Kerjaya

11 Perkara Yang Dilakukan Oleh Orang Berjaya Sebelum Usia 30 Tahun

749
SHARES
amalan sunnah ramadhan

Secara umumnya, usia 20an adalah amat kritikal dan mencabar. Ini kerana, menurut ahli psikologi, wanita sedang dalam memasuki fasa terawal dalam kareer seseorang. Dalam usia ini juga, ramai yang sedang disibukkan dengan persediaan menjejaki alam rumahtangga dan sebagainya. Oleh itu, perasaan insecurity atau ketidakstabilan adalah sesuatu yang sinonim dengan usia 20an.

Namun, setelah menginjak usia 30, kebanyakan daripada kita sudah mula menginjak usia ‘keemasan’, seperti yang dilaporkan oleh kajian melalui Majalah TIME. Secara tepatnya, kajian tersebut menyatakan bahawa usia paling bahagia adalah 33 tahun kerana ramai yang memiliki tujuan hidup yang lebih jelas, percayakan kebolehan diri, dan kestabilan emosi.

Walau apa pun, terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi kebahagiaan seseorang dan perlu dilakukan seawal mungkin.

11 Perkara Yang Dilakukan Oleh Orang Berjaya Sebelum Usia 30 Tahun

Berikut antara sebab dan cara mendapatkan usia 30an yang paling bahagia, sama ada anda seorang bujang ataupun telah berkahwin.

1. Berhenti Membandingkan Diri Dengan Orang Lain

Percayalah bahawa mereka yang bahagia telah lama berhenti membandingkan diri sendiri dengan orang lain. Mungkin rakan kita ada yang sudah bergelar doktor, pegawai bank dan punyai gaji yang jauh lebih besar dari kita. Ada juga yang sudah mula bermain aset dan hartanah. Sebaliknya, kita di sini masih makan gaji kecil atau tinggal bersama ibu bapa; atau ada yang telah bernikah dan terpaksa menjadi surirumah walaupun telah belajar tinggi.

Setiap orang mempunyai rezeki masing-masing. Lihatlah sisi baik pada setiap perkara. Contohnya, walaupun ada yang masih tinggal bersama ibu bapa, Allah masih rezekikan kita untuk mendapat restu setiap pagi ke kerja dan berbakti pada ibu bapa. Mungkin segala kebaikan yang kita curahkan dan keikhlasan ketika bekerja akan Allah balas dengan rezeki yang murah pada masa akan datang.

petua kulit licin

Foto Kredit: lifehack.org

2. Kumpul Duit & Rancang Kewangan

Mereka yang bahagia berusaha menambah ilmu kewangan serta belajar cari pendapatan tambahan sebelum membuat pinjaman dan menambah hutang seperti membeli kereta atau rumah. Ketepikan sebahagian pendapatan untuk simpanan peribadi untuk kegunaan bila ‘sesak’ nanti.

Mahu atau tidak, simpanan amat penting bagi seseorang terutamanya jika berlaku kecemasan. Kumpullah duit dari usia muda supaya kita dapat membuat persiapan membina hidup sendiri. Takkanlah dah tua pun nak minta duit dari ibu bapa lagi!

kerja dari rumah

Foto Kredit: radiomontecarlo.net

3. Buang Kisah Lalu Yang Negatif

Dalam usia ini, kebanyakan anda telah membebaskan diri dari takuk lama. Anda tidak lagi membiarkan kisah silam menghantui hidup anda dengan memulakan kehidupan baru. Buang diari yang penuh dengan keluhan dan curahan hati yang memalukan waktu belajar. Buang barang-barang yang mengingatkan anda tentang kisah silam yang negatif buat anda.

Jadikan bilik tidur ruang terbaik untuk anda berehat dari tanggungjawab. Hiasi dengan warna kegemaran anda. Sedekahkan baju-baju dan barang yang masih elok pada orang lain. Jadikan bilik tidur sebagai tempat terbaik untuk memulakan dan mengakhirkan hari anda.

