Kini Trending

Jom Sertai LG Run & Berpeluang Bawa Pulang Hadiah Utama LG Washtower Serta Wang Tunai!

19
SHARES

Buat anda yang sukakan gaya hidup aktif tu, kami ada berita baik untuk anda!

Dalam menggalakkan rakyat Malaysia untuk meraikan kesejahteraan dan kegembiraan, LG Malaysia akan menganjurkan acara larian pertama mereka nanti iaitu Life’s Good Run (LG Run)!

Kalau anda nak tahu, Life’s Good Run yang akan berlangsung pada 4 Ogos 2024 di Anjung Floria, Putrajaya ini bertujuan untuk memupuk pengalaman Life’s Good sekaligus mengajak semua orang untuk mengamalkan gaya hidup sihat dan positif bersama yang tersayang.

Menurut Justin Choi, Pengarah Urusan LG Malaysia, “Dalam memperkenalkan konsep ‘Life’s Good’ kepada semua, kami ingin mengintegrasikan kehidupan yang mulia dengan kesejahteraan sejagat melalui penyertaan dalam LG Run,”

“Ketika peserta melintasi laluan yang direka dengan teliti, mereka akan dikelilingi oleh semangat sejiwa, semuanya bersatu dalam usaha kecergasan dan kebahagiaan terutama dalam mengatasi cabaran positif bersama anak-anak mereka. Ini, bagi kami, melambangkan Life’s Good iaitu panduan dalam segala yang kami lakukan,” katanya.

Untuk pengetahuan anda, LG Run mempunyai dua kategori iaitu dewasa dan kanak-kanak serta terbahagi kepada dua laluan iaitu 5km dan 10km di sekitar Anjung Floria.

Kategori dewasa adalah seperti berikut:

  • Terbuka Lelaki: 16 – 39 tahun
  • Veteran Lelaki: 40 tahun dan ke atas
  • Lelaki (Bukan Warganegara Malaysia): 16 tahun dan ke atas
  • Terbuka Wanita: 16 – 39 tahun
  • Veteran Wanita: 40 tahun dan ke atas
  • Wanita (Bukan Warganegara Malaysia): 16 tahun dan ke atas

Pengambilan Pek Perlumbaan (Race Pack)

Manakala, bagi pengambilan pek perlumbaan adalah seperti berikut:

Tarikh: 26 – 28 Julai 2024

Masa: 10am hingga 6pm

Tempat: Main Atrium, Ground Floor, LaLaport BBCC

Menariknya, peserta akan disambut oleh angin lembut, kabus ethereal dan muzik latar yang dapat memberikan semangat serta pengalaman yang luar biasa sepanjang larian mereka nanti.

Selain itu, kawasan karnival LG Run juga akan dihiasi dengan pameran produk-produk yang menarik serta permainan tradisional Korea untuk peserta merasai keseronokan dan kenangan bersama keluarga.

Sertai LG Run dan berpeluang memenangi hadiah menarik!

Yang lagi best, hadiah yang ditawarkan bagi pemenang kategori 10km pun hebat-hebat belaka tau!

Anda tengok jelah kat bawah ni, fuh tak sabar nak join!

Haa..apa lagi yang anda tunggu? Buat yang berminat untuk sertai LG Run ni, anda dah boleh dapatkan tiket bermula hari ini sehingga 14 Julai 2024 melalui laman web rasmi LG Run di sini. 

Untuk maklumat lanjut, layari tentang LG Run, klik di sini atau ikuti Facebook LG Malaysia. 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×