Sihat

10 Tanda Menopause Pada Wanita Yang Jarang Diberitahu

396
SHARES

Menopause adalah tempoh perubahan di mana wanita tidak lagi mengalami menstruasi selama 12 bulan. Ia menandakan berakhirnya kitaran haid wanita dan berlaku seiring dengan pertambahan usia.

Tidak ada usia yang tepat untuk menjangka tempoh menopause pada wanita. Namun, secara umumnya ia boleh dikatakan berlaku sekitar antara usia 45 hingga 55. Ada yang berlaku lebih awal dan ada juga yang lebih lewat.

Menjelang berlakunya menopause pada wanita, terdapat fasa peralihan yang digelar perimenopause. Ia melibatkan beberapa simptom akibat perubahan kadar hormon estrogen dan progesteron. Malah, tanda atau simptom ini mungkin akan berlangsung selama berbulan-bulan atau bertahun-tahun setelah berhentinya haid.

10 Tanda Menopause Pada Wanita Yang Jarang Diberitahu

Berikut adalah tanda dan simptom menopause pada wanita yang biasa berlaku, tetapi mungkin jarang diberitahu.

1. Sakit Pada Payudara

Perubahan turun naik hormon boleh menyebabkan rasa sakit atau ketidakselesaan pada payudara. Seperti yang berlaku ketika haid atau ovulasi, payudara juga mungkin berasa lebih sensitif dan tegang.

Namun, ketika menghampiri saat menopause, kitaran haid anda adalah tidak tetap. Maka, lebih sukarlah untuk anda menjangkakan waktu ketidakselesaan ini berlaku.

menopause pada wanita

Foto Kredit: thewhig.com

2. Hot Flashes

Tubuh terasa cepat panas dan berpeluh-peluh dengan banyak. Inilah gejala hot flashes yang mungkin merupakan salah satu tanda menopause pada wanita yang paling popular.

Apabila tahap estrogen menurun, kelenjar yang mengawal suhu tubuh akan turut terjejas. Badan akan berasa panas tanpa sebab dan ia boleh berlaku pada bila-bila masa. Namun, ada yang merasakan hot flashes ini hanya buat beberapa saat, setengah jam, atau ada yang lebih lama daripada itu. Pakailah pakaian yang selesa, banyakkan meminum air, dan gunakan ais pek sekiranya perlu.

wanita-minum-air

3. Bau Badan Yang Lebih Ketara

Ada yang mengaitkan bau badan ini dengan peluh berlebihan akibat gejala hot flashes, tetapi ia bukan setakat itu.

Penurunan kadar estrogen dalam tubuh juga sebenarnya mempengaruhi kelenjar hypothalamus dengan memberi isyarat anda sedang berasa panas. Akibatnya, lebih banyak peluh yang terhasil sehingga menyebabkan ia sukar dikawal dan terjadinya bau badan.

Foto Kredit: alamy.com

Foto Kredit: alamy.com

4. Tumbuh ‘Misai’ & ‘Janggut’

Jangan terkejut sekiranya anda mendapati akan tumbuhnya ‘janggut’ atau ‘misai’ pada wajah. Menurut sumber, ini merupakan simptom yang biasa dilalui menjelang berakhirnya haid anda.

Seiring dengan pertumbuhan rerambut pada tempat-tempat baru ini, rambut sebenar pada kepala anda pula akan menjadi semakin kering, rapuh, dan menipis hingga menyebabkan keguguran rambut.

Foto Kredit: youtube.com

Foto Kredit: youtube.com

5. Rasa Berdebar

Kajian menunjukkan epinephrine dan norepinephrine yang meregulasikan kadar degupan jantung dan tekanan darah sering berubah-ubah dari semasa ke semasa.

