40 Minggu

Selain Epidural, Doktor Kongsi Kaedah & Ubat Tahan Sakit Boleh Diberi Semasa ‘In Labour’

27
SHARES

Mendengar pengalaman ibu-ibu tentang sakit bersalin sudah tentunya satu pengalaman baharu. Setiap ibu merasai sakit yang berbeza-beza demi melahirkan anak tercinta.

Antara langkah sering kita dengar untuk mengelakkan rasa sakit bersalin adalah dengan menggunakan epidural. Walau bagaimanapun, menurut perkongsian doktor di laman Twitter, selain epidural, terdapat beberapa ubat tahan sakit yang boleh diberi semasa ‘in labour’.

Baca juga: “Ibu Mengandung Boleh Puasa Tak?”- Ini Jawapan Doktor…

DOKTOR KONGSI KAEDAH & UBAT TAHAN SAKIT BOLEH DIBERI SEMASA ‘IN LABOUR’

Jelas Helmi, setiap ubat tahan sakit ada kebaikan dan keburukan tersendiri. Justeru itu, epidural tidaklah begitu penting sekiranya doktor tidak menyarankan untuk menerimanya.

Tak pernah lahirkan anak tapi dari pengalaman duduk dalam Dewan Bersalin ni boleh kata bersalin ni memang sakit. Di hospital, kalau sakit contraction terlampau kuat sampai ibu-ibu  tak tahan kita akan offer ubat tahan sakit. Ada beberapa kaedah dan jenis ubat each ada pros and cons.

1. Nitrous Oxide aka Laughing Gas aka N²O

Pros: Tak accumulate dalam darah dan dengan bayi -Relatively cheap.

Cons: Ada “teknik” cara nak pakai Kalau main sedut je, sakit tak hilang, kang muntah pulak LOL.

2. Ubat Cucuk aka Opioid Analgesia

Pros:

– Tidak terlalu agressive/invasive macam epidural.

– Senang juga nak dapat -More powerful than N²O

Cons:

– Boleh buat drowsy.

– Ubat masuk ke baby so baby pon drowsy after birth.

– Some pesakit rasa tak berkesan pon (Still sakit).

3. Epidural atau Spinal Anaesthesia atau yang adik beradik dengan dia

Basically kita bagi ubat masuk ke saraf tunjang (spinal cord) atau bahagian yang hampir dengan dia. Epidural dan Spinal berbeza tapi cukup aku ringkaskan dalam bentuk gambar.

Epidural.

Spinal.

Pros:

– Kesan paling kuat dan pantas untuk kurangkan sakit.

Cons:

– Boleh buat mual & gatal-gatal masa awal-awal bagi ubat.

– Masa awal-awal bagi ubat ada risiko tekanan darah jatuh, bila blood pressure jatuh uri pon tak boleh bagi baby cukup oxygen. Ada risiko baby lemas and go for C-sec.

– Walaupun tak sakit sangat tapi risiko labor tu jadi extra lama. Kalau ikut kata kakak-kakak di Dewan Bedah, bila epidural, kurang rasa so urge to push tu less so extra lama sikit la labour dia.

Every labour is a different journey. If you ask me perlu ke tidak, dia case to case basis. Kena tengok sejarah kesihatan ibu, dan lain-lain.

Sumber: Twitter Helmi Senpai

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×