Semakin dekat tarikh 31 Ogos, semakin banyak ciptaan kreatif berunsurkan kemerdekaan yang muncul dan berjaya menarik perhatian masyarakat Malaysia. Hal ini termasuklah, dalam penghasilan makanan seperti Kek Lapis Kukus Tower Merdeka yang dihasilkan oleh Julia ALeen Aireish.
Air tangan kreatifnya ini secara tidak langsung, menuai perasaan patriotik dalam diri sesiapa yang melihatnya. Apatah lagi jika anda turut sama membuatnya. Semangat kemerdekaan begini yang kita mahu semaikan! Mari sama-sama kita buat, resipinya ada di bawah.
Baca juga: Petua Cepat Hilang Lendir Siput Sedut, Bila Makan Gulai Baru Rasa ‘Best’!
KEK LAPIS KUKUS TOWER MERDEKA
Semalam, saya post gambar untuk kek ini dan ramai cakap cantik. Thank you, sayang-sayang semua.
Hari ini, mari saya kongsi resipinya. Semalam ada tanya nak pjj (pembelajaran jarak jauh), tak payah pjj ikhlas kongsi ilmu. Buat tau hehehe.
Baca juga: Tips Mudah Pilih Timun Rangup, Salah Pilih Boleh Rasa Pahit & Kurang ‘Juicy’!
Bahan-bahan:
- 200gm tepung gandum
- 200gm gula kastor
- 6 biji telur size B
- 60ml santan kelapa
- 150ml minyak jagung / minyak masak
- 20gm ovalette
- 1 sudu teh esen vanila
- Hujung sudu garam halus
- Pewarna kesukaan
- Jem buah campur atau lain-lain perasa jem pun boleh
Baca juga: Resipi Kek Minyak Kukus Pandan Vanilla, Pejam Mata 20 Minit Je Dah Siap!
Cara-caranya:
- Telur, gula, ovalette, esen vanila dan garam disatukan putar hingga kembang putih gebu.
- Masukkan tepung sedikit-sedikit sambil putar perlahan, buat hingga tepung habis.
- Masukkan santan, putar perlahan hingga sebati.
- Kemudian masukkan minyak kaup balik hingga sebati.
- Selepas itu bahagikan adunan, asingkan 2 senduk kecil untuk hiasan bentuk bulan dan bintang, lebihan adunan dibahagi kepada 4 bahagian (jika hendak buat lapisan seperti warna bendera Malaysia).
- Titiskan pewarna biru, merah, kuning dan untuk putih guna adunan yang asal.
- Sediakan loyang 8 x 8 dilapik dengan kertas baking.
- Panaskan air kukusan, kukus adunan yang diasingkan 2 senduk tadi dahulu, pastikan diwarnakan dengan warna kuning. Kukus lebih kurang 10 minit.
- Setelah itu kukus lapisan pertama warna putih selama 10 minit.
- Sejurus sudah masak lapiskan dengan warna merah pula, kukus 10 minit juga, ulang langkah untuk warna biru.
- Akhir sekali warna kuning, adunan akhir dikukus 15 minit supaya keseluruhan kek masak cantik.
- Apabila sejuk, boleh keluarkan dari loyang.
- Potong ikut kreativiti, memanjang boleh atau potong pendek seperti di gambar pun boleh.
- Kemudian sapu jem disetiap lapisan yang dipotong, susun secara berlapis, letak hiasan bulan dan bintang, siap.
Jom buat!
Baca juga: Korean Garlic Cheese Bread Resipi Mudah, Cepat Nak Buat Sebelum Pergi Kerja!
Sumber: Julia ALeen Aireish
FT Image: Julia ALeen Aireish