Rakyat

Budak Usia 3 Tahun Patah Tulang, Dirempuh Ketika Lintas Jalan

29
SHARES

Terbaharu, satu kejadian di Kota Bharu, Kelantan, seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun patah tulang selangka selepas dirempuh sebuah kereta ketika melintas jalan di Jalan Wakaf Aik, Bahok, petang semalam.

Baca juga: Kasut Getah Anak Besar? Ikut Tips Ini Untuk Kecutkan & Boleh Terus Pakai!

BUDAK LELAKI USIA 3 TAHUN DIREMPUH KETIKA LINTAS JALAN

Foto: Berita Harian

Dalam kejadian jam 3.30 petang itu, mangsa, Mohammad Naufal Zafran Abdul Fattah yang turut cedera pada badan kini menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

Menurut laporan berita Harian, Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Mohd Ismail Jamaluddin, berkata ketika kejadian sebuah kereta Proton Exora yang dipandu seorang lelaki dalam perjalanan dari Besut menghala ke Pengkalan Chepa.

Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian, seorang kanak-kanak lelaki melintas secara tiba-tiba pada jarak dekat menyebabkan mangsa dilanggar.

“Pada masa sama, pemandu Proton Exora yang cuba mengelak itu masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah Perodua Myvi.

Foto: Berita Harian

“Disebabkan pelanggaran itu, mangsa cedera pada badan dan patah tulang selangka sebelum dikejarkan ke HUSM untuk rawatan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, siasatan mendapati, ketika kejadian, mangsa dipimpin tangan oleh bapanya di bahu jalan sebelum kanak-kanak itu merentap tangannya dan berlari melintas jalan.

“Kedua-dua pemandu kereta tidak cedera dan kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.”

Sumber: Berita Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×