40 Minggu

6 ‘Cemuhan’ Yang Selalu Dilontarkan Kepada Ibu Yang Bersalin Caesar

4.9K
SHARES
pengalaman bersalin caesar

“Comelnya ‘baby’…. Eh, ceritalah sikit pengalaman bersalin Caesar hari tu. Sakit ke?”

Perasan tak, kalau kita bersalin pembedahan, komen atau pertanyaannya tak akan terhenti setakat di sini saja.

Banyak lagi ulasan yang akan diberikan oleh kawan-kawan mahupun saudara-mara yang datang melawat apabila mengetahui bahawa kita bersalin ‘ikut tingkap’.

Ada yang simpati, ada yang memang nak bertanyakan pengalaman. Tetapi ada juga yang melemparkan komen-komen negatif yang ‘makan dalam’ sama ada secara sengaja mahupun tidak.

Adakah anda juga melakukan kesalahan ini atau pernah menjadi mangsanya sendiri?

6 ‘Cemuhan’ Yang Selalu Dilontarkan Kepada Ibu Yang Bersalin Pembedahan

Ini antara perkara yang kita tak patut katakan kepada mereka yang bersalin pembedahan.

1. “Seronok juga bersalin pembedahan. Tak perlu lalui sakit kontraksi berjam-jam.”

Aduhai, tolonglah jangan cakap begini dengan mereka yang ada pengalaman bersalin Caesar.

Memanglah mereka itu dibius supaya tak rasa semua kesakitan masa dibedah. Tapi, itu tak bermaksud tubuh badan mereka ‘kurang sakit’ berbanding mereka yang bersalin normal.

Sebenarnya kesakitan adalah sesuatu yang agak subjektif dan bergantung kepada individu.

Malah, ada yang telah melalui kesakitan kontraksi, dah kena ‘induce’ DAN kena pula menanggung luka pembedahan ’emergency’ yang terpaksa dijalankan pada saat-saat akhir.

proses bersalin

Foto Kredit: nymag.com

2. “Tulah kau, tak nak amalkan petua-petua lama. Sebab itulah tak dapat bersalin normal.”

Percayalah, tiada siapa yang mahukan komplikasi sehingga terpaksa melalui pengalaman bersalin Caesar. Malah, mereka mungkin saja telah berhempas-pulas mengikut pelbagai jenis petua dan nasihat perubatan yang ada.

Jadi, janganlah ditanya mengapa mereka tak lakukan itu atau ini. Ia seolah-olah sengaja mencari kesalahan mereka.

Lagipun, kita tiada hak untuk menentukan kaedah mana yang lebih baik untuk mereka, bukan?

Persediaan bersalin

Foto Kredit: oshesakura

3. “Aku dah agak, memang semua dipaksa bersalin secara pembedahan di hospital tu.”

Setiap hospital mempunyai reputasi mereka yang tertentu. Ada yang menerima pengalaman yang menggembirakan, ada pula yang kurang bernasib baik menerima layanan yang agak menghampakan. Namun, ia bergantung juga kepada banyak faktor, seperti situasi kita pada masa tersebut.

Jadi, walaupun kita pernah menerima layanan yang tidak diharapkan di sesebuah hospital, tak perlulah kita buat orang rasa menyesal atau bersalah kerana memilih hospital itu. Ingat, mereka telah melaburkan wang yang banyak ya!

pengalaman dalam bilik bersalin

Foto Kredit: gezondheidsnet.nl

4. “Kalau banyak duit, aku pun nak bersalin Caesar!”

Bersalin dengan prosedur apa sekalipun tentu ada kesan dan kesakitannya. Walaupun tidak mengalami episiotomi atau pendarahan vagina yang berpanjangan, luka pembedahan Caesarean sebenarnya memerlukan penjagaan yang amat khusus untuk sembuh.

Jadi, tidak manislah jika kita membanding-bandingkan, apatah lagi membuat komen tentang status kewangan masing-masing.

Setiap ibu melalui pengalaman getir semasa bersalin. Walau apapun kaedahnya, janganlah kita memperkecilkan pengorbanan mereka.

Foto Kredit: verywell.com

Foto Kredit: verywell.com

5. “Orang cakap bersalin pembedahan ini sakitnya sampai ke tua nanti.”

Sakit pinggang, tak boleh angkat barang berat, sakit bahagian luka, sakit kaki, belakang atau sebagainya – tak perlulah kita menakut-nakutkan mereka tentang apa yang bakal dilalui walaupun mempunyai pengalaman sendiri. Ini kerana, banyak lagi faktor yang mendorong kepada kesakitan yang kita lalui itu.

Yang penting, percayalah bahawa mereka telah membuat keputusan yang terbaik demi menyelamatkan bayi dan ibu. Mereka tentu telah diberitahu oleh doktor secara terperinci tentang risikonya sejak hari kelahiran itu lagi.

Kesan apa pun yang bakal dihadapi nanti, itu semua berada di luar kawalan kita.

Foto Kredit: womansday.com

Foto Kredit: womansday.com

6. Bagilah aku tengok kesan parut bersalin pembedahan kau tu.”

Wanita yang baru lepas bersalin biasanya amat sensitif terhadap penampilan mereka.

Buat yang pertama kali melaluinya, mereka tentu agak sukar menerima kenyataan bahawa perut akan menggeleber buat beberapa ketika. Maka, dah tentulah mereka akan rasa tidak selesa untuk menunjukkannya.

Lagi pula, mungkin saja ekspresi dan komen-komen yang akan menyusul selepas melihat kesan parut tersebut akan mengguris hatinya.

Pengalaman Bersalin Caesar Punya Keunikan Tersendiri

Benar, pengalaman bersalin Caesar mempunyai keunikan tersendiri berbanding mereka yang bersalin normal.

Walaupun ianya berbeza, ia sedikit pun tidak akan merendahkan ‘status’ anda sebagai seorang wanita yang pernah melahirkan.

Maka, berbanggalah dengan kelahiran bayi anda tak kiralah apa caranya sekalipun!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×