Famili

Usah Keliru, Ini 2 Tanda Berakhirnya Haid Wanita. Dah Boleh Solat & Puasa!

2.7K
SHARES
tanda habis haid

“Eh, semalam ‘check’ macam dah tak ada kesan darah. Ni dah tengahari ada pula kesan kekuningan. Keputihankah atau masih period ni? Kelirulah. Apa tanda habis haid ya?”

Ramai wanita memang keliru apabila timbul isu begini.

Mana tidaknya, kita ada macam-macam lagi cairan yang boleh keluar pada vagina atau faraj selain darah haid. Antara yang paling kerap adalah masalah keputihan dan darah istihadhah (darah penyakit).

Jadi, bagaimana mengenalpasti sama ada darah ini merupakan darah haid atau bukan?

masalah faraj berbau

Foto Kredit: metro.co.uk

Apakah Darah Haid?

Sebelum itu, kita perlu kenali serba sedikit tentang darah haid. Darah haid keluar akibat keruntuhan dinding rahim setiap bulan apabila tiada telur yang disenyawakan.

Menurut ahli ulama, warna-warna darah haid ada lima, iaitu

  1. Hitam
  2. Merah
  3. Asyqar (warna antara merah dan kuning)
  4. Kuning
  5. Keruh

Kebiasaannya, mula-mula datang haid berwarna hitam atau merah gelap, kemudian berubah kepada merah, kemudian antara merah dan kuning, kemudian kuning dan akhirnya keruh iaitu rona kecoklatan.

Semasa tempoh keruh atau kekuningan inilah ramai wanita yang keliru kerana kadangkala ia disangkakan keputihan atau darah istihadhah.

tanda habis haid darah

Foto Kredit: lexicolatry.com

2 Tanda Habis Haid Wanita, Dah Boleh Mandi Wajib

Umumnya, terdapat 2 tanda habis haid yang perlu diambil kira.

1. Kering & Bersih

Tanda habis haid yang paling utama adalah faraj anda sudah benar-benar kering dan bersih.

Ini bermaksud, tiada sebarang kesan kekuningan, kecoklatan, atau kemerahan apabila anda mengesat bahagian faraj dengan kain atau tisu putih.

Jika warna putih kapas tidak berubah, dia wajib mandi hadas dan mengerjakan solat. Namun jika di kapas ada bekas merah, kuning, keruh, atau coklat, maka tunggulah sehingga ia benar-benar bersih.

Ini berdasarkan hadis dari Saidatina Aisyah r.a. yang menceritakan bahawa wanita-wanita sahabat menghantarnya satu bekas kecil berisi kapas yang terdapat padanya kesan kuning dan keruh dari haid.

Lalu ‘Aisyah menjawab;

لا تَعْجَلَنَّ حتى ترين القَصَّة البيضاء

“Janganlah kamu tergesa-gesa (mandi wajib) sehinggalah kamu melihat seperti kapur putih” (HR Imam al-Bukhari).

keputihan 2

2. Keluarnya Cecair Putih

Satu lagi tanda habis haid adalah keluarnya cecair berwarna putih daripada faraj.

Setelah keluarnya cecair berwarna putih ini, jika masih terdapat kesan merah, kuning, atau coklat pada farajnya, ia tidak lagi dikira sebagai haid.

Namun, sesetengah wanita mungkin tidak mengalami hal ini ataupun tidak perasan berlakunya tanda ini.

Keputihan ketika hamil

Foto Kredit: tribunnews.com

Tempoh Kebiasaan Haid

Jika masih ragu-ragu, rujuklah pada tempoh kebiasaan haid anda setiap bulan.

Menurut sumber menerusi halaqah.net, warna kuning dan keruh yang dilihat dalam tempoh kebiasaan haid atau tempoh kemungkinan haid (iaitu 15 hari menurut mazhab Syafi’ie) adalah dikira haid.

Ini bermakna, jika masih ada kesan kecoklatan atau kekuningan dalam tempoh 15 hari, ia dikira sebagai haid.

tanda habis haid wanita

Foto Kredit: ovguide.com

Bagaimana Jika Tidak Tetap Haid?

Ya, sesetengah wanita mempunyai masalah yang lebih rumit untuk mementukan tanda habis haid jika tidak tetap tempoh haidnya setiap bulan.

Oleh itu, mereka bolehlah mengambil inisiatif untuk membezakan darah haid dengan darah istihadhah seperti di bawah ini.

tanda habis haid

Foto Kredit: tentantes.com.br

4 Cara Membezakan Darah Haid Dengan Darah Istihadhah

Terdapat 4 ciri yang membezakan darah haid dengan istihadhah yang perlu diketahui oleh wanita.

tanda habis haid

Dalam gambar ini, ‘spotting’ menunjukkan darah istihadhah, manakala ‘period’ merujuk kepada haid. Ada beza, kan?/ Foto Kredit: peeonastickfreak.com

1. Warna

Darah haid berwarna merah gelap, sedangkan darah istihadhah berwarna merah segar (merah darah).

2. Kekentalan

Darah haid lebih kental manakala darah istihadhah lebih cair.

3. Bau

Darah haid berbau hanyir, sedangkan darah istihadhah biasanya tidak berbau

4. Keadaan Darah

Darah haid masih kekal lembab setelah ianya keluar manakala darah istihadhah akan mengering karena ia adalah darah dari pembuluh.

Nota: Jika seorang wanita mengalami haid, dia tidak boleh solat dan puasa. Tetapi, jika dia mengalami istihadhah, dia tetap wajib solat dan puasa. Hanya perlu berwuduk adan menyucikan darah istihadhah tersebut apabila hendak solat.

Kesimpulan

Secara ringkasnya, warna kuning dan keruh hanya dianggap haid jika dilihat ketika dalam tempoh kebiasaan haid.

Tetapi, jika terdapat kesan darah atau ‘spotting’ dilihat semasa tempoh suci, ia bukanlah haid dan tidak harus meninggalkan solat atau puasa kerananya.

Tetapi, jika wanita tidak mempunyai tempoh haid tetap, maka perlulah mengenalpasti sama ada darah tersebut adalah darah haid atau nifas, berdasarkan 4 ciri yang dijelaskan di atas.

 

*Sumber rujukan: Fiqh Wanita,  Quranic Reminders

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×