Dapur

Resepi Nasi Beriani TELUR, Kena Guna Perencah Ini ‘Confirm’ Makan Bertambah!

2
SHARES
resepi nasi beriani

Bila selalu sangat makan nasi beriani berasaskan daging, mesti anda dah bosan kan? Apa kata kali ini, anda cuba pula resepi nasi beriani telur.

Ya, jarang makan kan? Kalau nak tahu cara memasaknya, ikuti resipi yang dikongsikan Sania Weina ini.

Baca juga: Resepi Daging Masak Manis, Bahan Campak-Campak Je Tapi Menyelerakan Tau!

RESEPI NASI BERIANI TELUR

resepi nasi beriani

Gambar: Sania Weina

Hari ini kakak nak kongsi resipi nasi beriani paling mudah dan cepat. Dulu kakak pun risau takut betul nak masak briyani. Paranoid yang bukan-bukan sebab bila baca resipi banyak betul langkah yang kena ikut, nanti nasi mentah susah juga.

Tapi sekarang Insha Allah, setakat nak masak 3-4kg nasi beriani dah boleh sebab dengan Maggi Nasi Briyani korang dah tak perlu risau nak perasakan. Tumis sahaja semua benda siap!

Bila nasi dah masak boleh tabur gajus, daun sup, daun bawang dan bawang goreng. Resipi jangan lupa save, terpulang nak masak beriani ayam, daging, kambing, telur, seafood pun boleh tinggal campur sekali bila nak masak nasi.

Baca juga: Resipi NASI BERIANI Pakistan Asli, Rasanya Jauh Beza Dengan Versi Malaysia!

Bahan-bahan:

  • 1kg beras Basmathi (rendam dalam 10-15 minit)
  • 3 paket perencah Maggi Nasi Briyani
  • 1 bawang besar (hiris kasar)
  • 5 biji bawang putih (hiris)
  • 4-5 sudu besar minyak sapi (kalau nak pakai minyak/butter pun boleh)
  • Rempah 4 sekawan
  • 10 biji telur rebus
  • Cherry tomato
  • Gajus
  • Cili hijau/merah
  • Bawang goreng
  • Daun sup/daun bawang

Baca juga: Resipi Nasi Hujan Panas Tanpa Susu Cair, Pasti Lebih Sedap & Puas Hati

resepi nasi beriani

Gambar: Sania Weina

  1. Tumis bawang besar dan bawang putih dengan minyak sapi dan masukkan 4 sekawan.
  2. Agak dah naik bau, masukan rempah briyani dan sedikit air.
  3. Tumis sekejap rempah sampai pecah minyak dan tutup api.
  4. Beras dah cuci bersih masuk dalam rice cooker, susun telur, tomato cherry dan cili.
  5. Tuang rempah dan masukan air ikut sukatan air (kakak punya sukatan ikut cawan ( 1:1 ), lebih mudah dan Insha Allah nasi tak lembik).
  6. Tunggu sehingga nasi nak masak.

P/s: Tidak perlu garam/sebarang perasa, Maggi punya rempah cukup semua. Tapi kalau nak tambah boleh je lain orang lain lidah.

Baca juga: Resepi SATAY GORENG JAWA, Daging Korban Banyak Bolehlah Buat Menu Ini!

Sumber: Sania Weina

FT Image: Sania Weina

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×