Foto Kredit: ebay.co.uk

Foto Kredit: ebay.co.uk

4. Mengembara & Libatkan Diri Dalam Kerja Amal

Dengan mengembara ke negeri orang, banyak benda yang kita boleh pelajari. Selain dapat menenangkan minda, pergi bercuti juga dapat menjadikan kita orang yang mudah menyesuaikan diri. Bahasa, citarasa dan cuaca yang berlainan, kita pasti akan belajar menilai sesuatu melalui perspektif berbeza untuk menyelesaikan masalah.

Di samping itu, jangan lupa ambil pelung untuk melibatkan diri dengan kerja amal atau ‘volunteering’. Ia dapat memberi peluang untuk refleksi diri dengan meningkatkan keinsafan kita apabila melihat orang yang lebih memerlukan. Dengan lebih banyak memberi, kita akan belajar untuk lebih menghargai.

Foto Kredit: appboy.com

Foto Kredit: appboy.com

5. Jaga Kesihatan

Kita bukan selamanya berusia muda. Sejak bekerja ini, bangun pagi pun rasa tak segar. Pulang dari kerja pula, penat bukan main. Lama-kelamaan kita akan merasa kesan akibat gaya hidup tidak sihat. Jadilah seorang dewasa yang sihat dan cergas dengan pengamalan gaya hidup sihat.

Jangan abaikan kesihatan. Jauhi makanan berproses dan snek yang tidak berkhasiat. Keluar pada waktu petang dan lakukan riadah sebagai rutin 3 atau 4 kali seminggu. Anda akan berterima kasih pada diri sendiri atas usaha yang dilakukan.

Foto Kredit: nytimes.com

Foto Kredit: nytimes.com

6. Mulakan Hobi Berfaedah

Tiada guna duduk melepak dan menonton TV saja di rumah waktu hujung minggu. Adakah anda punya keinginan untuk belajar kemahiran baru seperti bermain alat muzik, seni mempertahankan diri atau belajar bahasa baru?

Sekarang adalah masanya untuk daftarkan diri ke kelas kemahiran yang anda selalu impikan. Usia bukanlah penghalang untuk belajar benda-benda baru. Dengan pergi ke kelas sebegini, anda dapat meningkatkan keyakinan diri dan dapat menimba ilmu baru. Anda juga pasti dapat berjumpa kawan-kawan baru.

tips putus cinta

Foto Kredit: elitedaily.com

7. Berhenti Jadi Pleaser

Seseorang yang berfikiran matang akan menumpukan fokus terhadap komitmen besar yang perlu diutamakan. Sebagai seorang wanita, kita dikurniakan dengan sifat sensitiviti yang cenderung untuk menjadi ‘penyelamat’ buat semua pihak – tidak kiralah kawan-kawan, bos, suami, anak kecil, dan sebagainya.

Tidak perlu ‘terlalu’ menjaga perasaan seseorang semata-mata kerana ‘kasihan’ atau ‘tak sampai hati’. Belajar untuk katakan tidak sekali-sekala, dan ketahuilah anda berhak untuk melakukannya. Cari ruang untuk dapatkan ‘me time’ kerana anda akan berasa lebih efisyen, cergas, dan berkeyakinan.

Foto Kredit: mirror.co.uk

Foto Kredit: mirror.co.uk

8. Bebas Dari Rakan ‘Toksik’

Semakin kita dewasa, semakin penting untuk kita menilai kawan-kawan terdekat. Adakah mereka jenis yang menyokong kita dan sentiasa berada dengan kita susah atau senang? Adakah dia jenis yang mengkritik dan bermegah-megah sejak bekerja? Teman rapat akan menjadi pengaruh yang sangat kuat bagi kita kerana mereka faham perasaan kita.

