Famili

Asyik Beri Barang Sama Je Pada Ayah, Senarai Hadiah Ini ‘Confirm’ Tak Ada Lagi!

2
SHARES
hadiah hari bapa

Saban tahun di Malaysia, Hari Bapa diraikan pada Ahad ketiga bulan Jun bagi menghargai pengorbanan lelaki bernama ayah. Maka, tidak lengkap sambutan bersama ahli keluarga dibuat tanpa hadiah hari bapa.

Justeru itu, bagi memudahkan anak-anak yang kekeringan idea untuk membelikan hadiah kepada ayah anda, penulis telah senaraikan 10 item di bawah. Jom lihat senarai tersebut!

Baca juga: Ini 5 Kelebihan Bawa Keluarga Pergi Bercuti- Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah

HADIAH HARI BAPA

hadiah hari bapa

1. MINYAK WANGI

Minyak wangi merupakan senjata yang sentiasa diperlukan orang lelaki. Jadi, sudah pasti ayah anda akan menyukainya. Barulah ayah harum semerbak dan lebih berkeyakinan, oleh kerana bauan minyak wangi telah membangkitkan lagi karisma si ayah.

2. AL-QURAN

Menghadiahkan ayah Al-Quran bukan sahaja memberikan kebahagiaan, malah pahala turut diperoleh di dunia dan di akhirat kelak. Penulis cadangkan anda beli Al-Quran yang bersaiz travel agar mudah untuk ayah bawa ke mana-mana sahaja.

Kalau ada duit lebih belikan sahaja 1 set yang besar dan kecil. Tambahan, dunia kan semakin canggih boleh juga hadiahkan peranti Al-Quran, confirm ayah suka!

3. SET MEMANCING

Kebanyakan ayah hobinya adalah memancing! Bagai pucuk dicita ulam mendatang, ayah pasti tersenyum gembira sepanjang tahun apabila minatnya disokong oleh anak.

Di pasaran, ada pelbagai jenis pancing dari harga yang rendah hingga yang tinggi mengikut fungsi dan kelebihan. Kalau anda tak tahu nak pilih yang mana bawa sahaja ayah sekali, kan senang!

4. KELENGKAPAN BERKEBUN

Ayah yang suka bercucuk tanam mesti sangat gembira kalau dapat set berkebun yang dah lama diidam-idamkan. Contohnya hadiahkan ayah kit permulaan haba, set baja atau sarung tangan.

Lepas ini, halaman rumah keluarga anda pasti bertambah seri!

5. DOMPET

Kebanyakan orang lelaki akan pakai dompet sampai koyak dan buruk. Mungkin kerana sikap mereka yang tidak mahu membazir dan asalkan boleh guna lagi rupa dompet tidak menjadi masalah.

Jadi, berikan dompet sebagai hadiah pasti mengukir senyuman di bibir ayah.

6. ALAT MENUKANG

hadiah hari bapa

Alatan menukang atau tool box antara ‘must-have item’ yang wajib ada. Di kedai, alat bertukang ini ada banyak jenis lebih baik anda mintak pendapat penjual terlebih dahulu sebelum membelinya.

Kalau belikan tool box yang mempunyai barang asas pun dah cukup menggembirakan hati ayah. Antaranya seperti:

  • Pita pengukur
  • Pemutar skru
  • Playar
  • Level
  • Tukul
  • Set paku dan skru
  • Pemotong kawat
  • Gerudi tanpa kod

7. PAKEJ PERCUTIAN

Siapa sahaja yang tidak suka pergi bercuti free, betul tak? Penulis 100% yakin, ayah anda pasti menyukai hadiah staycation ini.

Tidak salah sekali-sekala berbelanja besar menghadiahkan ayah sebuah pakej percutian. Dapatlah ayah berehat dengan tenang dan mengisi masanya yang terluang itu.

8. PAKEJ HAJI ATAU UMRAH

Antara hadiah yang paling bernilai, anda boleh hadiahkan kepada ayah adalah pakej menunaikan haji atau umrah. Sekiranya ada rezeki lebih, boleh lah bawa ayah ke sana.

Terutama buat ayah yang belum pernah lagi menjejakkan kaki di tanah suci Mekah. Jangan terkejut pula, kalau ayah anda menangis kegembiraan!

9. TOPI

Topi bukan sahaja untuk melengkapkan imej bersukan ayah, malah ia adalah item yang boleh dipakai bersama apa jenis imej santai, bila-bila waktu dan ke mana sahaja.

Jadi, belikan ayah topi yang mempunyai bahan kanvas yang sesuai untuk melindungi kepala dari sinaran Ultraviolet (UV).

10. HAMPER BUAH-BUAHAN

Hamper buah-buahan merupakan hadiah yang paling mudah untuk diperolehi. Mesti anda tertanya-tanyakan kenapa bukan makanan lain kan?

Hal ini kerana, buah merupakan simbolik untuk menjaga kesihatan ayah. Semoga ayah terus sihat dari segala penyakit.

Sumber: Kelab Mama

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×