Nur

Pelik Bila Kerap Tak Cukup Duit? Cuba Check 4 Punca Ini, Mungkin Asbab Rezeki Suami Tergantung!

111
SHARES
punca rezeki suami sempit

Punca rezeki suami sempit boleh jadi kerana pelbagai sebab. Salah satunya, sering meninggalkan solat dan jarang berdoa kepada Pencipta-Nya. Ketahuilah mengerjakan solat, membantu kehidupan hamba-Nya menjadi lebih terang dan tenang selain, dilimpahi dan dikurniakan rezeki.

Jangan sampai jadi seperti pepatah Melayu ini, ‘sudah terhantuk baru tengadah’, sudah mendapat kesusahan baru nak beringat-ingat. Justeru itu, mari lihat asbab lain mengapa pintu rezeki suami sering tergantung supaya anda dapat perbaiki kelemahan diri.

Baca juga: Anak Kena Demam Kuning Risaunya Hati…Ini Jenis Makanan Ibu Menyusu Perlu Elakkan!

REZEKI SUAMI TERGANTUNG, MUNGKIN KERANA INI…

punca rezeki suami sempit

Gambar hiasan: Google.

Jika Suami Berasa Sempit Rezeki, Cuba Check Apa Yang Terkurang

Rezeki ini milik Allah, bukan milik suami mahupun siapa-siapa. Allah boleh berikan apa sahaja pada kita jika Dia mahu. Banyak keluhan yang saya dengar, rintihan dari suami yang terasa berat sangat rezeki nak masuk.

Ya, saya faham sebab saya pun seorang suami juga. Banyak yang kita fikirkan untuk keluarga. Rasa macam suami yang tidak berguna bila tidak dapat buat yang terbaik untuk keluarga kan?

Persoalannya, kenapa kita berasa sempitnya rezeki?

Cuba kita sama-sama checklist semula perkara di bawah, adakah kita telah buat yang terbaik?

  1. Bagaimana hubungan kita dengan Allah?
  2. Bagaimana hubungan kita dengan ibu bapa?
  3. Bagaimana hubungan kita dengan mertua?
  4. Bagaimana hubungan kita dengan adik-beradik dan ipar duai?
  5. Apakah kita terlalu berkira-kira soal nafkah dengan isteri?

No. 1 hingga no. 4 tu saya tak nak fokus sangat, kita boleh fikirkan dan buat strategi untuk perbaikinya. Cuma yang no. 5 tu, kadang-kadang suami terlepas pandang. Rezeki suami akan mudah dijemput bila mana, kita berbuat baik terhadap isteri termasuk dalam bab soal nafkah.

Isteri kita adalah salah satu asbab rezeki untuk suami. Nabi SAW bersabda, sebaik-baik kamu ialah yang paling baik terhadap ahli keluarganya. Ahli keluarga yang dekat dengan suami ialah isterinya sendiri selain ibu bapa.

Bila kita berasa isteri itu beban bagi kita, begitulah rezeki pun akan terbeban sampai pada suami, sebab salah satu pintu rezeki ada pada isteri.

Bukanlah maksud saya sampai kita melebih-lebih di luar kemampuan kita. Cuma jangan sampai kita mengenepikan isteri dalam soal nafkah kerana terlalu ‘berlebih kurang’ dengan isteri disebabkan mereka isteri yang berkerjaya.

Semoga Allah meluaskan rezeki para suami yang membaca posting ini, amiin.

Hassan Adli, Perbaiki Diri.

PUNCA REZEKI SUAMI SEMPIT, MARI PERBAIKI DIRI!

punca rezeki suami sempit

Gambar hiasan: Google.

Terdapat beberapa asbab yang membuatkan rezeki suami menjadi sempit. Antaranya seperti berikut:

1. ANGGAP ANAK & ISTERI SEBAGAI BEBANAN

Tiada apa yang boleh dibandingkan, betapa bernilainya anak dan isteri yang dikurniakan Allah SWT kepada anda, bahkan emas berlian sekali pun. Mereka merupakan salah satu asbab luasnya rezeki dalam keluarga.

Justeru itu, jangan pernah merasakan anak isteri sebagai sebuah bebanan. Jangan pernah berkira, merungut dan bersikap bakhil kepada ‘permata’ bernilai ini kerana tiap rezeki yang diperoleh itu sebahagiannya adalah milik isteri dan anak.

Penuhi tuntutan mereka dengan gembira dan ikhlas, selagi mana ia tidak menjejaskan dan mendatangkan kemudaratan dalam keluarga anda.

2. SELALU MENGELUH & TIDAK BERSYUKUR

Rezeki itu datang dalam dua bentuk sama ada berbentuk nikmat atau musibah. Apabila diberikan nikmat diri sememangnya rasa bersyukur tidak terperi, tetapi apabila diturunkan ujian mulut terus ‘berzikir’ keluhan, mengecam dan mempertikaikan apa yang terjadi.

Ingatlah! Iblis sentiasa berusaha menyesatkan manusia agar manusia tidak mensyukuri nikmat Allah SWT. Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Iblis menjawab: ‘Kerana Engkau menghukum aku tersesat, maka aku benar-benar akan menghalang mereka daripada jalan Engkau yang lurus.'” (Surah al-A’raf, ayat 16)

Justeru itu, meraikan musibah yang melanda dengan bersyukur bukannya mengeluh kerana setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya. Allah SWT berfirman dalam al-Quran ertinya:

“Dan (ingatlah juga) tatkala Tuhan kalian memaklumatkan, ‘Sesungguhnya jika kalian bersyukur (atas nikmat-Ku), pasti Kami akan menambah (nikmat) kepada kalian; dan jika kalian mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangatlah pedih.” (Surah Ibrahim, ayat 7) 

3. GAGAL KAWAL EMOSI APABILA MARAH

punca rezeki suami sempit

Gambar hiasan: Google.

Apabila isteri melakukan kesalahan kecil, habis satu taman boleh mendengar amarah si suami. Suami yang gagal mengawal emosi marah, tanpa sedar telah menyakiti dan mengecilkan perasaan sang isteri. Bilamana, melontarkan kata-kata kasar dan kesat yang setajam pisau belati.

Ini sebabnya rezeki asyik tak masuk. Perbaiki sikap anda. Jangan biarkan syaitan bertepuk tangan kerana berjaya menguasai diri anda. Jangan biar nafsu marah menguasai diri.

Duduk berbincang secara rasional dan matang dengan kata-kata yang lembut dan bersabar. Ingat, kahwin bukan untuk sehari dua tapi untuk kekal hingga ke syurga.

4. TIDAK MENGERJAKAN SOLAT & KURANG BERDOA

Selain usaha, solat dan berdoa merupakan sebab rezeki anda diperluaskan. Solat 5 waktu merupakan tuntutan wajib yang perlu dilakukan oleh Muslim kerana meninggalkannya tanpa sebab yang kukuh adalah satu dosa besar. Nescaya Allah akan tutup pintu rezeki buatnya.

Sekiranya anda sering mengabaikannya, segeralah bertaubat dan kembali kepada-Nya. Maka, solatlah dan berdoalah kepada Allah SWT kerana dia satu-satunya yang berkuasa memberikan rezeki kepada hamba-Nya.

Sumber: Facebook Imam Muda Hassan / Pesona Pengantin

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×