Dapur

Resepi Lengkap Set Nasi Beriyani Bersama Daging Masak Kandar, Macam Makan Di Kedai!

“Dah bosan lah makan nasi putih je, nak masak nasi apa lagi ye?”

Bila sudah hari-hari makan nasi putih, kadang-kadang ada juga rasa teringin nak makan jenis nasi yang lain bukan? Banyak sebenarnya pilihan yang anda boleh masak seperti, nasi ayam, nasi arab dan nasi briyani. Sebut sahaja nasi briyani, terdapat pelbagai jenis nasi briyani seperti ni nasi kandar atau jenis nasi briyani sepeti di Johor.

Tetapi, kalau anda sukakan nasi briyani seperti di restoran nasi kandar, mudah sahaja sebenarnya untuk anda masak di rumah. Alang-alang dah bekerja dari rumah ni kan, boleh cuba buat dan dimakan seisi keluarga!

RESEPI NASI BRIYANI SIMPLE ( anggaran 7-8 org makan)

Bahan-bahan:

1 kg beras basmathi, rendam 1/2 jam dan sejatkan

1 sudu besar minyak sapi

5 sudu besar marjerin planta ( atau apa2 marjerin pun boleh)

3/4 tin susu cair

1 biji bawang besar, dimayang halus

3 ulas bawang merah*

5 ulas bawang putih*

2 inci halia*(*dikisar halus)

1 batang kayu manis

3 kuntum bunga lawang

5 kuntum bunga cengkih

3 biji buah pelaga

3 helai daun pandan, siat dan simpulkan

Segenggam daun ketumbar ( optional)

Segenggam bawang goreng

1/2 cawan gajus

1/2 cawan kismis

Secubit safron direndam dalam sedikit air panas (kalau takde boleh guna pewarna kuning biasa)

2 kiub ayam maggi

Garam secukup rasa

2 s/b rempah beriani – bancuh dgn sedikit air

Air mengikut sukatan beras basmathi yg anda guna – biasanya air kena lebih sikit kalau saya masak.. Lebih kurang sukatannya 1:1.5

Cara-cara:

1. Panaskan minyak sapi & planta dalam kuali…

2. Masukkan kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga diikuti dgn daun pandan dan bahan-bahan kisar bersama rempah beriani tadi…Tumis hingga wangi…

3.Masukkan gajus dan masak hingga gajus perang…

4.Masukkan kismis..Kacau rata…

5. Tuang air mengikut sukatan beras dan susu cair…Masukkan kiub ayam dan garam (secukup rasa)…Biarkan mendidih…

6. Tuang ke dalam rice cooker dan masukkan beras, kemudian masak seperti biasa..Masak hingga nasi kering…

7. Dengan menggunakan btg sudu buat beberapa lubang pada nasi tadi dan tuangkan safron @ pewarna kuning.. Masukkan juga daun ketumbar dan bawang goreng…

8. Tutup tudung periuk dan biar nasi betul-betul masak…

9. Bila nasi betul-betul masak, gaul nasi perlahan2 sekadar meratakan bahan-bahan tabur tadi dan juga jus safron @ pewarna kuning..Jangan terlebih gaul nanti nasi akan patah-patah… Seelok-eloknya gunakan chop stick atau garfu..

10.Boleh laa dihidangkan bersama lauk2 sampingan seperti kari daging, dalca, ayam masak merah, pajeri nenas, pencuk nenas, acar timun atau acar buah dan kurma ayam @ daging atau mengikut selera masing-masing.

Daging Masak Kandar

1 kilo daging

20 ulas bwg kecil( dihiris)

Bahan yang perlu dibasuh dan direndam sampai kembang:-

1 sudu besar jintan putih

1 sudu besar jintan manis

1 btg kulit kayu manis

4 kuntum bunga lawang

7 buah pelaga

10 kuntum bunga cengkih

15 tangkai cili kering-direbus

2 labu bawang besar

1/2 labu bawang putih

2in halia(kesemua ini diblender bersama bhn yg direndam diatas)

***bahanbahan yang rendam tu, nnti airnya tu blend sekali…jangan buang airnya..

1 cawan sos tomato

1 cawan kicap pekat

2 sudu besar kerisik

4-5 tangkai daun kari

Gula, garam, kiub ayam/ daging

Cara-cara

-Tumis bawang hiris dan daun kari hingga kekuningan

-Masukkan bahan-bahan blender tumis hingga garing masukkan daging, kecilkan api biarkan sehingga air daging hampir kering dan hampir lembut masukkan kicap, sos tomato, kerisik, gula, garam, kiub dan masak sehingga kering.

-Kalau suka boleh ditambah bawang besar yang dipotong bulat masukkan diakhir sekali. Kalau gunakan ayam, goreng dahulu tapi jangan terlalu garing.

-Gula tu lebih sedap jika gunakan gula melaka asli kalau kurang manis baru tambah gula putih..

Kredit: Adnil san via Pakcu Love

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×