Famili

7 Perkara Yang Kita ‘Lupa’ Nak Buat Bila Anak Semakin Besar

2.7K
SHARES
tips keluarga

“Bosannya, aku rasa kosong je rumah ni. Hari-hari rutin yang sama – bangun tidur pergi kerja, balik kerja tempuh ‘jem’, sampai rumah sediakan makanan dan terus tidur. Hujung minggu pula anak-anak sibuk dengan aktiviti tambahan. Suami pula suka ‘overtime’. Rasa ‘rindu’ betul dengan gelak tawa anak-anak dan suami. Bilalah agaknya dapat luangkan masa bersama lagi macam masa mereka kecil dulu.”

Apabila anak semakin besar, mereka mula mempunyai ruang sendiri dan anda pun mungkin ‘lupa’ melakukan aktiviti untuk merapatkan hubungan.

Peribahasa Melayu ada mengatakan ‘sepakat membawa berkat’.  Walaupun kerja mudah dan ringan, tapi jika ada pemuafakatan, akan mendapat keberkatan.

Jadi, walaupun nampak remeh, jangan abaikan tips keluarga yang penting ini. Tak susah pun!

7 Cara-cara Serta Kebaikan Meluangkan Masa Bersama Keluarga Dan Anak-anak

7 Perkara Yang Kita ‘Lupa’ Nak Buat Bila Anak Semakin Besar

Ini tips keluarga yang sangat sesuai untuk keluarga yang sibuk. Ini kerana ia tidak mengambil masa yang lama, tetapi memberi kesan yang besar kepada Mama, Papa, dan anak-anak.

1. Solat Berjemaah

Perkara ini paling dituntut dalam Islam. Ganjaran dan pahala orang berjemaah tidak ternilai jika dibandingkan solat sendirian.

Apatah lagi jika anda berjemaah suami isteri. Pahala dan kebaikannya lagi banyak. Pastikan jika anda ada di rumah bersama, cuba untuk solat jemaah.

Jika tidak dapat setiap waktu, pastikan dapat solat dalam satu waktu.

Jika ada anak, ajak anak-anak solat bersama-sama. Ajar dan didik anak-anak tentang pentingnya solat berjemaah walau sesibuk mana pun kita.

Aminkan doa yang suami baca dengan penuh kesungguhan. Suami pula harus membaca doa sehingga didengari isteri dan anak-anak. Selesai solat, pastikan anda saling bermaafan antara satu sama lain.

Solat berjemaah ini dapat mengeratkan lagi hubungan suami isteri dan anak, serta dapat menghindari daripada gangguan syaitan yang ingin merosakkan rumah tangga anda.

persiapan ramadhan

Foto Kredit: postandcourier.com

2. Jadi Kawan, Bukan ‘Hakim’

Apabila anak-anak semakin besar, kita sibuk memperbetulkan mereka hingga kita lupa untuk terus menjadi ‘kawan’ mereka.

Jadi anda haruslah menjadi kawan terbaik yang boleh mendengar keluh-kesah mereka.  Walaupun anda tidak mengerti tentang topik yang dibualkan itu, cuba buka minda anda untuk fokus terhadap perbualannya dan memahami perasaannya ketika itu.

Jika dia meminta anda memberi pendapat terhadap sesuatu, cuba berikan pendapat terbaik. Tetapi, pastikan anak-anak anda faham bahawa mereka mempunyai pilihan untuk menentukan hidup sendiri.

cara ajar anak kenal nabi sejak kecil

Foto Kredit: shuroiulamo.ti

3.Saling Bermaafan Sebelum Tidur

Sebagai seorang isteri, menjadi kewajipan anda untuk sentiasa meminta maaf kepada suami jika telah melakukan kesilapan.

Begitu juga dengan suami, anda haruslah menurunkan keegoaan anda untuk meminta maaf kepada isteri atas perbuatan yang telah melukai hatinya.  Setiap hari, sebelum tidur, anda boleh amalkan perbuatan ini.

Tips keluarga ini bukan saja memberi impak positif kepada orang yang ‘dimaafkan’, tetapi juga anda yang ‘memaafkan’.

cara disiplin anak

Foto Kredit: kidspot.com.au

4. Luahkan Perasaan

Jangan pendam perasaan tidak puas hati jika ada yang perlukan penjelasan. Daripada menarik muka masam, berbincanglah supaya suami atau isteri lebih memahami kehendak anda.

Pastikan anda pilih waktu yang elok seperti selepas solat atau sebelum tidur.

Anda akan berasa lebih tenang jika segala masalah yang terbuku dan terpendam telah diluahkan dan dikongsi bersama.

tips keluarga

Foto Kredit: perch.co

5. Masak Bersama

Tugas memasak bukan terletak di bahu isteri sahaja. Alangkah baiknya kalau suami dan anak-anak turut membantu isteri di dapur.

Menjadi peneman isteri ketika memasak sangat disukai kerana isteri tidak akan rasa dirinya seperti orang gaji yang terpaksa memasak untuk suami.

Berbual-bual dan bergurau saat di dapur akan menambah lagi keceriaan dalam hubungan rumah tangga. Apabila suami kerja luar, pasti dia akan merindui dan teringat-ingat saat bergurau senda bersama isterinya.

Foto Kredit: ogilviehomes.co.uk

Foto Kredit: ogilviehomes.co.uk

6. Sentuhan & Pelukan

Perkara yang perlu anda lakukan sebelum meninggalkan pasangan dan anak-anak anda ialah peluk dan ciumnya.

Pelukan akan menjadikan seseorang bersemangat untuk bekerja dan belajar. Malah, kehangatan pelukan itu masih terasa sehinggakan tidak sabar untuk pulang ke rumah menemui anda.

Rasulullah juga sangat menitikberatkan sentuhan kasih sayang bersulam bisikan kata-kata yang indah seperti ‘ I Love You’.

Puji dan peluk anak selalu

Puji dan peluk anak selalu

7. Makan Sepinggan

Tips keluarga bahagia daripada sunah Rasulullah ada menuntut agar umatnya makan sepinggan bersama isteri.  Minum secawan, tidur dalam satu selimut.  apa sahaja yang anda buat harus berkongsi bersama.

Lebih mudah jika anda sediakan dulang sederhana untuk dijadikan pinggan makan anda bersama anak-anak.

Sesekali, beri suapan kepada pasangan atau anak anda. Saat romantik dan bahagia yang anda tunjukkan ini dapat juga mendidik anak-anak tentang pentingnya berkasih sayang sesama keluarga.  Tindakan seperti ini dapat melahirkan perasaan yang bahagia dan bermakna bagi setiap pasangan yang sudah berkahwin.

Tiada Alasan Terlalu Sibuk

Jika diteliti, kita mungkin pernah melakukannya masa anak-anak kecil dahulu. Rugilah jika anda tidak meneruskannya kerana semua ini memberi impak yang amat besar!

Ada antara tips keluarga ini yang cuma memakan masa 10 saat. Contohnya untuk mengucapkan maaf sebelum tidur atau bersalaman setiap kali sebelum ke pejabat.

Sedangkan Rasulullah, seorang Nabi, pemerintah, suami, dan bapa masih mampu mengekalkan keharmonian rumah tangga dan meluangkan masa berkualiti untuk anak isteri Baginda. Jadi, apa alasan kita?

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×