Ia mungkin menyebabkan anda berasa berdebar dan barangkali risau tanpa sebab yang munasabah. Sekiranya ia berlaku kepada orang terdekat seperti ibu kita, bantulah mereka dengan memberi sokongan moral dan pendengar setia mereka.

ibu-wanita

6. Sukar Mengawal Kencing

Terkencing apabila anda melompat, batuk, atau bersin kedengaran seperti melucukan. Tapi, ia adalah realiti yang akan berlaku menjelang tempoh menopause pada wanita.

Selain kesukaran mengawal pundi kencing, kekerapan anda untuk ke tandas juga semakin bertambah. Ini disebabkan penipisan lapisan dinding uretra dalam sistem urinari serta otot pelvik yang semakin lemah.

menopause pada wanita

Foto Kredit: 123rf.com

7. Kulit Yang Kering

Seorang pakar, Dr Pinkerton menyifatkan fasa menopause ini sebagai ‘reverse puberty’, di mana anda mungkin akan melalui masalah yang pernah anda lalui di zaman remaja. Antaranya termasuklah masalah jerawat, kulit kering, eczema dan alergi.

Selain kulit, bahagian tubuh lain juga akan turut terkesan seperti mata dan vagina – yang turut menjadi punca menurunnya nafsu seksual seiring usia.

kulit-kering

8. Migrain

Sekiranya anda tidak pernah mengalami migrain, perubahan turun naik hormon boleh menyebabkan anda cenderung mendapatkannya buat pertama kali. Dan jika anda memang penghidap migrain, ia boleh menjadi lebih teruk lagi.

Walaubagaimanapun, setelah ketiadaan haid menjadi konsisten, masalah ini didapati akan menghilang hampir serta-merta. Ini kerana tahap hormon tidak lagi meningkat secara mendadak. Menurut Migraine Research Foundation, hanya 5% wanita yang menghidap migrain selepas usia 60 tahun.

Foto Kredit: promptcare.com

Foto Kredit: promptcare.com

9. Mood Swing

Seperti yang kita tahu, perubahan hormon dan mood swing begitu sukar dipisahkan. Di samping pergolakan emosi, sesetengah wanita juga akan mengalami masalah sukar tidur. Secara tidak langsung, semua masalah ini juga menjadi punca seseorang wanita lebih pelupa dan kurang fokus.

Sememangnya, bukan mudah untuk melalui fasa perimenopause, namun persediaan dan kematangan sedikit sebanyak akan membantu anda mengendalikan perubahan ini.

Foto Kredit: kleo.ru

Foto Kredit: kleo.ru

10. Kerapuhan Tulang

Dalam tempoh 5 tahun pertama menopause, seorang wanita boleh kehilangan 20% daripada tulangnya. Apabila ovari tidak lagi menghasilkan estrogen, kerapuhan tulang akan berlaku semakin cepat.

Oleh itu, tidak hairanlah usia ini tulang lebih mudah patah dan wanita lebih terdedah kepada risiko osteoporosis. Sakit-sakit sendi juga semakin kerap berlaku apabila dimakan usia.

Sedih & Kecewa Aku Masih Belum Mengandung, Ibu Mertua Yang Tertekan!

Adakah Rawatan Untuk Mengatasinya?

Untuk melindungi kesihatan secara umumnya, setiap wanita mesti mengamalkan makanan yang kaya kalsium dan vitamin D, atau suplemen yang dicadangkan oleh doktor selain mengekalkan gaya hidup aktif. Sekiranya ia berlaku kepada orang terdekat seperti ibu kita, cubalah fahami keadaan mereka dan bantulah mereka menghadapinya dengan sokongan moral.

Sebaik saja berlakunya tanda atau gejala perimenopause, sebaiknya temujanji dengan doktor ditetapkan untuk mengelakkan sebarang masalah kesihatan. Ujian saringan seperti mammogram, tiroid, dan pemeriksaan fizikal lainnya dapat membantu anda mencapai kesihatan yang optimum.

 

*Sumber: Reader’s Digest

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×