Dapur

Resepi Tauhu Sumbat Guna Ikan Pelaling, Makan Masa Panas Memang Tak Cukup Satu!

10
SHARES
resepi tauhu sumbat

Resepi tauhu sumbat kali ini sedikit berbeza berbanding biasa kerana isi dalamnya menggunakan ikan pelaling. Sekiranya anda peminat hidangan ini, memang kena cuba!

Resipi mudah ini boleh dinikmati bila-bila masa sahaja tanpa mengira waktu. Kalau nak lebih sedap, boleh dipadankan bersama sos cili, kuah kacang dan sambal kicap.

Baca juga: Cara Buat Sate Balut Popia ‘Viral’ Di Rumah, Ada Dua Resepi Berbeza Boleh Cuba!

RESEPI TAUHU SUMBAT IKAN PELALING, SEDAP TAK TERKATA

RESEPI TAUHU SUMBAT

Bahan-bahan resepi tauhu sumbat:

  • Tauhu basah
  • isi ikan pelaling
  • Lada hitam
  • Garam
  • Daun sup
  • Telur sebiji

Cara-cara penyediaan tauhu sumbat:

1. Potong dua tauhu tersebut. pastikan bentuk tiga segi.

2. Kemudian, belah di bahagian tengah sedikit dan korek isi tauhu tersebut.

3. Selanjutnya, rebus ikan isi pelaling dan ketepikan.

4. Dalam satu bekas, campurkan isi ikan yang sudah direbus, lada hitam, garam, daun sup, lebihan isi tauhu dan sebiji telur.

5. Gaul semua sehingga sebati dan sumbat di dalam tauhu.

6. Setelah itu, celup dalam bancuhan tepung goreng pilihan anda, campurkan dengan tepung ubi, telur, garam dan sedikit air. Pastikan bancuhan tidak terlalu pekat.

7. Goreng sehingga keperangan dan rangup. Sedia untuk dihidangkan.

Resepi tauhu sumbat ini sesuai juga untuk diet namun anda perlu kukus. Selain dimakan begitu sahaja, boleh dipadankan bersama sambal kicap.

Selamat mencuba!

Baca juga: Resepi Agar-Agar Milo Susu Homemade Berlemak, Buat Kecil Macam Ini Anak Pasti Suka

Sumber: Facebook Jarina Jamidin

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×