Famili

Anak-Anak Mahupun Ibu Bapa- Ini Merupakan 6 Sebab Kenapa Kita Perlu Mengambil Vitamin C Setiap Hari! 

16
SHARES

Selalu kita dengar yang vitamin C ni penting untuk tumbesaran anak-anak serta menjadi suplemen tambahan untuk kita.

Tapi, tahukah anda sebab-sebab lain ianya penting untuk kita ambil sekurang-kurangnya sekali dalam sehari? 

Jom kita admin terangkan:

Kanak-kanak boleh mengambil vitamin C ni bermula dari 6 tahun tau!

Kanak-kanak yang sedang membesar semestinya memerlukan vitamin tambahan bagi membantu mereka mendapatkan tumbesaran yang sihat.

Antara kepentingan lain vitamin c ni untuk kanak-kanak adalah seperti berikut:

  • Pengambilan vitamin C ni boleh bantu anak-anak untuk membantu pertumbuhan tulang

Ibu bapa digalakkan untuk memberikan Vitamin C kepada anak-anak (dengan saranan doktor) di tahun-tahun awal perkembangan bagi membantu menyokong perbinaan tulang serta gigi yang sihat.

  • Meningkatkan imunisasi kanak-kanak serta menghindari jangkitan kuman

Menurut portal www.myhealth.gov.my, pengambilan vitamin C secara tetap boleh bantu untuk mengurangkan jangkitan selesema. Selesema ni sebenarnya boleh membuatkan anak-anak terjangkit sakit lain tau!

  • Bantu anak-anak untuk mendapatkan dos vitamin harian mereka

Vitamin c ni sebenarnya kita boleh dapatkan melalui pemakanan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran juga, tapi ianya tidak mencukupi kerana ia tidak disimpan dalam jumlah yang besar dalam badan dan sebarang lebihan pula akan dikumuh melalui air kencing.

Jadi, kita perlu bantu supaya anak-anak kita berjaya mendapatkan dos vitamin harian mereka untuk kekal sihat dan bertenaga.

Bukan sahaja kanak-kanak, tapi ibu bapa juga perlu ambil Vitamin C ni!

Tak terhad kepada kanak-kanak sahaja, orang dewasa pun kena makan vitamin C tau! Penting sebab ianya memberi kesan yang agak besar kepada orang dewasa lebih daripada kanak-kanak.

Antara sebab orang dewasa perlukan vitamin C ialah:

  • Membantu pembentukan kolagen

Mereka yang kekurangan vitamin C tidak boleh menggantikan kolagen di dalam badan mereka membuatkan pelbagai jenis tisu dalam badan menjadi rosak seterusnya membawa kepada penyakit skurvi.

  • Bertindak sebagai antioksida

Vitamin c juga bertindak sebagai antioksida dimana ia membantu untuk melindungi badan dari radikal bebas seperti asap rokok, radiasi dari matahari dan sinaran X-ray.

  • Membantu Masalah penglihatan golongan tua (Age – related macular degeneration; AMD). 

Satu kajian telah dijalankan mendapati pesakit AMD yang mengambil vitamin C dengan zink, vitamin E, beta karotena dan copper lebih lambat kehilangan penglihatan berbanding mereka yang tidak mengambil suplemen kesihatan tersebut.

Redoxon memberikan kepelbagaian dalam produk mereka dimana terdapat vitamin C untuk anak-anak & juga ibu bapa!

[Picture as placeholder]

Antara suplement kesihatan yang admin suka dan syorkan kepada semua ialah Redoxon!

Apa yang bestnya ialah, Redoxon ni ada set yang lengkap dari untuk seluruh ahli keluarga termasuk lah kanak-kanak berumur 6-12 tahun ke atas!  Untuk kegunaan harian, anda dinasihatkan untuk mengambil 1-2 tablet sehari. 

[Picture as placeholder]

Redoxon® Kids Plain C ni best sebab ia boleh dikunyah! Jadi tak ada masalah untuk anak-anak makan.

Selain itu Vitamin C dalam Redoxon ini juga membantu untuk menyokong kesihatan imun dan penting untuk tulang yang sihat, rawan, gigi dan gusi. Semuanya apa yang anak anda perlukan untuk membesar dengan sihat!

Manakala Redoxon untuk dewasa pula dikenali sebagai Redoxon Triple Action!

Redoxon Triple Action dengan formulasi Vitamin C, Zink dan Vitamin D Triple Action ni boleh bantu badan anda secara menyeluruh.

Vitamin C membantu menguatkan sistem imun dan bertindak sebagai antioksida dengan melindungi badan kita daripada radikal bebas. Ha sama kan dengan apa yang admin terangkan di atas tadi? Sememangnya produk yang diperlukan untuk badan kita!

Takut nak makan sebab rasa ubat? Jangan risau, sebab Redoxon ni berperisa oren! Paling best, tablet ni cepat serap ke dalam tubuh badan kita tu. Jadi, lagi cepat la badan kita dapat nutrisi tu!

Anda hanya perlu ambil 1 tablet sehari. Redoxon juga tidak mengandungi bahan pengawet dan juga tidak mempunyai gula tambahan jadi ianya sesuai untuk pesakit diabetes!

Kanak-kanak bermula dari 12 tahun sehingga dewasa boleh ambil Redoxon Triple Action ni!

Lepas ni tak ada dah masalah kalau nak buat aktiviti keluarga! Dari ibu, ayah sampai lah ke adik-adik semuanya bertenaga dan bebas sakit!

Bagi yang nak dapatkan produk ini, boleh klik link dekat SINI! Boleh juga ikuti mereka di Facebook dan Instagram untuk update terkini!

Rujukan:

  1. http://www.myhealth.gov.my/kepentingan-dan-ketoksikan-vitamin-c/
  2. https://hellodoktor.com/pemakanan/fakta-nutrisi/vitamin-c-terbaik/

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×