Rumah Tangga

7 Punca Hubungan Suami Isteri Hambar & Renggang, Retak Menanti Belah!

5.2K
reads
7 Punca Hubungan Suami Isteri Hambar & Renggang, Retak Menanti Belah!

Punca Hubungan Suami Isteri Hambar

Hubungan suami isteri ini seperti air, ada pasang ada surutnya. Sekejap bergolak, sekejap tenang. Masam manis dalam rumah tangga sangat sinonim dengan pasangan suami isteri sama ada yang baru berkahwin atau pun sudah lama mendirikan rumah tangga. Manakan pokok bergoyang kalau tiada angin bertiup, lidah lagi tergigit ini kan pula suami isteri. Hubungan tegang antara suami isteri tidak akan timbul tanpa punca dan sebab. Ketegangan ini perlu ditenangkan supaya tiada masalah lain yang lebih teruk akan terjadi.

Terlajak perahu boleh ditarik, terlajak kata buruk padahnya. Jika berlaku pergaduhan, puncanya harus diteliti semula supaya masalah dapat diselesaikan. Jom, kita ikuti punca yang selalau terjadi kepada pasangan suami isteri dalam hubungan kekeluargaan ini yang semakin renggang.

 

1. Tersepit antara ibu dan isteri/suami

anak-anak lepas tangan ibu sakit

Kalau anak-anak tidak jaga ibu, siapa lagi?

Hal ini sering berlaku dalam rumah tangga. Bagi suami, tanggungjawabnya adalah untuk memastikan dia membawa isteri keluar dari rumah keluarga untuk membina kehidupan sendiri secara berdikari. Tetapi yang menjadi masalah jika suami membawa isterinya tinggal sebumbung dengan ibu kandungnya. Mungkin alasannya untuk menjaga ibu dan masih belum mempunyai rumah. Permulaan perkahwinan mungkin boleh diterima, tetapi jika sudah sampai bertahun masih duduk di rumah ibu, isteri mana yang tidak bising? Jika duduk bersama, suami wajib mementingkan ibu dalam semua perkara.

Kesannya, suami akan terpaksa melukai hati isteri kerana patuh arahan ibunya. Suami tersepit antara ibu dan isteri. Pada mulanya, mungkin keburukan kita tidak nampak, tetapi jika sudah lama kita tidak mampu menahannya. Jika isteri sudah mula menunjukkan rasa ketidakselesaannya, suami perlulah menasihat isteri supaya bersabar dan berilah peluang untuk suami berbincang dengan ibunya. Keadaan isteri yang terlalu memaksa dan mendesak akan mengeruhkan lagi keadaan.

Pasti ada yang tidak menyokong dan kata bergaduh hanya jaga ibu atau bapa yang sakit. Terpulang pada sesiapa yang fikir begitu. Hakikatnya, ia berlaku. Hanya yang pernah mengalaminya sahaja yang tahu.

 

2. Suami tidak membantu isteri

Bagai Menanggung Biawak Hidup, Bila Suami Tidak Bekerja

Suami perlu rajin bantu isteri

Dalam rumah tangga, tanggungjawab suami adalah memasak, membasuh, mengemas rumah, memberi nafkah zahir dan batin dan menjaga kebajikan isteri. Tanggungjawab isteri pula adalah melayan suami. Itu apa yang sepatutnya diketahui oleh suami dan isteri. Tetapi, isteri zaman sekarang dikatakan ‘Superwoman’ mampu melakukan semuanya untuk suami. Itu menjadi satu bonus kepada isteri untuk menempah tiket ke syurga.

Walau pun isteri sanggup melakukan semua itu untuk suami, waima itu adalah tugas suami, anda sebagai suami tidak seharusnya mengambil kesempatan terhadap kebaikan isteri. Jika isteri keletihan memasak, menguruskan keluarga, suami perlu membantu isteri untuk meringankan bebannya. Jangan sesekali biarkan isteri membuat semua kerja seorangan, dan akhirnya kepenatan. Jika penat, isteri akan mula mengeluh dan menolak ajakan suami. Suami pula akan bertindak dengan memarahi isterinya. Hal ini akan mencetuskan hubungan tegang antara suami dan isteri.

 

3. Selalu mengungkit

Jangan sesekali bergaduh depan anak-anak

Jangan sesekali bergaduh depan anak-anak

Sikap selalu mengungkit sama ada isteri atau suami amat bahaya sekiranya masih diamalkan. Si isteri akan mengungkit kerja-kerja yang dia banyak lakukan, melahirkan anak, sanggup berkorban untuk suami jika apa yang dia hendak tidak dituruti suami. Suami pula akan mengungkit kepada isteri apa sahaja perkara untuk melawan balik kata-kata isterinya. Jika amalan ini diteruskan, hubungan suami isteri akan tegang. Jika kita sentiasa ada perasaan tidak puas hati terhadap pasangan, perlulah berbincang dan meluahkan isi hati masing-masing.

