Asuh

9 Tanda-Tanda Anak Didera Oleh Pengasuh Yang Ibu bapa Kena Alert!

300
SHARES

Susulan kes mengenai bayi 5 bulan yang meninggal dunia dalam penjagaan pengasuhnya masih mendapat perhatian rakyat Malaysia. Rata-rata mengeluarkan pendapat bahawa mereka akan membuat pemilihan yang lebih teliti dalam memilih pengasuh atau menjaga anak secara sendiri. Untuk info anda, inilah tanda-tanda penderaan anak di pusat penjagaan yang anda kena alert!

TANDA ANAK DIDERA YANG IBUBAPA DAN PENJAGA KENA CAKNA!

Dulu anak saya menangis takut nak pergi pusat jagaan sebab katanya pengasuh terlampau garang! Walaupun tiada tanda-tanda fizikal, saya pasti dia cedera emosi. Alhamdulillah selepas tukar pusat jagaan, terus happy nak pergi setiap hari. Itu dulu, sekarang homeschool, tahun depan masuk sekolah darjah 1.

Nah! Ini panduan untuk ibubapa tentang tanda2 kemungkinan anak2 didera. Kalau syak, terutamanya pada tanda nombor 9, terus bawa ke hospital untuk rawatan dan lapor polis untuk siasatan. Bukan untuk menuduh pusat jagaan, tapi untuk siasat jernihkan keadaan dan mencari kebenaran. Bak kata Papazola, kebenaran tak pernah dikalahkan!

Jika kebiasaanya anak-anak tiada masalah untuk ke pusat jagaan, dan kemudiannya tiba2 menjadi takut, menangis dan meronta2 setiap kali dihantar ke sana, itu tanda yang penting!

Tiada kanak2 yang sengaja cederakan diri. Jika luka atau lebam tidak dapat dijelaskan atau penjelasan tidak meyakinkan, dia mungkin didera. Kalau bayi yang tak boleh merangkak dan berjalan boleh tiba-tiba cedera di kawasan yang sukar dicapai, itu mungkin tanda bayi tersebut didera.

Patah tulang yang tidak dapat dijelaskan atau penjelasan tidak konsisten dengan kepatahan yang dialami. Contohnya bayi yang hanya boleh baring tanpa merangkak atau berjalan mengalami patah tulang pada dalam bentuk spiral, bayi itu mungkin didera dengan pahanya dipulas dengan kuat.

Ralat: Gelisah, lemah, muntah, atau tidak responsif tanpa sebab yang jelas (buang perkataan “tidak” sebelum perkataan “jelas”)
Tanda-tanda pendarahan otak contohnua gelisah, lemah, muntah2, sawan, atau tidak responsif tanpa sebab yang jelas atau secara tiba-tiba (hantar pagi ok, masa ambil tengahari terus jadi).

Sukar tidur kerana takut atau kerap terjaga kerana nightmare menunjukkan emoai mereka terganggu.

Perubahan sikap secara drastik menunjukkan emosi terganggu yang mungkin berpunca daripada penderaan.

Daripada seorang yang aktif menjadi pasif atau regresif kepada tabiat ketika kecil contohnya menghisap jari, kencing malam dan lain-lain.

Penderaan seksual mungkin hadir tanpa kesan fizikal, namun emosi mereka boleh terganggu. Kanak2 lelaki juga boleh menjadi mangsa walaupun lazimnya adalah kanak2 perempuan.

Ini paling penting! Trust your gut feeling. Salah takpe asalkan kes disiasat untuk mencari kebenaran dan anak-anak selamat.

Syak didera? Dapatkan rawatan fizikal dan emosi untuk anak2 di hospital serta buat laporan polis untuk siasatan. Ini bukanlah untuk menuduh pengasuh mendera, sebaliknya untuk mencari punca. Jika buntu tak tau nak buat apa, hubungi talian KASIH (dahulu talian NUR) di talian 15999.

Sumber : Mohd Fadhli Mohd Fauzi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×