Famili

Notis Gangguan Bekalan Air Esok 5 Jun, Jangan Lupa Simpan Air Ya!

4
SHARES
GANGGUAN BEKALAN AIR

Air Selangor memberitahu bahawa bermula esok 5 Jun 2024 (Rabu) gangguan bekalan air akan berlaku kerana kerja-kerja penyenggaraan dan penggantian aset di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1).

Gangguan bekalan air berjadual ini melibatkan beberapa kawasan di Wilayah Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor dan Kuala Selangor bermula jam 9:00 pagi.

Baca juga: Aplikasi MyHRMIS Mobile Tak Boleh Login, Ini Cara Pekerja Awam Boleh Cuba

GANGGUAN BEKALAN AIR BERMULA ESOK (5 JUN)

Kerja-kerja ini dijangka akan siap pada jam 7:00 malam, 5 Jun 2024 (Rabu). Para pengguna dijangka akan menerima bekalan air secara berperingkat-peringkat bermula pada 3:00 pagi, 6 Jun 2024 (Khamis) setelah kerja-kerja penyenggaraan dan penggantian aset siap, dan seterusnya apabila sistem agihan utama bekalan air telah distabilkan.

Peratusan pemulihan bekalan air di kawasan yang terjejas dijangka akan mencapai sekitar 20% pada jam 3:00 petang, 6 Jun 2024 (Khamis) diikuti dengan 90% pada jam 3:00 pagi, 7 Jun 2024 (Jumaat). Waktu pemulihan penuh bagi kawasan yang terlibat adalah dijangka pada jam 12:00 tengah hari, 7 Jun 2024 (Jumaat).

Senarai kawasan yang akan mengalami gangguan bekalan air berjadual serta jangkaan masa pemulihan penuh adalah seperti di bawah:

Kumpulan 1

GANGGUAN BEKALAN AIR

GANGGUAN BEKALAN AIR

bekalan air

Kumpulan 2

bekalan air

bekalan air

bekalan air tak ada

bekalan air tak ada

pengurusan air

pengurusan air

pengurusan air

pengurusan air

pengurusan air

Kumpulan 3

pengurusan air

pengurusan airTempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan yang terjejas adalah berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan pada sistem agihan bekalan air.

Air Selangor akan menggerakkan lori-lori tangki air ke kawasan-kawasan yang terjejas dengan memberikan keutamaan kepada premis-premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan upacara pengebumian.

Para pengguna yang terjejas dinasihatkan untuk menyimpan bekalan air secukupnya dan menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan bekalan air berjadual ini.

Baca juga: Senarai Biasiswa Lepasan SPM Untuk Sambung Belajar Ke Luar Negara

Sumber: Air Selangor

Kredit imej: Harian Metro

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×