Jangan sampai satu tahap anda keluarkan semuanya, itu dianggap sebagai mengungkit. Sikap ungkit-mengungkit ini menunjukkan petanda yang anda tidak ikhlas dalam melakukan sesuatu kerja. Walau sepenat mana pun kita, perlu fikir positif dan tanam dalam diri supaya bersabar kerana keberkatannya sangat besar dan mampu mengukuhkan lagi keharmonian rumah tangga.

 

4. Terlalu berkira dalan melakukan kerja rumah

malu dengan rakan

Jangan bermasam muka hanya dengan perkara remeh

Bagi suami isteri yang bekerja, masa bersama di rumah adalah sangat singkat. Jika berjumpa, ada sahaja perkara yang menjadi sebab untuk marah. Setiap pasangan bekerja selalunya akan berkira untuk melakukan sesuatu kerja. Contohnya selalu tugas isteri memandikan anak kecil, memberi makan. Sesekali isteri akan meminta suami melakukan tugas tersebut. Menjadi masalah bila suami tidak mahu melakukannya. Suami terlalu berkira mengenai tugas membantu isteri di rumah.

Begitu juga dengan isteri, berkira untuk membantu suami ketika di luar rumah. Kesannya, hubungan akan menjadi tegang dan masing-masing akan bermasam muka. Sampai bila hendak amalkan budaya seperti ini, yang menjadi mangsa anak-anak.

 

5. Tiada zuriat sendiri

Madu ingin mengambil anak yang baru dilahirkan

Anak pengikat kasih sayang antara suami dan isteri

Anak merupakan anugerah daripada Allah kepada hambanya. Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga pasti akan mengkehendaki zuriat yang akan menyambung keturunannya. Zuriat juga dikatakan rezeki yang diberikan kepada Allah untuk hambanya. Rezeki setiap orang untuk memiliki anak dalah berbeza-beza sama ada lambat atau pun cepat. Bagi pasangan yang sangat mementingkan zuriat, akan menjadi satu bebanan dan tekanan jika sudah lama berkahwin tetapi masih tiada anak. Jika ini berlaku, masing-masing lebih suka menyalahkan sesama sendiri.

Sikap keegoaan lelaki untuk memeriksa tahap kesuburannya sering dipertikaikan isteri. Jika memang telah terbukti masalah datang daripada isteri, suami akan mengambil tindakan untuk kahwin lain. Isteri akan rasa diri tidak sempurna dan terpaksa terima keputusan suaminya yang menggunakan zuriat sebagai faktor utama. Masalah seperti inilah sering manjadi faktor kepada hubungan tegang suami isteri dan akhirnya yang membawa kepada penceraian.

 

6. Perkahwinan jarak jauh

Kena tangkap khalwat, gara-gara perkahwinan jarak jauh (PJJ)

Jangan kerana berjauhan, sanggup berkhalwat dan curangi pasangan

Setiap pasangan yang berkahwin, mengimpikan hubungan yang terjalin atas dasar percintaan dapat dilalui bersama-sama. Walau bagaimanapun, zaman moden sekarang, kebanyakan pasangan suami isteri setelah berkahwin akan membawa haluan masing-masing kerana terikat dengan komitmen kerja dan terpaksa berjauhan. Pada permulaan perkahwinan, mungkin anda masih boleh terima dan boleh berbincang, berjumpa sesekali, tetapi sampai bila perasaan anda untuk bersabar? Lama –kelamaan, sikap mula risau dan tidak percaya kepada pasangan akan timbul.

Pelbagai perkara ingin dijadikan bahan untuk marah. Suami mula mencurigai isteri, isteri pula mula mencurigai suaminya. Sikap ini memang akan membuatkan hubungan suami isteri menjadi renggang. Jadi fikirkan cara yang terbaik untuk mengelakkan syak wasangka ini dari berlarutan yang akan menyiksa perasaan masing-masing.

 

7. Suami tidak berkerja

Suami malas kerja, duit kereta sudah enam (6) bulan tidak bayar

Tanggungjawab suami mencari rezeki, bukan duduk dirumah semata-mata

Kembali kepada fitrah hidup manusia, tanggungjawab suami adalah memberi nafkah kepada isteri dan anak-anak. Tetapi jika suami tidak bekerja, adakah terlaksana tuntutan itu kepada isteri. Isteri yang bekerjaya akan mencari rezeki bagi menampung keperluan keluarga. Bebanan suami telah diletakkan atas bahu isteri. Tugas ini jika suami tidak segera ambil alih boleh mendatangkan ketegangan dalam rumah tangga. Isteri akan sentiasa mengungkit akibat kepenatan seharian bekerja.

Situasi ini akan mengundang pergaduhan antara suami dan isteri. Jika suami yang faham akan tanggungjawabnya pasti akan mencari kerja, tetapi jika mendapat suami yang sebaliknya, pergolakan yang berlaku ditakuti akan berakhir dengan tindakan yang tidak sewajarnya.

Kesimpulan

Selagi boleh dielakkan punca-punca ketegangan rumah tangga, teruslah dielakkan. Jangan biarkan masalah kecil seperti ini menjadi punca keretakan rumah tangga anda. Ambil langkah pencegahan awal dan gunakan pendekatan yang sewajarnya dalam melayari masam manis rumah tangga.

 

Yang Popular

To Top