Nur

Nak Heret Pasangan Curang Tapi Bukti Gagal Di Mahkamah, Ini 7 Sebabnya!

13
SHARES
tuntutan fasakh

Perbuatan curang di dalam perkahwinan seperti sudah menjadi norma masyarakat, bahkan kini makin menjadi-jadi. Maka, tuntutan fasakh dibuat baik isteri mahupun suami yang menjadi mangsa perselingkuhan tersebut.

Lain pula jadinya, apabila di mahkamah bukti-bukti yang dikemukakan mangsa gagal menyabitkan pasangan atas kesalahan curang tersebut disebabkan beberapa masalah seperti dikongsikan Peguam Syarie, Khairul Fahmi Ramli di bawah.

Baca juga: Suami Tersedar Di Malam Pertama, Nikahi Isteri Tiada ‘Dara’, Lidah Kelu Tak Terkata!

TUNTUTAN FASAKH

tuntutan fasakh

Gambar: rawpixel.com

Kelmarin (sewaktu ia ditulis) sewaktu menanti perbicaraan kes fasakh di Mahkamah Rendah Syariah Kangar, saya dengar isu pengesahan lafaz cerai luar Mahkamah sebab isteri yang curang. Jadi, isu curang ini, mahu tak mahu, kita kena terima, bukan lelaki sahaja curang, perempuan pun ada juga.

Saya bukan nak back up lelaki dan saya pun tak back up perempuan. Tapi, yang saya nak ulas sebab banyak soalan yang tanya pada saya tentang isu curang dan pengalaman bawa kes fasakh tentang isu curang suami atau isteri.

Dalam kes Fasakh, isu curang, kalau isteri mendakwa bahawa suami bermain kayu tiga atau isteri ada hubungan dengan lelaki lain, selalu sukar bagi Mahkamah untuk sabitkan tuduhan atas alasan di bawah seksyen 53(1)(h)(ii) iaitu:

  • bahawa suami atau isteri menganiayai isteri atau suaminya iaitu, (ii) berkawan dengan perempuan atau lelaki jahat atau hidup berperangai keji mengikut pandangan Hukum Syarak;
  • Sebabnya, ada beberapa faktor yang gagal dibuktikan oleh pihak yang mendakwa. Dalam undang-undang serta Hukum Syarak, orang yang mendakwa perlu buktikan dakwaannya.

Baca juga: ‘Speed Dating’ Budaya Baru Merisaukan, Taaruf Orang Islam Bukan Begitu Caranya!

7 SEBAB ISU CURANG SERING GAGAL DIBUKTIKAN DALAM FASAKH

tuntutan fasakah

Gambar: freepik

Jadi, yang selalu jadi masalah untuk buktikan isu curang ini bagi tuntutan fasakh adalah:

1. Suami/Isteri tak mengaku

Ini perkara biasa. Siapa nak mengaku salah. Kalau betul fitnah, tak apa lah kalau nak pertahan. Tapi curang ini benar, tapi berdusta di dalam Mahkamah, hanya Mahkamah Allah sahajalah yang akan menanti.

Jika suami/isteri tiada bukti untuk dakwa tentang curang ini, maka, pengakuan sahaja yang boleh menjadi bukti terhadap tuntutan.

2. Tiada saksi/saksi hanya dengar cakap

Selalu juga bila nak bukti bab curang ini, suami/isteri bawa saksi yang tak pernah nampak pun kecurangan itu. Cuma, saksi yang hanya dengar daripada luahan hati orang yang mendakwa sahaja.

Contohnya, isteri mengadu dekat ayah, jadi ayah hanya cerita melalui aduan anaknya sahaja. Atau suami bawak saksi yang dengar daripada cakap orang lain sahaja yang isterinya curang. Lagi pening, kalau tak ada saksi langsung.

