Sihat

Sakit Bahu Buat Kerja Berat? Doktor Kongsi Punca & Cara Rawat ‘Frozen Shoulder’

110
SHARES

Sakit bahu boleh terjadi apabila anda melakukan banyak aktiviti lasak yang melibatkan penggunaan tangan yang lebih. Tapi bagi sesetengah keadaan, simptom frozen shoulder bahu tidak dapat bergerak secara aktif  adalah disebabkan oleh penyakit seperti sakit jantung dan masalah batu hempedu. Jadi, doktor ini kongsi punca dan cara rawatan untuk frozen shoulder.

FROZEN SHOULDER

Frozen shoulder, kadang kala dikenali sebagai “adhesive capsulitis”, adalah keadaan di mana sendi bahu tidak boleh digerakkan dan apabila digerakkan boleh menyebabkan rasa sakit. Keadaan in tidak berlaku secara tiba-tiba tetapi berlaku secara beransur-ansur,dan menjadi bertambah teruk. Kadang kala masalah ini akan hilang dengan sendiri setelah 2-3 tahun. Ia boleh berlaku pada sebelah bahu atau kedua-dua belah bahu.

Risiko seseorang itu mendapat masalah ini apabila mengalami masalah kesihatan seperti diabetes, autoimmune disease dan beberapa masalah kesihatan lain atau setelah menjalani beberapa prosedur yang menghalang pergerakan sendi bahu. Stroke yang lama dan tidak melakukan pergerakan sendi bahu juga berisiko mendapat masalah ini.

PUNCA FROZEN SHOULDER

Punca masalah ini apabila tulang, ligament dan tendon yang diselaputi oleh selaput kapsul menjadi tebal dan ketat sehingga sendi bahu tidak dapat digerakkan. Penebalan selaput kapsul dan sendi bahu menjadi ketat akibat kesan dari penyakit kronik yang disebutkan tadi.

RAWATAN

Rawatan bagi masalah frozen shoulder ini adalah melakukan pergerakan sendi bahu secara perlahan-lahan, pengambilan ubat steroid dan ubat penahan sakit. Suntikan steroid mungkin dilakukan jika perlu. Pembedahan arthroscopic hanya dilakukan jika selaput kapsul yang membaluti sendi itu terlalu ketat dan perlu dilonggarkan.

Untuk sementara, pesakit boleh mengambil ubat penahan sakit dan berurut perlahan-lahan bagi membolehkan sendi bahu dapat digerakkan. Pergerakan bahu harus digalakkan bagi membolehkan masalah ini tidak bertambah teruk. Jika sendi bahu tidak dapat digerakkan langsung akibat terlalu sakit atau terlalu ketat, berjumpalah dengan doktor untuk rawatan selanjutnya.Untuk pencegahan awal, elakkan bahu yang terlibat dari melakukan aktiviti yang membebankan.

Selain itu, kurangkan aktiviti yang memerlukan gerakan melebihi paras kepala seperti melontar. Dinasihatkan juga untuk berhenti daripada melakukan aktiviti yang tinggi bebanannya dan rehat secukupnya perlu diambil. Jangan tidur mengiring dengan menghimpit bahu. Amalkan tidur terlentang bagi mengelakkan keadaan yang lebih teruk berlaku pada bahu.

Sumber: Dr Zubaidi Hj Ahmad

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×