Kerja Part Time
Ramai orang sering kaitkan kerja part time atau separuh masa di rumah ini hanya untuk golongan surirumah sahaja. Namun tanggapan tersebut ternyata jauh tersasar dengan zaman serba moden yang sedang kita harungi ini. Fenomena bekerja di rumah ini telah lama digunapakai di negara-negara moden yang lain dan baru-baru ini ia telah menjadi satu lumrah dan semakin banyak kerja part time yang boleh dilakukan di rumah. Tidak kira anda tinggal di Shah Alam, Bangi, Serdang, Puchong atau dimana sahaja, batas geografi bukan lagi menjadi kekangan.
Contoh kerja part time yang biasa kita dengar ialah isi sampul surat, lipat katalog, cleaner, call centre, cikgu tuisyen, cikgu tadika, cashier, event crew, edar flyers atau fotografi. Ada yang lumayan dan bergaji besar dan ada yang tidak. Rata-rata, hanya boleh dilakukan pada hujung minggu atau waktu malam sahaja.
Tidak seperti kerja part time yang perlukan kita hadir secara fizikal, kerja part time onlie di rumah lebih selesa. Berikut adalah senarai kerja part time online di rumah bagi mereka yang ingin menambah pendapatan keluarga bagi menampung kos sara hidup yang semakin meningkat dari tahun ke tahun. Tidak perlukan modal apa-apa!
1. Data Entry (Kerja masukkan data)
Bagi kerja data entry ini, anda perlukan komputer desktop ataupun komputer riba bagi membolehkan anda menyiapkan seberapa banyak masukan data yang diperlukan. Kebiasaannya syarikat gergasi seperti dalam bidang telekomunikasi, insurans dan sebagainya yang melibatkan data pengguna yang banyak memerlukan ramai orang bagi jawatan data entry ini.
Ada yang dibayar mengikut jam dan tidak kurang juga yang dibayar mengikut banyak mana data yang dimasukkan. Secara purata anda boleh mendapat sekitar RM5 sejam hanya dengan berada di depan komputer dan setelah siap, anda boleh emelkan semula kepada majikan anda. Bayaran seringkali dibuat sebulan sekali mengikut banyak mana kerja yang anda telah lakukan.
2. Transcribe (Kerja menyalin semula)
Berlainan dengan data entry, kerja part time transcribe lebih kepada menyalin semula dokumen atau audio. Speech dari orang-orang tertentu selalu diperlukan dalam bentuk teks. Kita perlu dengar dan salin semula ucapan mereka satu persatu. Betulkan mana tatabahasa yang salah jika perlu.
Jika ada dokumen yang sangat tebal dan bakal memakan masa yang lama untuk scan, lebih baik taip semula sahaja.
Sama seperti kerja part time data entry, secara purata anda boleh mendapat sekitar RM5 sejam. Namun ia bergantung kepada tahap kesukaran kerja yang diberikan dan bilangan patah perkataan.
3. Pereka Grafik
Percaya atau tidak, hanya dengan buat logo sahaja boleh dapat minimum RM100? Jika anda seorang yang kreatif dan mempunyai kemahiran menggunakan perisian multimedia komputer, kerja part time sebagai seorang pereka grafik juga boleh dilakukan. Kebiasaannya syarikat pengiklanan atau pemasaran banyak menggaji seorang pereka grafik secara part time di rumah. Bukan itu sahaja, ramai syarikat kecil (SME) memerlukan khidmat merekabentuk bunting, banner, flyer, business card dan macam-macam lagi.
Bayaran pula biasanya mengikut projek tertentu yang kadangkala boleh mencecah ribuan ringgit untuk kerja yang mengambil masa beberapa hari sahaja. Bayaran pula bergantung kepada pelanggan syarikat yang menggaji anda, ada yang dibayar setelah hasil kerja anda diterima oleh pelanggan; tidak kurang juga yang dibayar berbulan kemudiannya.
Jika tiada kepakaran ini, boleh mula belajar menggunakan Adobe Photoshop!
