Didik

4 Tips Berguna Bantu Tingkatkan Tahap Fokus Dan Kreativiti Anak Autism

91
SHARES
Foto Kredit : spotlight.kcl.ac.uk

Autism adalah istilah yang merujuk pada sekumpulan gangguan perkembangan yang mempengaruhi otak. Gangguan pada otak ini mempengaruhi kemampuan seseorang untuk berkomunikasi, menjalin hubungan dengan orang lain, dan memberi respon kepada dunia luar dengan baik.

Ia adalah satu sindrom iaitu anak sukar bertutur, tidak berinteraksi dan tidak boleh memberi tumpuan serta hidup seolah-olah dalam dunianya sendiri.

Mempunyai anak autism sebenarnya mengajar kita untuk berfikir dengan lebih kreatif. Kedengaran sukar tetapi hasilnya mungkin memeranjatkan dan puas hati, terutama apabila si kecil menunjukkan perubahan.

Disini kami kongsikan beberapa teknik berkesan boleh anda lakukan untuk membantu kanak-kanak autism ini terutama dalam pembelajaran:

1) Gunakan cara yang mudah difahami.

img_7190

Foto Kredit : rackercenters.org

Contohnya gunakan gambar untuk berinteraksi seperti buku berwarna-warni ataupun kad bergambar (flash cards). teknik ini sangat digalakkan kerana kebanyakkan pengidap autisma adalah visual thinkers. Mereka berfikir dengan gambaran bukan dengan perkataan.

Pada peringkat awal, gunakan bantuan visual selama satu hingga dua minggu tetapi mengikut keupayaan anak anda. Sekiranya mereka cepat belajar, mungkin tempoh tersebut akan pendek. Anda digalakkan mendemonstrasikan perbuatan atau perkara yang digambar seperti duduk dan berdiri.

Dengan cara ini, kita dapat melatih mereka menggunakan deria visual dengan lebih baik dan dapat menarik perhatian mereka untuk belajar dengan lebih mudah dan cepat.

2) Ajari anak cara sesuai untuk meminta sesuatu dengan teratur dan mengikut susunan

Aplikasikan cara hubungan komunikasi yang baik dengan ajar mereka mengucapkan terima kasih dan menggunakan pandangan mata (eye contacts) dengan sesiapa sahaja.

Cara ini akan melatih mereka untuk bertenang dan bersabar dalam setiap perkara yang mereka hendak lakukan.  Jika tidak, dia akan kembali ke cara negatif  dan agresif dengan mengamuk apabila permintaannya tidak dipenuhi.

3) Alunan muzik dan pergerakan badan.

Ia adalah satu aktiviti bagi melatih kebolehan tindak balas dan ransangan terhadap arahan yang mudah dalam proses pembelajaran. Teknik ini juga dipanggil sebagai music therapy.

Contohnya, apabila lirik lagu menyuruh mereka please sit down and turn around, mereka akan melakukan setiap langkah itu satu per satu mengikut turutan dan meniru apa yang dipersembahkan lakukan walaupun dalam keadaan yang lambat.

Jika dilakukan setiap minggu, kepantasan tindak balas gerakan tubuh mereka akan meningkat dan membantu mereka untuk lebih mematuhi arahan.

4) Gunakan konsep pembayang awal.

Kalau mahu menghentikan sesuatu aktiviti, beri amaran bahawa ia akan ditamatkan dalam masa beberapa minit supaya kanak-kanak itu bersedia. Jangan berhenti secara tiba-tiba kerana walaupun mereka tahu bercakap, kanak-kanak autisme ada masalah dengan konsep masa.

Mereka sukar menjadi seorang yang menepati masa dan sukar membuat sesuatu yang berjadual.

Contohnya  ‘dalam kiraan 10 kita akan berhenti bermain’. Anda perlu mengira masa dengan terang supaya kanak-kanak autisme mendengarnya.

Konsep pembayang awal ini juga memberi peluang kanak-kanak autisme bersedia untuk peralihan aktiviti.

Bagi kanak-kanak autisme, perubahan rutin membuatkan mereka berasa cemas dan gelisah, terutama yang kurang dan yang tidak mahu memahami. Pendekatan ini perlu dilakukan secara konsisten sama ada di sekolah atau rumah bagi mendapat perubahan yang memberangsangkan.

Kanak-kanak yang mepunyai masalah autism ini memerlukan perhatian dan sokongan agar orang sekeliling memahami apa yang mereka suba sampaikan. Justeru sebagai ibu bapa, kita perlukan lah memberi ‘lebih’ perhatian dan masa untuk mereka.

Semoga dengan teknik ini, anak anda akan menunjukkan perubahan dari segi sikap dan pembelajaran.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×