Cantik

Guna Tisu Basah (Feminine Wipes) Bersihkan Miss V, Selamat Ke? Cik Akak Kena Baca!

20
SHARES
tisu basah

Salah satu langkah pencegahan untuk mengelakkan jangkitan kulat faraj daripada berlaku ialah ramai di antara anda mungkin mengesyorkan penggunaan tisu basah yang khusus untuk faraj. Namun, adakah tisu pembersih faraj selamat digunakan?

Baca juga: Makin Teruk Kelemumur Bila Garu Kuat Tau, Boleh Pakai Syampu Saranan PHM Ini!

TISU BASAH VAGINA

Faraj adalah organ pembiakan wanita yang terdedah kepada jangkitan, biarpun organ ini mempunyai tahap keasidan yang tinggi yang boleh membunuh bakteria. Oleh itu, wanita haruslah rajin membersihkan kawasan peribadi mereka.

Baca juga: Jenis SUNSCREEN Yang Sesuai Untuk Bermacam Masalah Kulit, Ini Pakar Cadangkan!

Adakah tisu pembersih faraj selamat?

Tisu bayi yang bebas alkohol mungkin selamat dan cukup lembut untuk membersihkan kawasan intim. Walau bagaimanapun, penggunaan tisu tersebut kurang tepat apabila digunakan untuk membersihkan faraj.

Maka disebabkan itu, tisu pembersih faraj (feminine wipes) direka khas untuk membersihkan faraj. Walaupun ia dibuat khusus untuk menjaga kebersihan faraj, kebanyakan tisu ini mengandungi bahan kimia, contohnya bahan pengawet dan pewangi yang boleh menyebabkan reaksi alahan.

Melaporkan daripada Women Voices, projek penyelidikan ringkas telah dijalankan dengan menyemak 150 ulasan negatif dalam talian berhubung penggunaan feminine wipes. Ulasan itu mengadu tentang tindak balas kulit kepada beberapa jenama feminine wipes ini.

Walau bagaimanapun, belum ada kajian berskala besar yang pasti mengenai kesan jangka panjang penggunaan feminine wipes terhadap kesihatan.

Baca juga: Cik Abang, Ini 5 Cara Betul Basuh ‘Barang Dalam Seluar’, Bukan Main Sembur Air Saja Tau!

Bahan kima terkandung dalam tisu pembersih faraj

Semua produk pembungkusan yang tahan lama pasti menggunakan bahan kimia di dalamnya. Begitu juga dengan tisu pembersih faraj. Beberapa bahan kimia yang terkandung dalam tisu itu seperti:

  1. Pewangi – Produk yang mempunyai wangian biasanya boleh menyebabkan reaksi alahan pada kulit. Oleh itu, penggunaan pewangi pada tisu faraj dikhuatiri akan menyebabkan iritasi.
  2. Pengawet – Bahan ini wajib digunakan dalam produk untuk mencegah pertumbuhan bakteria dan kulat, contohnya pada tisu pembersih faraj yang basah. Ramai orang sensitif terhadap pengawet ini, menyebabkan reaksi alahan yang mengandungi bahan paraben, formaldehid, phthalates dan banyak lagi.

Cara membersihkan faraj yang betul

Jawapannya adalah cukup membersihkan faraj dengan air sahaja. Hal ini kerana, air boleh membersihkan dan membilas semua kotoran yang dikeluarkan dari faraj tanpa mengubah pH dan menyebabkan kerengsaan.

Manakala, kandungan produk pembersih belum terbukti 100 peratus selamat untuk kegunaan faraj, terutamanya jika anda mempunyai alahan terhadap bahan yang terkandung dalam produk tersebut.

Baca juga: 6 Tips Berenang Ketika Haid Wanita Perlu Patuh, Baru Air Tak Tercemar Darah!

Produk tisu pembersih faraj di pasaran

Sekiranya anda ingin mencuba menggunakan tisu pembersih faraj  (feminine wipes), mungkin beberapa jenama yang ada di pasaran ini boleh dipertimbangkan:

  1. Pure’N Soft Daily Protection Feminine Wipes
  2. LIBRESSE SensitiV Feminine Wipes

Baca juga: 7 Pencukur Bulu Kemaluan Wanita TERBAIK, Kurang Risiko Cedera & Kulit ‘Miss V’ Licin Je!

Sumber: Hello Sehat

FT Image: lovewellness

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×