentikan batuk

Optional:

– Picit refleks point “pituitary” pada ibu jari untuk merangsang penghasilan endorfin yang berfungsi sebagai pain killer semulajadi dalam badan.

Point di Tapak Kaki

7. Urut secara membulat pada refleks point untuk “paru-paru” bagi meredakan/menghentikan batuk

Optional:
– Picit refleks point “pituitary” pada ibu jari kaki untuk merangsang penghasilan endorfin yang berfungsi sebagai pain killer semulajadi dalam badan.

legakan batuk

Perlu diingatkan ye, urutan refleksologi/acupressure ni BUKAN MENYEMBUHKAN PENYAKIT tapi sekadar kaedah alternatif untuk MENGURANGKAN SIMPTOM. Pastikan dapatkan rawatan doktor sekiranya perlu.

*Pastikan udara ketika tidur tidak terlampau sejuk ya semasa anak batuk dan selesema ini..

Baca juga: Anak Asyik Tanya Kenapa Tak Ada Gajet Macam Kawan Sekolah, Mak Ayah Jawab Macam Ini..

Sumber: Yatie Eimra

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×