Dapur

Rahsia AYAM GORENG KUNYIT Luar Rangup Tapi Dalamnya ‘Juicy’, Lazat Tak Terkata!

64
SHARES
ayam goreng kunyit rangup

Lazat tak terkata! Bila dapat menikmati ayam goreng kunyit rangup di luar tapi sangat berjus di dalam. Bukan senang nak dapatkan tekstur yang begitu. Tapi kalau dah tahu cara, pejam mata sahaja dah terhidang depan mata.

Jom ikuti perkongsian resepi ayam goreng rangup di luar dan ‘juicy‘ di dalam dari Ahmad Humaizi.

Baca juga: Resepi Nasi Beriani TELUR, Kena Guna Perencah Ini ‘Confirm’ Makan Bertambah!

AYAM GORENG KUNYIT RANGUP DI LUAR & DALAM BERJUS

ayam goreng kunyit rangup

Gambar: Ahmad Humaizi

Kalau ayam yang anda goreng hasilnya kering dan tak berjus, anda wajib cuba resipi ini. Amat simple giler namun hasilnya lazat tak terkata.

Inilah dia ‘Ayam Goreng Kunyit Rangup Di Luar Juicy Di Dalam’.

Baca juga: Resepi Daging Masak Manis, Bahan Campak-Campak Je Tapi Menyelerakan Tau!

Baca juga: Resepi AYAM GUNTING Homemade, Rupanya Kena Guna Tepung Ini Baru Lah Jadi!

Bahan-bahan:

  • 1 ekor ayam potong ikut kesukaan (saya potong 16)
  • 5 sudu garam untuk dibancuh dengan air (saya guna garam bukit)
  • 2 gelas besar air
  • 2 sudu kecil serbuk cili
  • 4 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 sudu kecil garam untuk digaul sebati sebelum goreng (jangan banyak nanti masin)

Cara-caranya:

ayam goreng kunyit rangup

Gambar: Ahmad Humaizi

  1. Rendam ayam dengan air garam minima selama sejam. Lagi lama lebih sedap.
  2. Letak dalam chiller peti air.
  3. Sebelum goreng bilaskan dulu dengan air.
  4. Lumur dengan serbuk kunyit dan garam dan serbuk cili.
  5. Kemudian, goreng seperti biasa sebaiknya sampai ayam tenggelam.
  6. Hasilnya dapat isi yang juicy dan berkilat.

Baca juga: Cara Buat SATAY AYAM Tak Kecut Bila Bakar, Ikut Tips Penting Ini!

Baca juga: Resepi Ayam Masak Bawang Ala Kedai Nasi Kandar, Menu ‘Simple’ Untuk Sahur!

Kenapa perlu direndam dengan air garam?

ayam goreng kunyit

Gambar: Ahmad Humaizi

1. Brining ayam bukan sahaja menambah kelembapan untuk ayam, menjadikannya bagus dan berisi, ia juga membantu mencegah daripada menjadi kering apabila anda memasak. Hasilnya adalah ayam yang lazat, lembap dan berair.

2. Brining bukan sahaja memberi kesan tekstur dan juiciness ayam anda, ia juga memberi kesan kepada rasa. Beberapa jam dalam air garam yang akan membiarkan garam menembusi jauh ke dalam daging ayam, meningkatkan rasa semula jadi.

Selamat mencuba, dah cuba sekali pasti nak buat dan buat lagi.

Ahmad Humaizi, masak dari Dapur Al Hamra. TTDI Grove Kajang.

Baca juga: CREAMY CORN RIB Lemak Berkrim & Pedas, Resepi Jagung Buat Ramai Ketagih!

Sumber: Ahmad Humaizi

FT Image: Ahmad Humaizi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×