Dapur

Penjual Dedah Harga Kek Lapis Cecah Sampai RM1700, Barang ‘Premium’ & Buat R&D Sampai 17 Kali

3
SHARES
KEK LAPIS

Kecoh di media sosial mengenai peniaga yang menjual harga kek lapis dikatakan mencecah sehingga RM1700. Sebelum ini, individu tersebut juga pernah menjual kek lapis baklava berharga RM650.

Harga kek lapis tersebut sudah pastinya menjadi tanda tanya pengguna media sosial kerana dijual terlalu mahal berbanding harga pasaran.

Baca juga: Cara Cuci Lesung Batu Baru Beli Sebelum Guna, Tumbuk Dulu Satu Bahan Ini Sampai Lumat

PENIAGA DEDAH HARGA KEK LAPIS CECAH RM1700

KEK LAPIS

Menurut perkongsian di Facebook itu, kek lapis terbaru berharga RM17000 ini menggunakan bahan premium selain melalui proses penyediaan yang sangat teliti.

Berikut adalah antara beberapa sebab mengapa harga kek ini begitu tinggi:

– Menggunakan coklat couverture premium sebanyak 1.2KG

– Tidak menggunakan gula putih – lebih sihat dan berkualiti.

– Warna hitam elegan yang unik dan mewah.

– Ambil masa 7 jam untuk disiapkan – proses melapis sangat rumit.

– Sebanyak 17 kali ujian R&D dilakukan sebelum mendapat rasa yang sempurna.

– Saiz 9×9 inci dengan harga RM1,700

Selain itu, kek lapis ini juga dikatakan misteri kerana peniaga hanya memberitahu bahawa permulaan namanya adalah ‘Black’.

Kek lapis harga ‘kayangan’ itu pastinya mendapat pelbagai komen daripada warganet yang rata-rata turut terkejut apabila penjual mendedahkan harga tersebut.

Mereka turut kreatif dalam melontarkan idea mengenai nama kek premium itu seperti Black Eyes, Black Secrets, Black Golden Coklat, dan Black Seribu Tujuh.

Penjual berharap agark kek lapis viral ini akan menjadi kegemaran terutamnya buat mereka peminat keju dan coklat pada tahun 2025.

Baca juga: Resepi Tauhu Sumbat Guna Ikan Pelaling, Makan Masa Panas Memang Tak Cukup Satu!

Sumber: Facebook Abg K’ju Cake House

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×