Kek lapis neopolitan bukan saja memikat dari segi rasa, tetapi juga tampil cantik dengan lapisan warna yang klasik seperti coklat, strawberi dan vanila. Kombinasi ini bukan sahaja mengimbau rasa nostalgia, malah sesuai untuk hidangan istimewa ketika majlis atau hari raya.
Resipi istimewa ini dikongsikan oleh Nor Sheemz, yang mendapat ilham daripada resipi asal oleh Kak Wan Raudzah Ismail.
Baca juga: Doa Ketika Memasak Supaya Makanan Jadi Sedap, Sampai Suami Cium Tangan Dua Kali!
RESIPI KEK LAPIS NEOPOLITAN

Gambar AI
Dengan tekstur lembut, aroma wangi dan rasa yang seimbang, kek ini memang berbaloi untuk dicuba. Walaupun nampak sedikit rumit dengan teknik lapisan demi lapisan, hasilnya pasti memuaskan hati dan selera.
Nak cuba buat sendiri di rumah? Ini langkah demi langkah penyediaannya!
Bahan A:
- 15 biji kuning telur (gred A)
- 5 biji putih telur
- 1 sudu besar ovalette
- 250g gula kastor
Pukul semua bahan A hingga kembang dan gebu.
Bahan B:
- 450g mentega
- 1 sudu teh esen vanila
Pukul bahan B hingga kembang dan ringan.
Bahan C:
- 100g tepung aiskrim vanila
- 30g susu tepung
- 170g tepung Hong Kong
- 1 sudu teh serbuk penaik (baking powder)
Ayak semua bahan C bersama.
Bahan perisa:
- Coklat emulco
- Mocha emulco
- Strawberry emulco
Baca juga: Petua Cuci Kerang Berlumpur Teruk, 2 Bahan Ini Boleh ‘Muntah’ Segala Isi Perut Yang Kotor!

- Satukan bahan A dan bahan B. Gaul rata hingga sebati.
- Masukkan bahan C sedikit demi sedikit dan gaul hingga adunan sebati sepenuhnya.
- Bahagikan adunan kepada tiga bahagian iaitu satu bahagian campur dengan strawberry emulco, satu lagi dengan coklat emulco dan mocha emulco serta satu lagi dibiarkan plain.
- Sediakan loyang bersaiz 8 inci. Gris dan alas dengan kertas pembakar.
- Masukkan 4 sudu besar adunan untuk setiap lapisan.
- Bakar selapis demi selapis menggunakan api atas sahaja pada suhu 200°C selama 4 hingga 5 minit bagi setiap lapisan.
- Selepas setiap lapisan masak, cucuk dengan lidi untuk keluarkan gelembung udara dan tekan perlahan dengan penekan kek lapis sebelum menambah lapisan seterusnya.
Baca juga: Perapan Rempah Daging & BBQ Istimewa Ala Kenduri Kampung, Wajib Cuba Raya Korban Kali Ini!
Sumber: Nor Sheemz
FT Image: AI
