40 Minggu

Senarai Barang Persediaan Bersalin Sebelum Ke Hospital. Letak Dalam Kereta Siap-siap!

15.9K
reads
Persediaan bersalin

Bakal-bakal ibu yang sudah masuk trimester ketiga, dah boleh buat checklist barang persediaan untuk ke hospital. Yang belum beli, boleh mula beli sekarang. Masuk minggu ke-36, beg sudah wajib ready di sudut bilik atau dalam kereta.

Barang persediaan bersalin

Cuba check apa yang belum ada :-

A. Untuk ibu mengandung :

1. *Kain batik

Persediaan bersalin

Foto Kredit: oshesakura

Dalam wad nanti tak sesuai dah nak berseluar sebab doktor dan nurse akan keluar masuk untuk check bukaan (Saja nak bagitau, proses ni sakit!). Jauhi makian nurse. Pakailah kain batik.

Untuk ibu yang tiba-tiba kena bersalin caeser, elok bawa lebih sebab kemungkinan besar anda kena stay dulu di wad lebih lama.

2. *Baju lengan panjang berbutang (Nursing friendly)

Harus berbutang atau berzip supaya senang nak menyusukan bayi. Elakkan pakai baju yang berfesyen sampai menyusahkan. Beropol sana, ikat sini, reben sana. Kang terbelit anak kat katil hospital, menangis tiada lagu.

Oh! Jangan lupa stokin belang-belang tu! Nak solat pun senang. Tak perlu telekung besar-besar nak sumbat dalam beg.

3. Tuala dan toiletteries

Mandi air suam untuk persediaan bersalin boleh membantu merelakskan otot-otot. Walaupun sakit, tak bererti mulut anda kalis berbau. Gosoklah gigi dengan gembira!

Jangan lupa barang-barang penjagaan diri seperti sikat dan bedak.

4. Nursing Bra

Pakaian dalam khas untuk menyusukan anak. Jangan pelik-pelik pakai swimming suit pula ye.

5. Maternity Pad

Tuala wanita khas untuk wanita lepas bersalin. Ini penting! Kalau terlupa, boleh suruh suami tolong belikan di kedai runcit hospital. Selalunya ada. Tapi kalau tak ada, anda berhuhuhu lah sendiri atas katil.

6. *Minyak selusuh

Boleh juga guna minyak kelapa dara. Jangan berani-berani nak cuba minyak Diesel. Meletup tak tanggung eh.

B. Untuk bayi baru lahir :

1. Baju bayi

Senarai Barang Baby

Foto Kredit: colleenandkeith.com

Bawalah 3,4 pasang baju berlengan dan berseluar. Jangan lupa sarung tangan, stokin dan penutup kepala. Bagi yang excited dapat anak perempuan, simpan dulu baju gaun ber-lace tu. Dah besar sikit nanti bolehlah gayakan dia. Kesian kecik-kecik mata dah tercucuk kain lace.

2. *Kain bedung, baby wipes, newborn pampers

Ada hospital yang sediakan tapi tak bolehlah bawa balik. Kadang-kadang private hospital akan uruskan bayi kita yang baru lahir sepanjang kita masih dalam keadaan ‘pengsan‘.

Jadi hari pertama lepas bersalin, kain bedung, pampers, baby wipes semua hospital support. Tapi mungkin bukan semua hospital provide semua ini.

So, to be safe, bawalah sendiri punya.

3. *Minyak kayu putih/ Yuyi/ etc

Foto Kredit: http://esfarisya.blogspot.my/2014/01/persediaan-keperluan-selepas-bersalin.html

Foto Kredit: esfarisya

Persediaan untuk bayi kembung. Sapu atas perut, labu betis dan tapak kaki. Hati-hati jangan terkena tali pusat bayi yang belum tanggal.

4. *Buku Merah/Biru Bayi

Inilah yang selalu orang panggil, Buku Merah!

Inilah yang selalu orang panggil, Buku Merah!

Kalau buat check up di Klinik Kesihatan, mesti ada buku merah. Kalau buat di hospital swasta, anda akan dibekalkan buku biru. Warna buku bergantung kepada hospital swasta tu sendiri.

5. Beg plastik

Untuk baju kotor dan juga untuk bawa pulang uri bayi. Sesetengah hospital siap bersihkan dan berikan sekali dalam bekas yang disediakan pihak hospital.

 

LAST MINUTE TIPS :

Persediaan bersalin

Foto Kredit: dayanajounquil

Tapi kalaulah ditakdirkan untuk bersalin lebih awal atau secara mengejut, suami-suami sila take note untuk bawa barang-barang bertanda *.

Yang lain bolehlah anda berlari berkejar ke kedai sekitar hospital sambil membawa wallet penuh berisi duit.

Ada lagi tak? Boleh tambah di ruang komen. Selamat bersalin! 😀

Yang Popular

To Top