4. Penulis
Bagi mereka yang berbakat menulis pula, terutamanya bagi yang pandai untuk luahkan perasaan mereka melalui tulisan samada pengalaman peribadi atau blog, reviu peranti atau telefon dan bermacam-macam lagi. Anda perlukan komputer peribadi atau komputer riba dan juga sambungan internet untuk menyerahkan penulisan anda untuk dinilai.
Jika anda dahulu pernah bekerja dalam bidang teknikal, memang ada permintaan untuk penulisan teknikal. Jika bekerja dalam bidang Human Resource, boleh bantu sesiapa yang ingin buat resume atau cover letter dengan sedikit bayaran. Proofreading dan editing juga salah satu cabang yang boleh diambilkira. Hanya baca semula teks yang ditulis, perbetulkan mana-mana tulisan dan tatabahasa yang salah agar nampak lebih kemas.
Khabarnya, ada juga pemilik blog yang tercari-cari penulis artikel yang berkualiti tinggi. Terma ini dipanggil Guest Blogging, dimana kita boleh menulis di sesuatu blog yang terkenal menggunakan nama kita sendiri.
Dari segi bayaran, ia selalunya bergantung kepada banyak mana patah perkataan yang diperlukan dan juga berapa teknikal dan mendalam subjek yang ditulis tersebut. Anda boleh jangkakan pendapatan sekitar RM5-RM10 untuk satu artikel yang panjangnya 300-400 patah perkataan.
Jika ingin cuba kerja penulis part-time bersama kami, boleh isi borang di sini.
5. Translator (Penterjemah)
Kerja part time di rumah sebagai seorang penterjemah pula memerlukan seseorang itu mahir di dalam beberapa bahasa terutamanya penguasaan tatabahasa. Jadikan kamus bahasa sebagai teman hidup anda dan anda boleh berjaya sebagai seorang penterjemah yang berkaliber bagi mengatasi kesilapan terjemahan secara langsung dan bukannya di dalam konteks bahasa asal. Syarikat-syarikat multinasional sering kali memerlukan seorang penterjemah bagi menterjemah segala dokumen bahasa ibunda syarikat tersebut ke bahasa negara lain di mana mereka mempunyai pejabat.
Untuk seorang penterjemah, bayaran juga sering dikaitkan dengan bilangan patah perkataan yang perlu diterjemah dan secara kasarnya anda boleh dapat sekitar RM5 untuk setiap 200-300 patah perkataan yang akan diterjemah.
Di mana boleh cari kerja part time?
Untuk pasaran dan permintaan dari Malaysia, boleh cuba portal yang terkenal iaitu Mudah.my. Di sana, sesiapa sahaja boleh senaraikan kepakaran yang mereka ada mengikut negeri. Alternatif lain ialah portal Majalah.com yang mempunyai seksyen khas mencari pekerja part time di seluruh Malaysia.
Ada banyak laman web yang menyediakan ruang untuk golongan freelance memberikan servis mereka yang terbaik. Bagi pasaran antarabangsa yang lebih global, kami cadangkan laman di bawah:
1. PeoplePerHour.com – Laman dari United Kingdom (UK) ini sangat terkenal kerana bayaran adalah dalam Great Britain Pound (GBP). . Penyedia servis pula datang dari pelbagai negara kerana tukaran matawang yang tinggi.
2. Fiverr.com – Setiap servis yang bakal kita sediakan cuma berharga USD 5 sahaja. Tambahan untuk servis tersebut, seperti untuk siapkan dalam masa sehari, boleh ditambah harganya lagi. Apa yang menarik tentang Fiverr, ada servis yang pelik-pelik, yang tidak pernah kita dengar.
Harapan kami
Sememangnya, kerja part time online di rumah seperti di atas boleh didapati dengan mudah pada zaman sekarang. Tetapi anda harus berwaspada dengan syarikat yang memerlukan anda membayar wang pendahuluan terlebih dahulu sebelum memulakan sebarang kerja part time di rumah.
Mari kita jadi freelance untuk menampung belanja keluarga kita!