Dalam ambang usia 30an, jumlah kawan baik anda mungkin akan berkurang kerana masa yang terhad, terutamanya mereka yang telah mendirikan rumahtangga dan mempunyai anak. Oleh itu, buatlah pilihan bijak ketika memilih kawan dan elakkan persahabatan yang tiada nilainya buat kita. Pilihlah kawan terbaik untuk berikan nasihat buat kita, yang sentiasa ada waktu kita kesusahan.

Foto Kredit: flickr.com

Foto Kredit: flickr.com

9. Bijak Uruskan Ruang Peribadi

Ruang peribadi tidak boleh bersepah lagi jika sudah bergelar dewasa, tidak kiralah sama ada anda seorang lelaki ataupun perempuan. Gantikan 30 minit anda bermain gajet di rumah dengan mengemas sebanyak yang mungkin. Jadikan rumah sebagai ruang untuk mendapatkan kedamaian. Bagi yang dah berkahwin dan ada anak, jangan jadikan alasan untuk mempunyai rumah bersepah setiap masa.

Bila anda rajinkan diri untuk mengemas, barulah minda lebih tenang melihat semua barang tersusun rapi dan teratur dalam almari. Bangun awal pada hujung minggu untuk mula kemas rumah. Anda akan dapati dalam masa sejam dua yang selalunya kita tidur itu cukup untuk mengemas ruang tamu dan dapur!

tips kebahagiaan

Foto Kredit: mamari.jp

10. Tahu Potensi Diri

Tips kebahagiaan yang seterusnya pada usia 30an adalah tahu meletakkan had pada tempatnya. Mereka yang berjaya sentiasa melakukan yang terbaik untuk hasil kerja yang memuaskan. Namun begitu, mereka fokus dalam merangka strategi dan tidak membiarkan diri stres. Semua yang dilakukan adalah untuk meningkatkan keupayaan diri tanpa mengharapkan pujian daripada pihak lain.

Berikan ruang pada diri sendiri untuk belajar dari kesilapan. Belajar untuk katakan tidak pada tugasan yang tidak relevan atau yang melebihi kemampuan kita. Jangan sombong untuk minta pertolongan dan tunjuk ajar.

Foto Kredit: islamiclife.com

Foto Kredit: islamiclife.com

11. Pentingkan Restu Ibu Bapa

Tidak kira sudah berapa pun umur kita, sebagai anak, restu ibu bapa sangat penting bagi mencapai keberkatan dalam hidup. Doa ibu bapa adalah antara faktor seseorang dapat berjaya dan rasa sangat bahagia walau apapun kesusahan menimpa mereka.

Dahulu, ada antara kita terlalu sibuk dengan dunia sendiri sehinggakan terlupa yang ibu bapa kita juga semakin tua. Dalam usia ini, ramai yang mula mengambil peluang untuk memperbaiki hubungan dengan ibu bapa dan menggalas tanggungjawab mereka sebagai seorang anak. Dengan meluangkan lebih masa untuk mereka dan menggembirakan hati mereka, anda juga akan turut bahagia.

ciri calon suami

Foto Kredit: themuslimvibe.com

Masa Tidak Selamanya Milik Kita

Kita tidak akan muda selalu. Jadi, jangan hadkan apa yang anda ingin lakukan dengan tenaga dan peluang yang ada. Terokai dunia, belajar perkara baru dan tempuhi cabaran dengan penuh kesabaran. Lakukan semua perkara dengan restu dan doa dari ibu bapa serta suami.

Lebihkan fokus pada komitmen besar dan misi kita untuk membina hidup dengan berdikari. Carilah teman sejati yang sanggup menerima kekurangan kita seadanya. Lakukanlah yang terbaik dalam apa jua tugasan yang diberi.

Walau apa pun, usia bukanlah penentu segalanya. Dengan 11 perkara ini, mudah-mudahan kita berada di landasan yang betul dan akan merasakan usia paling bahagia bila-bila masa saja!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×