Sihat

9 Tabiat Negatif Perlu Hentikan Sekarang, No. 7 Orang Selalu Anggap Tak Apa!

2
SHARES
tabiat negatif

Terdapat banyak perkara yang mungkin anda lakukan (atau tidak lakukan) setiap hari, yang anda sendiri tahu ia tidak begitu sihat. Justeru itu, penulis telah menyenaraikan 9 tabiat negatif yang harus dihentikan sekarang dan jangan jadikan sebagai kebiasaan! Baca lebih lanjut untuk mengetahuinya.

Baca juga: Jenis Tandas Cangkung Atau Duduk, Mana Lebih Baik & Mudah Buang Air Besar?

TABIAT NEGATIF PERLU SEGERA DIHENTIKAN

tabiat negatif

Gambar: EyeEm

1. Jangan letak beg atas meja

Perbuatan ini bukan sahaja bertentangan dengan adab di meja tetapi ia juga tidak bersih. Beg anda, secara purata, mempunyai lebih banyak bakteria berbanding tandas!

Hal ini kerana, beg sentiasa di sisi anda ke mana sahaja anda pergi. Dari tandas ke kereta api ke setiap tempat yang anda pergi.

2. Mencairkan makanan pada suhu bilik

Adakah anda fikir lebih baik untuk meninggalkan makanan di luar peti sejuk untuk dicairkan? Fikir semula!

Menurut Jabatan Pertanian A.S., daging yang dibiarkan melebihi 40 darjah menggalakkan pertumbuhan bakteria. Mengapa tidak cuba nyahbeku dalam peti sejuk bukan beku, air sejuk atau ketuhar gelombang mikro?

3. Katakan TIDAK pada pengering tangan awam

Kebanyakan orang berpendapat pengering tangan di tandas awam adalah cara terbaik untuk mencegah kuman. Anda salah!

Pengering tangan mendedahkan tangan kepada 40 – 60 koloni bakteria. Cuba biasakan menggunakan tuala, tisu dan sanitiser biasa.

Baca juga: Luar Biasa! Makan Nanas Rupanya Boleh Tingkatkan Reproduktif Lelaki

4. Tukar span dapur setiap bulan

Apabila span dapur mula mengeluarkan bau busuk, sudah tiba masanya untuk menukarnya. Anda perlu menukar span sekurang-kurangnya sekali setiap bulan.

Pastinya, anda tidak mahu membersihkan pinggan mangkuk dan kawasan memasak dengan pembawa bakteria.

5. Jangan bawa kanta sentuh sehingga tidur

tabiat negatif

Gambar: rawpixel.com

Terdapat tanggapan salah yang popular, bahawa memakai kanta sentuh hingga tidur melindungi mata daripada bakteria dan kuman. Ia sebenarnya salah.

Membiarkan kanta sentuh, meningkatkan peluang menangkap bakteria berbahaya. Ia juga boleh menyebabkan kemudaratan kepada kornea sensitif. Ingat, mata anda perlu bebas selama beberapa jam sebelum memakai kanta sentuh semula.

6. Hindari bersin guna tapak tangan

Bersin pada tapak tangan menyimpan kuman berbahaya di tangan. Ini memberi kesan bukan sahaja kepada anda tetapi orang sekeliling.

Perkara terbaik adalah bersin ke dalam sapu tangan atau tisu. Walau bagaimanapun, anda boleh cuba bersin pada siku anda jika tidak mempunyai tisu bersama. Menurut pakar, ini mengelakkan pencemaran objek lain di sekeliling anda.

Baca juga: Ini 7 Kesan Mengerikan ASID SULFURIK Bila Terdedah Pada Tubuh Manusia!

7. Tiada peraturan makanan ‘5 saat’

Kita semua sudah biasa dengan peraturan ini. Tetapi seperti tanggapan salah yang lain, ia juga perbuatan yang salah! Kuman tidak menyedari peraturan ini dan tidak mematuhinya.

Dalam masa 5 saat sahaja, makanan anda yang atuh telah mengumpul begitu banyak kuman dan bakteria. Demi kesihatan anda, jangan makan, terus buang!

8. Hentikan tabiat menggigit jari

tabiat harian

Gambar: freepik

Ramai orang nampaknya ketagih dengan tabiat buruk ini. Menggigit kuku memberi laluan terus kepada kuman di bawah kuku untuk terus masuk ke dalam badan anda melalui mulut.

Ini juga tidak baik untuk gigi kerana ia memusnahkan enamel. Jadi, keluarkan jari anda!

9. Keluarkan tuala dari bilik mandi

Ramai menyukai perbuatan ini, tetapi tidak melakukannya dengan betul. Membiarkan tuala anda di dalam bilik mandi hanya menarik lebih banyak kuman.

Ia juga melekat kuman terdahulu yang anda tinggalkan padanya. Jadi, bawa ia keluar untuk kering di bawah matahari setiap kali mandi.

Baca juga: 6 Kesan Kolesterol Tinggi Pada Kaki, Itu Yang Kaki Jadi Sejuk!

Sumber: Story To Hear

FT Image: Henry Ford Health

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×