Pantang

Bila Mama Hampir ‘Gila’ Sebab Asyik Tak Cukup Tidur, Ingat 7 Perkara Ini

3.7K
SHARES
bayi berjaga malam

“Sejak ada baby ni, rasa letih dan mengantuk memang tak boleh nak cakap. Kadang-kadang rasa macam zombie pun ada – pakaian tak terurus, rumah bersepah, tak bersemangat nak buat apa-apa. Aduhai…”

Tak dapat dinafikan lagi – kekurangan tidur setiap hari boleh membuat sesiapa pun berasa sangat letih, emosional, terdesak, dan mungkin separuh gila. Maka tidak hairanlah ramai wanita terdedah kepada masalah kemurungan atau postpartum depression selepas kelahiran bayi.

Masalahnya, bayi berjaga malam adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Oleh sebab itu, kebanyakan wanita tak pernah lagi dapat tidur yang cukup atau bak kata orang ‘beauty sleep’ selepas kelahiran bayi.

Bila Mama Hampir ‘Gila’ Sebab Asyik Tak Cukup Tidur, Ingat 7 Perkara Ini

Wahai Mama, jika bayi berjaga malam dan anda semakin stres akibat tak cukup tidur, ingatkanlah diri anda dengan 7 perkara ini.

1. Bayi Berjaga Malam Adalah Normal

Adalah normal bagi bayi berjaga malam, terutamanya pada awal kelahiran. Ini kerana mereka masih dalam proses merangka jadual tidur yang tetap serta belum mengenal siang dan malam.

Malah, anda mungkin terpaksa berjaga malam sehingga beberapa bulan berikutnya. Ada kalanya bayi mahu menyusu, rasa tak selesa, atau cuma mahu dibelai. Namun, ia adalah petanda bahawa bayi anda sihat dan cerdas.

cara tidurkan bayi

Foto Kredit: qsota.com

2. Anda Bukan Keseorangan

Ingatlah bahawa anda bukan keseorangan dalam hal ini. Fahamkan suami anda bahawa anda memerlukan pertolongan daripadanya untuk menguruskan bayi. Cuba bergilir-gilir dan jangan malu memintanya untuk membuat sesuatu agar anda dapat berehat.

Sekiranya suami dan keluarga anda jauh, percayalah ramai lagi ibu-ibu yang mengalami perkara yang sama seperti anda. Cubalah berbual dengan mereka melalui kumpulan sokongan tertentu yang semakin banyak muncul di media sosial.

cara tidurkan bayi

Foto Kredit: zena.cz

3. Bukan Salah Anda

Tiada apa yang silap dengan cara anda menjaga bayi. Mungkin ada yang mengkritik dan memberi terlalu banyak tips hingga anda rasa bersalah dan tidak konfiden untuk menguruskan bayi.

Setiap bayi itu unik dan tidak sama cara penjagaannya. Maka, sebagai ibu, percayalah pada naluri anda dan jangan terlalu tertekan dengan pendapat orang lain kecuali jika ia melibatkan masalah kesihatan kepada bayi.

pengalaman bersalin caesar

Foto Kredit: malibuvist.com

4. Fasa Ini Akan Berlalu Tanpa Anda Sedari

Fasa ini sebenarnya rasa seperti sesuatu yang tak ada penghujungnya. Hari demi hari kita terpaksa berjaga malam, apatah lagi jika si kecil diserang demam atau penyakit lain. Memang boleh ‘sakit’ kita dibuatnya.

Apapun, anda akan mampu menyesuaikan diri kerana setiap ibu dijadikan sebagai seorang ‘wanita besi’. Lama-kelamaan, anda akan terbiasa dan dapat menghadapi setiap hari dengan lebih baik.

5. Anggaplah Ia Peluang Untuk Bonding

Sekalipun anda berasa seperti seorang zombie, percayalah bahawa bayi anda menghargai setiap detik bersama anda. Mereka belajar untuk mengenal anda, mahu merasai kehangatan pelukan anda, dan hubungan anda berdua semakin rapat setiap hari.

Dalam suasana malam yang senyap sunyi ini juga, anda dapat lebih lagi menghargai kehadiran bayi anda dan memanjatkan rasa syukur kerana diberi anugerah yang begitu hebat. Bukan semua orang dapat merasakan nikmat ini!

Tips banyakkan susu ibu

Foto Kredit: istockphoto.com

6. Anda Akan Merindui Moment Ini

Pasti anda terfikir yang anda tak akan rindu langsung nak ‘berjaga malam’. Tapi, tunggulah 5-10 tahun lagi, bila anak dah semakin besar dan boleh buat hal masing-masing. Ketika itu, anda akan mahu memeluk mereka, berbual dengan mereka, dan memandang wajah mereka tanpa berkata apa-apa.

Satu lagi, pasti anda akan teringat-ingat dengan bau bayi yang ‘sedap’ dan ‘masam’ – memang sukar digambarkan. Tapi bau inilah yang menjadi penghilang stres ibu-ibu.

Foto Kredit: papertostone.com

7. Anda Mampu Menghadapinya

Akhir sekali, ketahuilah bahawa anda akan mampu melalui hari-hari ini dengan baik. Tinggalkanlah kerja-kerja rumah yang kurang penting, terimalah pertolongan daripada suami atau ahli keluarga yang lain, minumlah kopi, makanlah snek, tidurlah bila ada kesempatan.

Usahakan juga sedikit masa untuk diri sendiri melakukan sesuatu yang diminati untuk menaikkan motivasi anda. Dalam keadaan positif, anda akan dapat melihat daripada perspektif berbeza dan masih dapat bergurau senda walaupun letih.

bayi berjaga malam

Foto Kredit: imujer.com

Bertabah Ya, Mommies!

Akhir sekali, percayalah bahawa semua pengorbanan anda ini akan dinilai oleh Tuhan walau sekecil zarah pun. Jadi, ikhlaskan hati dan banyakkan bersabar kerana anda pasti boleh melakukannya.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×