Baca juga: Suami Beri Hadiah & Minta Balik, Ia Haram! Isteri Tak Wajib Pulangkan

3. Gambar WhatsApp/Message screenshot

Ada banyak juga yang kini bawak bukti pada Mahkamah tentang mesej suami dengan perempuan lain, isteri dengan lelaki lain. Cuma, yang jadi masalah masa bicara adalah gambar screenshot mesej yang dilampirkan, tak ada bukti yang asal.

Yelah, bukti asal dalam handset suami contohnya, entah ada atau tak lagi dalam handset itu. Jadi, mahu tak mahu, bukti screenshot ini hanya bukti sekunder lah, tak boleh lah nak jadi bukti primer. Ada setengah keadaan itu, gambar screenshot itu sendiri hilang dari handphone sendiri pun ada.

4. Gambar dan video tak jelas

Ada pihak yang memang ada gambar suami/isteri curang atau kelakuan keji. Ada banyak keadaan, gambar yang dilampirkan kurang jelas identiti orang tersebut.

Contohnya, ada gambar yang diambil dalam gelap seperti di clubbing, nampak macam edit pun ada, dan lain-lain. Ada yang lampir gambar seluar dalam yang diberi oleh isteri kepada lelaki lain, tapi mana nak tahu, entah betul atau tak gambar seluar dalam tu milik isteri.

Ini contoh kes saya dulu-dulu.

Baca juga: Isteri Terkejut Suami Nak Berpisah Sebab ‘Sangkut’ GDM Masa Hamil, Geli Dengan Diabetes!

5. Gambar dan video ambil daripada Facebook, Wechat & lain-lain

Zaman sekarang, mudah sahaja nak ambil gambar. Buka dekat FB, Instagram, Wechat dah ada macam-macam gambar yang boleh tunjuk pada kecurangan. Sekarang ini, Tiktok pun boleh jadi bukti video menunjukkan kecurangan.

Tapi banyak keadaan, bila masuk waktu bicara, bila nak bukti, semua itu dah tak ada. Dah kena delete. Jadi, bukti-bukti macam ini, boleh jadi bukti sekunder saja lah selalunya. Kita tak boleh nak tender bukti dokumen tersebut sebagai eksibit (bukti primer).

6. Tiada tangkapan dan dakwaan

Ada sesetengah orang dakwa suami/isterinya pernah berzina, khalwat, berhubungan dengan orang lain lebih daripada suami/isteri. Tapi, orang yang didakwa tersebut tak pernah pun ditangkap, didakwa atau dihukum oleh Mahkamah atas mana-mana kesalahan yang boleh tunjukkan kata dia curang.

Melainkan, memang dapat terbukti suami/isteri kena hukum atas kesalahan tertentu.

Baca juga: Urutan ‘Petik Mangga’ Suami Isteri, 9 Langkah Layanan Batin Yang Lebih Romantis!

7. Kisah yang terlalu lama

Sebilangan orang, ada yang cuba nak dakwa tentang kecurangan. Tapi, isu curang rumah tangga mereka, isu yang dah terlalu lama.

Sampai 10 tahun yang lalu pun ada. Sedangkan, dalam tempoh tahun lepas baru bersalin anak yang ketiga, contohnya.

Memang susah lah nak kata tentang curang tersebut. Bila dah terlalu lama, boleh jadi perkara tersebut benar, tapi dah taubat.

Kesimpulan

Mungkin ada lagi yang lain-lain contoh, cuma ini berdasarkan pengalaman di dalam Mahkamah. Ada keadaan, Mahkamah terima tuntutan fasakh atas dakwaan ini, tapi banyak keadaan, perkara tersebut gagal dibuktikan.

Kita tak tahu hal yang sebenar, melainkan pihak-pihak yang berkahwin tersebut dan Allah swt. Moga kita dapat faham sikit sebanyak.

Baca juga: Geram Suami Tak Bantu Urusan Rumah, Isteri Cuba Buat 8 Tips Ini, Harap Menjadi!

Sumber: Khairul Fahmi Ramli

FT Image: freepik

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×