Famili

Bukan Setakat Kena Baca Doa Sahaja, Ini 10 Adab Makan Rasulullah Yang Ramai Tak Tahu

3
SHARES
ADAB MAKAN RASULULLAH

Makan dan minum merupakan aktiviti wajib dilakukan setiap hari. Antara adab makan Rasulullah yang telah diajar adalah membaca doa dan makan menggunakan tangan kanan.

Selain amalan di atas, terdapat juga beberapa sunnah Nabi Muhammad SAW anda perlu tahu dan amalkan.

Baca juga: Ini Sebabnya Kenapa Isteri Kena Minta Izin Suami Dulu Kalau Nak Puasa Ganti

10 ADAB MAKAN RASULULLAH YANG MASIH RAMAI TAK TAHU

ADAB MAKAN RASULULLAH

1. Membaca Bismillah dan doa

Sebelum memulakan suapan sebaiknya mulakan dengan bacaan bismillah dan doa terlebih dahulu agar makanan kita menjadi berkat dan membentuk darah daging yang baik. Nabi Muhammad SAW bersabda:

إِذَا أَكَلَ أَحَدُكُمْ طَعَامًا فَلْيَقُلْ: بِسْمِ اللَّهِ، فَإِنْ نَسِيَ فِي أَوَّلِهِ فَلْيَقُلْ: بِسْمِ اللَّهِ فِي أَوَّلِهِ وَآخِرِهِ

Maksudnya: “Sekiranya seorang daripada kamu hendak makan, sebutlah nama Allah (Bismillah). Sekiranya dia terlupa (menyebut nama Allah) pada awal (mula makan), maka sebutlah ‘Bismillahi awwaluhu wa akhirahu’ (Dengan nama Allah pada awal dan akhirnya).” (HR al-Tirmizi, hadis hasan sahih)

2. Jangan makan & minum guna tangan kiri

Tangan kiri kebiasaannya kita gunakan untuk mencuci najis, maka sangat tidak elok jika digunakan tangan yang sama untuk masukkan rezeki ke dalam mulut.

3. Ambil makanan yang dekat dahulu

Nabi mengajar kita supaya tidak gopoh ketika mengambil rezeki, jadikan diri seorang yang beradab santun. Adab di hadapan rezeki perlu dijaga, agar tidak terambil hak orang lain.

Rasulullah SAW bersabda:

الْبَرَكَةُ تَنْزِلُ وَسَطَ الطَّعَامِ فَكُلُوا مِنْ حَافَتَيْهِ وَلَا تَأْكُلُوا مِنْ وَسَطِهِ

Maksudnya: “Keberkatan itu turun di tengah-tengah makanan, maka mulailah makan dari tepinya dan janganlah makan dari tengahnya.” (HR Tirmidzi, hadis hasan sahih)

4. Rasulullah makan tidak bersandar

Makan sambil bersandar menunjukkan kesombongan kita di depan rezeki dan Pemberi Rezeki. Sebaliknya makan dengan tertib dan cermat sebagai tanda merendah diri dan bersyukur kepada Allah SWT.

5. Menjilat jari selepas makan 

Menjilat jari selepas makan merupakan sunnah Rasulullah SAW yang sangat indah. Tujuannya untuk mencari keberkatan kerana kemungkinan rezeki yang tertinggal itulah terdapat keberkatannya.

Nabi Muhammad SAW bersabda:

إِذَا أَكَلَ أَحَدُكُمْ فَلْيَلْعَقْ أَصَابِعَهُ، فَإِنَّهُ لَا يَدْرِي فِي أَيَّتِهِنَّ الْبَرَكَةُ

Maksudnya: “Apabila salah seorang daripada kamu makan maka jilatlah jari-jarinya kerana sesungguhnya dia tidak tahu di manakah tempat yang mempunyai keberkatan.” (HR Muslim, hadis sahih)

Baca juga: “Razzaq Ohh Razzaq…”- Rupanya Tak Semua Nama Allah Boleh Dijadikan Nama Anak

ADAB MAKAN RASULULLAH

6. Baca doa selepas makan

Membaca doa sebelum dan selepas makan adalah sebagai tanda terima kasih kita kepada Allah SWT. Rasulullah SAW juga ada bersabda:

مَنْ أَكَلَ طَعَامًا ثُمَّ قَالَ الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَطْعَمَنِي هَذَا الطَّعَامَ وَرَزَقَنِيهِ مِنْ غَيْرِ حَوْلٍ مِنِّي وَلَا قُوَّةٍ غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ وَمَا تَأَخَّرَ

Maksudnya: “Siapa memakan makanan kemudian membaca doa: “Segala puji bagi Allah yang telah memberikan makanan ini kepadaku sebagai rezeki, tanpa daya dan kekuatan dariku.” (HR Abu Daud, hadis hasan)

7. Tidak mencela makanan

Adab ini harus dijadikan contoh ketika mendapatkan makanan kerana masih ramai di luar sana yang terpaksa mencari sisa makanan dalam timbunan sampah, makanan terbuang, mati kebuluran, dan lain-lain.

8. Makan di atas lantai

Apabila makan, Nabi Muhammad SAW akan meletakkan makanan di atas lantai (beralaskan saprah). Hal ini disebutkan didalam hadis daripada Anas bin Malik r.a. berkata:

مَا أَكَلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى خِوَانٍ وَلَا فِي سُكْرُجَةٍ وَلَا خُبِزَ لَهُ مُرَقَّقٌ قُلْتُ لِقَتَادَةَ عَلَامَ يَأْكُلُونَ قَالَ عَلَى السُّفَر

Maksudnya: “Nabi Muhammad SAW tidak pernah makan di atas meja dan tidak pula dengan piring. Dan beliau tidak pernah dibuatkan roti empuk.” Aku bertanya kepada Qatadah, “Lalu di atas hamparan apa beliau makan?” ia menjawab, “Di atas daun kurma.”

9. Makan minum sambil duduk

Makan atau minum sambil berdiri sebenarnya menunjukkan adab yang buruk terhadap makanan. Ia bukan cara yang sihat ketika makan dan boleh datangkan kemudaratan.

10. Tangguhkan solat jika makanan telah terhidang

Adab ini adalah untuk mengelakkan seseorang itu merasa lapar dan tidak khusyuk ketika melaksanakan solat. Namun, berpadalah dalam menikmati juadah sekadar untuk melepaskan rasa teringin.

Bimbang terlalu banyak akan menyukarkan pergerakan solat yang akan diilakukan. Daripada Anas bin Malik r.a., Nabi SAW bersabda:

إِذَا وُضِعَ العَشَاءُ وَأُقِيمَتِ الصَّلاَةُ، فَابْدَءُوا بِالعَشَاء

Maksudnya: “Apabila dihidangkan makanan (makan malam) dalam keadaan solat didirikan maka mulakanlah dengan makanan.” (HR Bukhari, hadis sahih)

Sama kita contohi dan mengamalkan adab pemakanan gaya Rasulullah SAW dalam kehidupan seharian. Moga bermnafaat!

Baca juga: Hukum Sentuh Kemaluan Guna Tangan Kanan, Ini Penjelasannya…

Sumber: Facebook Ustazah Asma’ Harun

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×