Sihat

Kerap Sakit Bahu, Ini Rawatan Yang Boleh Dilakukan Sendiri Tanpa Bantuan Orang Lain!

30
SHARES
sakit bahu

Pernah tak alami sakit bahu secara tiba-tiba? Sakit bahu ini sebenarnya terjadi jika anda melakukan aktiviti yang melibatkan pergerakan tangan. Ada kemungkinan ia daripada sendi bahu tersebut atau daripada kawasan sekitar sendi seperti otot, ligamen dan tendon.

Sakit bahu yang terjadi disebabkan oleh sendi biasanya akan menjadi lebih sakit ketika sendi tersebut digerakkan. Namun, sakit bahu yang ringan lazimnya sembuh dengan sendirinya tanpa rawatan doktor. 

Baca juga: Ini 8 Langkah Yang Betul Untuk Urut Kaki Sendiri, Dapat Hilang Lenguh!

SAKIT BAHU

Berdasarkan kajian, individu berumur antara 40 hingga 60 dan juga kaum wanita yang lebih cenderung untuk mengalami sakit bahu ini. Tapi, apa sebenarnya punca sakit bahu ini berlaku? Ada beberapa faktor penyumbang sakit bahu iaitu:

  • Systemic Lupus erythematosus
  • Saraf terhimpit
  • Tulang bahu yang terkeluar daripada soketnya (shoulder dislocation)
  • Otot tegang dan tendonitis daripada senaman yang berlebihan atau mengangkat barang berat.
  • Rheumatoid arthritis
  • Sendi bahu keras dan kaku (frozen shoulder)
  • Bahu terkehel
  • Sendi bahu yang kurang stabil dan mudah terkeluar
  • Patah tulang bahu
  • Osteoarthritis (sendi yang semakin terhakis disebabkan oleh faktor penuaan)

Mereka yang mengalami sakit bahu ini akan merasakan pedih pada bahagian badan itu dan juga leher. Sungguh menyeksakan lebih-lebih lagi jika tiada siapa untuk hulurkan pertolongan ketika sakit. Jika anda berseorangan di rumah, boleh amalkan tips yang bakal penulis kongsikan sekiranya anda sakit bahu.

Rawatan Sakit Bahu Secara Sendirian Di Rumah

1. Rawatan ais

sakit bahu

Anda boleh menggunakan ais sebagai rawatan untuk mengurangkan bengkak atau sakit yang disebabkan trauma. Apa yang perlu anda buat adalah tuam kawasan bahu sakit dengan ais yang diletakkan dalam tuala.

Aliran darah ke bahagian otot yang keras dapat ditingkatkan sejurus otot yang tegang akan menjadi lembut jika anda meletakkan ais pada bahagian yang cedera.

Namun, jika sakit berlanjutan, anda perlu melakukan pemeriksaan mendalam bersama pakar di hospital atau klinik berdekatan.

2. Ambil ubat tahan sakit

sakit bahu

Anda boleh mengambil ubat tahan sakit jenis ‘non-steroidal anti-inflammatory drugs’ (ubat meredakan radang/bengkak jenis bukan steroid) jika mengalami sakit-sakit badan dan sendi berpunca daripada senaman berlebihan atau mengangkat barang yang berat.

Ubat ini bertujuan untuk mengurangkan keradangan di kawasan cedera anda. Selain itu, ia perlu diambil selepas makan kerana kesan sampingannya boleh mengakibatkan gastrik.

3. Kurangkan aktiviti berat

sakit bahu

Tindakan awal paling penting jika mendapati diri sakit bahu adalah anda perlu mengurangkan aktiviti yang berupaya memberi tekanan pada bahagian itu. Contohnya, mengangkat barang yang berat.

Aktiviti senaman berlebihan seperti tekan tubi atau mengangkat bebanan berat sebenarnya akan memberi tekanan pada bahu anda. Kesannya, ia akan menjejaskan bahagian cedera itu.

4. Dapatkan rehat yang cukup 

sakit bahu

Sejurus sedar bahawa bahu sakit, anda perlu mengurangkan segala aktiviti yang menggunakan sendi bahu secara berlebihan agar kawasan cedera itu dapat sembuh dengan sepenuhnya.

Dapatkan rehat yang sewajarnya daripada cuba untuk memaksa menggerakkan bahu yang sakit itu. Anda perlu beri masa untuk bahu pulih, jadi berhenti menggunakan bahagian sakit itu dengan berehat.

Jika sakit bahu berlarutan dan semakin teruk, segera berjumpa doktor untuk mendapatkan pemeriksaan yang lebih mendalam berkaitan keadaan anda.

Sumber: Arrayyan & Physiomobile

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×