Dapur

Ala..Bila Goreng Mesti Pecah, Cuba Tips RAHSIA Goreng Telur Mata Kerbau Tak Pecah, Confirm Jadi!

68
SHARES
cara goreng telur mata

Tak lengkap juadah nasi lemak atau mi goreng tanpa telur mata kerbau. Ia merupakan pilihan utama rakyat di negara ini, sebagai padanan juadah yang dihiasi diatasnya. Cara goreng telur mata pula kedengaran agak mudah, tetapi kalau salah langkah boleh hilang ‘mata’ ya.

Kalau tiada kemahiran, hasil telur kuning boleh pecah dan tidak menjadi. Malahan, terdapat pelbagai cara dan tips untuk menggoreng telur mata kerbau yang mudah didapati di hujung jari.

Baca juga: Resepi Kerepek Terung Rangup, Kudapan Untuk Ajar Anak Minat Makan Sayur

PALING UTAMA KUANTITI MINYAK MASAK KENA BANYAK

cara goreng telur mata

Namun kali ini pula, penulis ingin berkongsi cara bagaimana untuk menghasilkan telur mata kerbau seperti yang dikongsikan oleh saudara Wan Luqman di bawah. Pasti anda akan berpuas hati!

Malah, jika anda menggemari telur kuningnya berwarna oren, dia mencadangkan untuk menggunakan telur omega atau telur itik.

CARA GORENG TELUR MATA KERBAU YANG BERKUALITI

Telur mata kerbau ni kalau nak hasil yang puas hati, pastikan:

1. Panaskan kuali sekejap dahulu baru letak minyak. Ratakan minyak ke seluruh permukaan kuali.

2. Minyak kena banyak.

3. Pastikan telur “fresh” yang bukan dah hampir nak sampai tempoh tamatnya kalau tak, kuning tu akan pecah.

4. Sebaiknya saiz C dan D.

5. Pastikan minyak banyak.

cara goreng telur mata

6. Jangan biarkan minyak terlalu panas sampai kuali berasap baru nak masukkan telur, nanti meletup.

7. Sama juga pastikan tiada sebarang air semasa proses meletakkan telur ke dalam kuali, nanti meletup dan merosakkan tekstur telur mata tersebut.

8. Nak pecah direct atau dalam cawan atau mangkuk kecil dahulu pun boleh.

9. Kalau suka kuningnya berwarna oren, boleh guna telur omega atau telur itik. Tapi kebanyakan telur itik bersaiz besar.

Sekian tips dari anak murid kepada mahaguru sifu telur mata kerbau. Ada orang, ada tips dan petua mereka tersendiri. Terpulang atas skill masing masing. Janji jangan pecahkan telur kuning itu.

“SAYA SUKA TELUR YANG TAK CAIR SANGAT TAK KERAT SANGAT”- NETIZEN

Menjengah di ruangan komen, yang telah mendapat 361 perkongsian sehingga kini, telah menerima pelbagai reaksi dalam kalangan netizen. Terutamanya, keinginan untuk menikmati telur mata kerbau dengan mengikuti selera individu yang berbagai ini. Macam-macam~

Ada juga mereka yang selalu gagal untuk menyediakan telur mata kerbau ini. Tidak mengapa, usaha lagi sehingga berjaya!

Sumber: Facebook Wan LuQman

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×