Didik

“Semua Anak Dapat Keputusan Straight A”, Cara Ibu Ini Latih Anak Belajar Memang Mantap!

1.1K
SHARES

Anak-anak mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan merupakan salah satu kebanggaan bagi ibubapa. Tambah pula kalau kesemua anak mendapat keputusan straight A dalam setiap matapelajaran. Pasti terdapat rahsia disebalik kejayaan mereka ini kan? Jadi, jom baca perkongsian guru dimana beliau mengambil kesempatan untuk bertanyakan seorang ibu kepada pelajar cemerlang di sekolahnya mengenai rahsia kejayaan anak-anaknya. Memang mengagumkan!

KEEMPAT-EMPAT ANAK SEMUA STRAIGHT A DALAM PEPERIKSAAN!

Sis beruntung hari ni sbb dapat interview ibu kepada pelajar ini, pelajar lelaki melayu. Disaat pelajar melayu semakin pupus dalam kelas sains tulen. Alhamdulillah ada seorang yang bersinar. So sis nak kongsi dengan rakan-rakan la kan apa tips maknya ye memandangkan semua anak-anaknya 4 org berjaya (ini yg bongsu):

RAHSIA KEJAYAAN ANAK

1) Anak-anak tak dibenarkan belajar dalam bilik masing-masing..semua mesti duduk di meja belajar di ruang tamu. Reason: duduk dalam bilik kita tak nampak dia buat apa..betul ke tak belajar.

2)Pukul 8 malam semua mesti dah bawa buku masing-masing duduk dimeja makan.

3)Pukul 10 masuk tidur

4)Tak benarkan anak-anak keluar rumah lepak dengan kawan. Hatta suruh ke kedai pun tidak pernah kerana itu boleh dijadikan alasan untuk melepak.

5)Keluar mesti dengan ibu bapa. Alasannya bila anak umur 18 tahun mereka sndiri akan keluar jauh (sambung belajar) maknya percaya umur 18 baru umur terbaik untuk mereka bebas dan cukup matang untuk pilih kawan yang betul.

6)Ayahnya serius tapi baik, ayah tak pernah pukul/cubit anak. Yang dibenarkan mak sahaja (ayah dia tunggu dalam kereta tak dapat naik sebab parking penuh,rugi x dapat intview sekali)

7)Kena mula dari darjah 1, pukul 8 malam terus duduk dimeja. So dah terbiasa, bila sekolah menengah dah tak perlu suruh, anak automatik pegang buku jam 8 malam.

8)Tak pernah pergi tusyen. Jika tak faham kena tanya kawan yang lebih pandai di sekolah.

Sis tanya lagi, anak puan ada diberikan handphone? internet? maknya jawab, “Ya bagi cikgu..petang dia main game kena bagi jugak tak boleh sekat. Saya faham dia remaja, kita tak nak dia memberontak. Asal dia tak melepak sudah dan kawan-kawan dia datang rumah kami main game tapi anak saya takkan keluar dari rumah. Saya kenal semua kawannya”. Ayat last sekali maknya memang power:

“Cikgu, apa-apapun asasnya dari rumah dari ibu bapa. Saya tak boleh nak harapkan cikgu saja, cikgu pun ramai anak murid lain lagi. Cikgu dah banyak membantu saya didik dia. Terima kasih cikgu”

Sis angguk-angguk…oooo..betul…terima kasih  puan sudi datang dan share dengan saya. Kirim salam ayahnya..humble ibunya,no wonder anaknya sangat menghormati guru.

*Haa dah dapat tips kan? Boleh mula aplikasikan kepada anak-anak ya!

Sumber : Ummu Al Fateh

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×