Sihat

Nyamuk Paling Suka Hisap Darah 5 Jenis Orang Ini

4.8K
SHARES
tips halau nyamuk

“Eh, punyalah ramai-ramai orang kat sini, aku seorang saja yang tergaru-garu. Kenapa nyamuk suka sangat dekat aku? Ish, tak boleh jadilah macam ni. Dah guna tips halau nyamuk pun masih tak berkesan. Kenapa, sedap sangat ke darah aku ni?”

Perasan tak, ada kalanya kita sering menjadi mangsa gigitan nyamuk berbanding orang lain. Ada yang menggelar mereka ini ‘darah manis’.

Tapi, betulkah istilah itu wujud dari segi sains? Mengapa sesetengah orang lebih sensitif dan ‘disukai’ oleh nyamuk?

Mari kita tengok apa yang ditemui oleh kajian-kajian pakar tentangnya.

tips halau nyamuk

Foto Kredit: buenavida.pr

Nyamuk Paling Suka Hisap Darah 5 Jenis Orang Ini

Walaupun dah mengamalkan bermacam-macam tips halau nyamuk, ada beberapa jenis orang yang lebih ‘disukai’ oleh nyamuk.

Jom semak siapakah orang yang menarik perhatian nyamuk. Kalau tergolong, kenalah lebih berhati-hati!

1. Darah Jenis O

Nyamuk memang menghisap darah untuk menghasilkan protein daripadanya.

Persoalannya, adakah sesetengah jenis darah lebih ‘menyelerakan’ berbanding darah lain?

Ya. Menurut laman web sains Smithsonian.com, mereka yang memiliki darah jenis O adalah 2 kali ganda lebih menarik perhatian berbanding darah jenis A, iaitu kumpulan darah yang paling kurang diminati oleh nyamuk.

Ini sel darah merah

2. Berbadan Besar

Salah satu cara nyamuk mengesan mangsa mereka adalah dengan cara menghidu karbon dioksida yang dihembuskan oleh manusia.

Umumnya, mereka yang berbadan besar biasanya akan menghasilkan lebih banyak karbon dioksida. Oleh itu, lebih mudahlah nyamuk mengesan mangsa ini.

Badan cepat berpeluh

Foto Kredit: cnnturk.com

3. Ahli Sukan

Nyamuk amat tertarik dengan suhu badan yang lebih tinggi serta kandungan asid laktik, ammonia, dan asid urik yang biasanya didapati daripada peluh.

Walaupun atlet, ahli sukan, atau mereka yang aktif bergerak secara fizikal mempunyai kadar metabolisme yang lebih tinggi – yang juga diminati oleh nyamuk, faktor genetik juga memainkan peranan dalam bahan semulajadi yang terkandung pada badan.

bersenam

4. Wanita Mengandung

Dalam beberapa kajian seperti yang dilaporkan oleh Science Direct, wanita mengandung adalah 2 kali ganda lebih kerap digigit oleh nyamuk.

Saintis mempercayai bahawa ini adalah kerana wanita mengandung mempunyai suhu badan yang lebih tinggi dan melepaskan lebih banyak gas karbon dioksida.

Hal ini menyebabkan wanita mengandung sangat berisiko terhadap Virus Zika yang telah dikesan di negara kita.

Foto Kredit: cosmopolitan.com

Foto Kredit: cosmopolitan.com

5. Berpakaian Gelap

Selalu kita dengar tips halau nyamuk adalah dengan mengenakan pakaian berwarna cerah. Tapi kenapa?

Ini kerana warna gelap menyerap haba, manakala warna cerah memantulkan haba.

Maka, nyamuk yang mempunyai deria suhu yang sangat sensitif ini lebih tertarik pada haba yang terdapat pada warna gelap.

Selain itu, sains juga menguatkan dakwaan ini di atas fakta bahawa deria penglihatan mereka lebih tajam dalam keadaan gelap.

tips halau nyamuk

Foto Kredit: getridofmany.com

Amalkan Tips Halau Nyamuk Dengan Lebih Konsisten

Walaupun Zika tidak dikesan membawa penyakit berbahaya kepada manusia biasa selain ibu mengandung, namun kita haruslah berhati-hati agar tidak menjadi ‘pembawa virus’ secara tidak disedari.

Oleh itu, pastikan anda mengamalkan tips menghalau nyamuk dengan lebih efisyen dan konsisten terutamanya sekiranya anda tergolong dalam 5 jenis kumpulan ini.

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×