Dapur

Resepi SATAY GORENG JAWA, Daging Korban Banyak Bolehlah Buat Menu Ini!

36
SHARES
resepi satay goreng

Selain buat nasi daging dan nasi beriani menggunakan daging korban, apa kata kali ini cuba pula resepi satay goreng jawa. Menu ini sedap dibuat lauk dan makan bersama nasi putih atau nasi impit. Memang membuka selera!

Nak pula sedang tempoh Hari Raya Haji, memang banyak stok daging korban di rumah. Jom ikut resipi resipi daging korban masak satay goreng versi jawa dari Eliza Aziz.

Baca juga: Patutlah Liat! Ini Sebab DAGING KORBAN Tak Sesuai Makan Macam ‘Steak’

RESEPI SATAY GORENG JAWA

resepi satay goreng

Gambar: Eliza Aziz

Resipi daging korban masak satay goreng versi jawa

Tiap tahun menu ini wajib keluar. Cubaan Eja buat ini semalam, semerbak satu rumah. Tanpa sengaja termakan nasi bertambah-tambah.

Baca juga: Resepi Sup Tulang Lembu Dengan Kuah Pekat, Kisar 2 Bahan Rahsia Ini!

Bahan-bahan dan cara penyediaan:

  • 1kg daging korban
  • 5 sudu besar gula
  • Bawang merah 2 biji *
  • Bawang putih 6 biji *
  • Lengkuas 3 inci *
  • Halia 3 inci *
  • Kunyit 3 inci *
  • Serai 2 batang *
  • Ketumbar segenggam *
  • Jitan putih segenggam *
  • Garam
  • Pati ayam
  • Ajinomoto (pilihan)

Baca juga: Resepi MEE KICAP ACIK KANTIN, Gamit Memori Zaman Sekolah!

resepi satay goreng

Gambar: Daging selepas diperap gula (kanan), daging yang telah digaul sebati (tengah) dan daging mengeluarkan minyak air sendiri (kiri) – Eliza Aziz

  1. Daging korban potong kecil dan basuh bersih bersih sebelum ditoskan. Kenapa potong kecil? Biar senang nak masak.
  2. Perap daging dengan gula, biar meresap 10-15 minit.
  3. Kisar semua bahan bertanda * dan jangan letak air banyak.
  4. Kemudian bahan kisar, lumurkan terus dalam daging.
  5. Tambahkan garam dan pati ayam.
  6. Siapa yang extra power, boleh rasa guna hujung lidah mana terkurang rasa manis ke masin boleh tambah. Kalau untuk beginner, korang rasa bila daging dah separuh masak ya.
  7. Setelah 3 jam perap, masak terus dalam kuali ya (perap lama agar rasanya sebati, lagi satu daging cepat empuk/masak).
  8. Tak perlu guna minyak sebab daging itu sendiri dah keluarkan minyak.
  9. Biarkan ia masak sehingga daging empuk dan minyak airnya kering.

Baca juga: Resepi Nasi Daging Utara Gebu Berderai & Dagingnya Lembut, 17 Ribu Perkongsian!

Taraaaaa!

menu daging korban

Gambar: Daging yang sudah empuk dan kering – Eliza Aziz

Ini hasilnya. Kalau nak kering lagi pun boleh. Saya dah tak sabar, jadi itu yang angkat. Asalkan daging dah empuk, rasa dah mantap memang terus bedal.

Silakan KONGSI dengan lebih banyak! Semoga bermanfaat untuk anda semua.

Baca juga: CREAMY CORN RIB Lemak Berkrim & Pedas, Resepi Jagung Buat Ramai Ketagih!

Sumber: Eliza Aziz

FT Image: Eliza Aziz

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×