Sihat

Selalu Sakit Sendi & Otot? Doktor Saran Makan Buah Ini, Menjadi!

140
SHARES
Sakit Sendi

Buah nanas kaya dengan vitamin A, C dan kalsium dan kalium. Selain itu, khasiat buah nanas juga adalah boleh melegakan sakit sendi dan otot seperti yang diterangkan oleh Dr Suri Roowi di laman Facebooknya.

Nak tahu kenapa? Jom baca artikel ini sampai habis.

Baca juga: Pakar Kongsi Cara Bancuh Teh Hijau Untuk Turunkan Darah Tinggi, Berkesan!

SELALU SAKIT SENDI & OTOT? DOKTOR SARAN MAKAN BUAH INI

SAKIT SENDI

Menurut Dr Suri Roowi, nanas boleh membantu dalam menyelesaikan masalah sakit otot dan juga sendi. Hal ini kerana dalam buah nanas terdapat enzim bromelain yang akan mengurai asid urik kristal dan kurangkan kesakitan akibat gout.

Sakit otot dan sendi? Makan nanas. Nanas boleh bantu selesaikan masalah sakit otot dan sendi. Ia disebabkan oleh kehadiran enzim bromelain.

Enzim ini banyak terdapat dalam empulur nanas dan isi nanas juga ada enzim tetapi kuantitinya rendah. Nanas muda tinggi enzim ini.

Enzim ini boleh membantu pecahkan molekul protein dan atasi masalah gout dengan mengurai asid urik kristal serta mengurangkan kesakitan akibat gout.

Terdapat juga kajian yang menunjukkan nanas boleh melegakan keradangan, bantu masalah sinus dan bantu cairkan kahak serta kurangkan batuk.

Jadi, kalau selepas ini sakit sendi dan otot, boleh cuba makan nanas.

Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!

Baca juga: Buang Toksin Dalam Badan Ikut Petua Tradisional Ini, Guna 2 Bahan Di Dapur Je

Sumber: Facebook Dr Suri Roowi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×