40 Minggu

11 Pantang Larang Ibu Mengandung Dengan Penjelasan Saintifik. Ini Bukan Mitos!

537
SHARES
makanan ibu mengandung

“Terliurnya tenguk orang depan aku ni makan telur separuh masak tu. Kalau aku dapat ni, letak kicap sikit lepas tu perisakan pulak dengan lada hitam. Tapi boleh ke aku makan telur separuh masak ni? Apa pantang larang ibu mengandung yang aku patut ikut?”

Wanita hamil perlu mengetahui apa yang boleh dimakan atau tidak dan juga beberapa pantang larang ibu mengandung yang patut diikut sepanjang kehamilan.

Mana tidaknya, kadangkala keliru dengan mitos ataupun benar. Sebab itu, sebaik mengetahui diri hamil, wanita perlu melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan.

makanan ibu mengandung

11 Pantang Larang Ibu Mengandung Dengan Penjelasan Saintifik

Berikut adalah antara pantang larang ibu mengandung yang dijelaskan secara saintifik.

1. Keju yang belum dipasteur

Keju feta dan sebarang keju yang belum dipasteur tidak digalakkan makan kerana ia boleh menyebabkan penyakit Listeriosis.

Bakteria listeria ini mampu menembusi plasenta dan menyebabkan keguguran, kelahiran pramatang, dan keracunan dalam darah.

keju

2. Makan hati

Meskipun ia kaya dengan vitamin A, hati ini boleh menyebabkan masalah pembentukan bayi dalam rahim.

Ini kerana hati ayam mengandung banyak retinol, yaitu salah satu jenis vitamin A.

Terlalu banyak retinol di dalam tubuh dapat membahayakan bayi dalam kandungan.

pantang larang ibu mengandung

Foto Kredit: nbcwashington.com

3. Makan sayur-sayuran mentah

Sayur memang baik untuk kesihatan ibu hamil, tapi sebaiknya rebus sayur-sayuran sebelum dimakan.

Jika ingin dijadikan salad, pastikan sayur-sayuran sudah dibasuh dengan betul.

Sebarang benda asing mampu menjangkiti anda dan bayi dalam kandungan.

Makanan untuk ibu hamil

4. Makanan telur mentah atau separuh masak

Ia berpotensi menyebarkan jangkitan salmonella yang membahayakan anak dalam kandungan.

Bahan makanan mentah ini juga cenderung mengandungi Toksoplasmosis, sebuah parasit yang dapat menyebabkan jangkitan serius pada janin anda dan juga E.coli.

petua rebus telur tak pecah

Foto Kredit: merci-mama.com

5. Minum diet soda

Mengandungi kandungan agen pemanis tiruan yang tinggi, ia boleh menyebabkan risiko kencing manis dan kecacatan pada bayi.

Kafein yang terkandung di dalamnya juga dapat memperngaruhi berat badan rendah pada bayi serta mengurangi penyerapan zat besi.

?????

?????

6. Produk penjagaan diri yang meragukan

Bahan kimia yang ada dalam produk kecantikan dan penjagaan diri biasanya mengandungi kimia yang boleh menyebabkan ruam, alergi dan komplikasi.

Bahan kimia ini boleh masuk ke dalam rahim dan bayi secara tak langsung mengganggu pembesarannya.

Cara mengatasi kulit kusam

Foto Kredit: shape.com

7. Ambil ubat yang dibeli dari kaunter farmasi

Ditakuti ada ubat-ubat ini mengandungi kompaun yang tidak dibenarkan.

Jika perlu makan ubat, lebih baik kunjungi klinik yang berdaftar dan hospital.

Ubat antibiotik bahaya? Selamat atau tidak?

8. Membuat kerja rumah yang berat

Elak melakukan kerja rumah yang berat seperti mengangkat meja kerana ia boleh meningkatkan risiko keguguran.

Namun, anda amat digalakkan bersenam dengan membuat pergerakan ringan untuk kecergasan diri.

tanda kehamilan kembar 2

9. Terdedah dengan bahan kimia

Elak mengguna bahan kimia seperti insecticides, baja kimia, spot removers, aerosol spray cleaner yang tinggi bahan kimia.

Ia boleh masuk ke dalam rongga badan apabila bersentuh dengan kulit dan mengganggu tumbesaran bayi.

keselamatan di rumah

Foto Kredit: decoist.com

10. Berendam dalam air panas

Elak berendam dalam air panas atau sauna terlalu lama.

Kehangatan yang terlalu lama ini meningkatkan suhu tubuh. Bagi ibu hamil, hipertermia boleh membawa risiko berbahaya bagi perkembangan dan pertumbuhan bayi di dalam kandungannya, terutama selama trimester pertama.

Berpeluha berlebihan apabila sauna ini juga mampu mengakibatkan dehidrasi dan hipotensi (tekanan darah rendah).

Sauna.

11. Berjemur bawah cahaya matahari

Sapu losen mengandungi SPF 15 yang dapat menghalang sinaran UV daripada masuk ke kulit setiap kali ingin keluar rumah.

Elak berjemur di bawah cahaya matahari kerana kulit wanita hamil sangat sensitif.

strok haba

Foto Kredit: profit.ro

Ini Bukan Mitos, Ya!

Elak lakukan perkara-perkara di atas.

Ini bagi menjamin pembesaran bayi dan kesihatan ibu terjaga sepanjang sembilan bulan, satu tempoh yang agak panjang.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×