Sihat

Nampak Macam Sado, Rupanya Urat Tangan Timbul Boleh Jadi Tanda Penyakit. Ini 8 Punca!

23
SHARES
Urat tangan timbul keluar

Urat tangan timbul keluar atau menonjol boleh menyebabkan sesetengah orang tidak selesa kerana ia dilihat mengganggu penampilan mereka. Keadaan ini biasanya tidak berbahaya dan tidak menjejaskan fungsi tangan penghidap.

Walau bagaimanapun, dalam kes yang jarang berlaku, urat membonjol boleh menunjukkan masalah kesihatan seperti vena varikos di tangan atau trombosis vena. Terdapat banyak perkara yang boleh menyebabkan urat tangan terkeluar, dari keadaan biasa sehinggalah yang perlu segera berjumpa doktor.

Baca juga: Fakta Forensik, Ramai Tak Tahu DNA Gigi Bukti Penting Kenal Pasti Mayat Letupan Terjejas Teruk!

URAT TANGAN TIMBUL KELUAR

Urat tangan timbul keluar

Gambar: HelloSehat

1. Tubuh terlalu kurus

Urat tangan yang timbul keluar boleh berlaku kerana kekurangan lemak di tangan. Apabila kadar lemak di tangan meningkat, urat tangan akan menjadi lebih semakin lemah. Oleh itu, semakin kurus badan anda, semakin ketara urat di tangan anda.

2. Peningkatan usia

Kulit akan menjadi tipis dan kehilangan keanjalan seiring pertambahan usia. Keadaan ini boleh menyebabkan urat tangan menonjol.

Selain itu, penuaan juga boleh melemahkan injap dalam saluran darah dan menyebabkan darah terkumpul di dalam saluran darah untuk jangka masa yang lebih lama. Keadaan ini menyebabkan pembesaran urat dan ia menimbul di tangan.

3. Faktor genetik

Faktor keturunan atau genetik juga boleh menjadi punca urat tangan yang menonjol. Jika anda mempunyai ibu bapa yang mempunyai urat tangan menonjol, peluang anda untuk mengalaminya juga lebih tinggi.

4. Bersenam

Senaman boleh meningkatkan tekanan darah buat sementara waktu dan menolak saluran darah. Senaman yang kerap, terutamanya melibatkan otot di tangan, boleh menimbulkan urat anda secara kekal, menjadikannya kelihatan seakan vena varikos di tangan. Khususnya, jika anda melakukan banyak latihan kekuatan seperti angkat berat.

Baca juga: Air Mani Nak Keluar Tapi Suka Tahan, Ini Risiko Lelaki Perlu Tahu!

5. Trombosis vena

Trombosis vena adalah pembekuan darah yang biasanya berlaku akibat saluran darah yang cedera. Keadaan ini boleh menyebabkan keradangan vena superfisial yang dikenali sebagai trombophlebitis superfisial.

Jika trombosis berada jauh di dalam saluran darah, ia boleh menyebabkan keradangan dan bengkak yang dipanggil trombosis urat dalam (DVT). Keadaan ini serius kerana trombosis boleh terus ditolak ke paru-paru sehingga boleh mengancam nyawa penghidapnya.

6. Venas varikos di tangan

Vena varikos adalah keadaan yang berlaku apabila injap dalam urat lemah, menyebabkan urat membonjol. Keadaan ini biasanya berlaku di betis atau bahagian kaki yang lain, tetapi vena varikos juga boleh muncul di tangan.

Salur darah yang terkena vena varikos di tangan kelihatan berliku-liku, membesar, dan terasa sakit. Keadaan ini malah boleh menyukarkan penghidap untuk bergerak.

7. Phlebis

Phlebis adalah keadaan keradangan urat yang boleh disebabkan oleh jangkitan, trauma, atau penyakit autoimun. Phlebis boleh mencetuskan beberapa keadaan, salah satunya adalah urat tangan yang menonjol dan bengkak.

8. Cuaca panas

Cuaca panas boleh menjejaskan cara urat berfungsi. Keadaan ini akan membuatkan injap vena bekerja lebih keras sehingga vena mengalami pembesaran dan menyebabkan urat tangan menonjol.

Baca juga: Kajian Buktikan Bersalin Bayi Lelaki Lebih Sakit Dari Bayi Perempuan!

Kesimpulan

Urat tangan timbul keluar disebabkan oleh keadaan yang lebih serius boleh diberikan rawatan perubatan yang lebih khusus. Doktor juga boleh menetapkan ubat-ubatan yang diperlukan mengikut keadaan setiap pesakit.

Walaupun secara amnya keadaan urat tangan yang menonjol tidak berbahaya, tidak ada salahnya untuk berjumpa doktor. Lebih-lebih lagi jika anda merasakan masalah kesihatan yang mengganggu atau bimbang tentang kehadiran benjolan yang kelihatan seperti vena varikos di tangan anda.

Baca juga: 7 Punca Sperma BOCOR Tanpa Sedar, Jom Semak Dulu!

Sumber: Sehat Q

FT Image: nashvilleveincenter

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×