Famili

AWAS! Terlalu Lama Risau Berpanjangan? Mungkin Anda Salah Seorang Penghidap Sakit Mental Ini

10
SHARES
risau berpanjangan

Perasaan risau adalah satu perkara yang normal untuk setiap manusia yang mengalami tekanan perasaan. Tidak kira apa pun pendorongnya, ia perasaan yang tidak dapat dipisahkan dalam hidup kita. Namun, jika ia risau berpanjangan dalam tempoh yang lama, mungkin ada sesuatu yang tidak kena pada diri anda.

Kebiasaannya perasaan risau adalah bersifat sementara kerana ia tercetus disebabkan oleh  pendorongnya tersendiri seperti menunggu keputusan peperiksaan dan berucap di khalayak awam. Namun jika mengalami risau yang berpanjangan, mungkin ia berkait dengan keadaan mental anda.

Baca juga: Rupanya Ini Apa Anda Boleh Buat Ketika Anxiety Attack Supaya Lebih Tenang

RISAU BERPANJANGAN TANDA PENGHIDAP SAKIT MENTAL

Jika mengalami risau berpanjangan ataupun berlebihan sehingga menjejaskan produktiviti  harian, anda berkemungkinan mengalami kecelaruan keresahan menyeluruh atau lebih dikenali sebagai “Generalised Anxiety Disorder (GAD)”.

Menurut satu dapatan kajian di Malaysia pada tahun 2011, wanita muda lingkungan 16 hingga 24 tahun mempunyai kadar yang tinggi mengalami kecelaruan keresahan menyeluruh (GAD) ini.

Terdapat beberapa kriteria penghidap GAD menurut Diagnostic and Statistical Manual Of Mental Disorders Fifth Edition oleh American Psychiatric Association. Antaranya:

  1. Simptom yang berlaku dapat menjejaskan fungsi harian seseorang.
  2. Sukar untuk mengawal kerisauan tersebut.
  3. Simptom keresahan yang berlangsung pada kebanyakan hari selama sekurang-kurangnya enam bulan melibatkan pelbagai perkara atau aktiviti.
  4. Simptom yang terjadi bukanlah disebabkan oleh sebarang penyakit fizikal atau pengambilan dadah.
  5. Simptom yang dialami tidak boleh dijelaskan oleh penyakit mental yang lain.
  6. Mempunyai sekurang-kurangnya tiga daripada simptom tersebut:

risau berpanjangan

Akan tetapi, penyakit mental ini mempunyai beberapa faktor lazim yang menyumbang seseorang itu menjadi penghidap GAD. Antaranya:

1. Genetik atau keturunan

Individu yang mempunyai ahli keluarga yang turut merupakan penghidap kecelaruan keresahan mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk didiagnos dengan penyakit ini.

2. Pengambilan alkohol, kaffein atau dadah

risau berpanjangan

Pengambilan tiga benda ini juga punca seseorang akan berasa resah berpanjangan.

3. Sejarah hidup yang negatif

Individu yang pernah mengalami kisah silam yang gelap seperti penderaan fizikal atau mental mungkin menghidap penyakit ini. Malah, kematian ibu bapa sewaktu kecil juga boleh menjadi pendorong seseorang menghidap GAD.

4. Ketidakseimbangan bahan kimia (neurotransmitter) di dalam otak

Bahan kimia utama yang kerap dikaitkan ialah serotonin dan norepinephrine.

5. Tekanan hidup

Masalah tekanan hidup seperti kewangan, pekerjaan ataupun isu keluarga merupakan pendorong seseorang mengalami penyakit ini.

6. Personaliti diri

risau berpanjangan

Kadangkala, seseorang yang terlalu menginginkan kesempurnaan dan sensitif dalam segala benda adalah lebih cenderung untuk mendapat penyakit mental ini.

Usah abaikan perasaan risau berpanjangan yang anda bukukan di dalam dada itu. Jika mendapati simptom di atas, anda perlu berjumpa dengan doktor supaya dapat didiagnos dan dirawat sewajarnya mengikut prosedur yang telah ditentukan oleh pakar perubatan.

Sumber: Astro Awani 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×