Nur

Elak Kena Sihir Masa Makan Di Luar, Amalkan Baca Doa Ini

2
SHARES
doa elak sihir makanan

Baca doa makan sebelum menikmati makanan merupakan perkara asas yang biasa dilakukan orang Islam. Selain itu, apabila berada di luar rumah, alangkah baiknya jika anda mengamalkan juga doa elak sihir makanan ini.

Ia sebagai ayat pelindung untuk menghindarkan diri dari terkena gangguan jin dan syaitan laknatullah, terutamanya jika anda kerap makan di luar seperti di restoran. Sebagaimana perkongsian @laikhaathome di laman Lemon8 ini.

Baca juga: Habis Je Beri Salam Sesudah Solat Terus Sapu Muka, Ada Ke Hadis Nabi Buat?

DOA ELAK SIHIR MAKANAN

doa elak sihir makanan

Gambar: Lemon8 @laikhaathome

Sekarang ini, Laikha kerap makan di luar. Boleh cakap sejak masuk tahun baru, Laikha belum lagi makan masakan sendiri di rumah sebab sibuk sangat.

Lepas itu, Laikha teringatkan satu ayat yang kita kena baca bila makan di luar. Sebenarnya ini ayat pelindung untuk hindar diri kita dari terkena gangguan jin dan syaitan laknatullah.

Baca juga: Amalan & Doa ‘Pagar Rumah’, Buat Ini Pada Pintu Tiap Kali Nak Keluar!

Antara tanda-tanda terkena sihir melalui makanan atau minuman:

  1. Anda rasa ngilu atau sakit di bahagian tepi perut sejurus makanan ditelan.
  2. Kerap muntah selepas makan.
  3. Rasa mual bila dengar ayat suci Al-Quran.
  4. Ini kerap terjadi, perut rasa macam masuk angin tapi bila ambil wuduk atau nak solat automatik terkentut-kentut.
  5. Hilang selera makan atau sentiasa rasa lapar.
  6. Bila pejam mata, nampak seakan tali atau rambut yang berjuntai.

Baca juga: Hukum Kanak-Kanak Solat Saf Hadapan Bersama Orang Dewasa, Minta Pergi Belakang Ke?

Baca juga: Himpunan 7 Doa Minta JODOH, Semoga Tahun Depan Makan Nasi Minyak!

Bila kena baca doa ini?

doa elak sihir makanan

Gambar: Lemon8 @laikhaathome

    1. Baca 3x setiap pagi dan petang. Bila anda nak pergi mana-mana tempat berisiko atau merbahaya, nak bermusafir atau nak balik kampung.
    2. Baca 3x masa nak balik ke rumah dari mana-mana sekalipun, baca masa sedang dalam perjalanan pulang.
    3. Semasa nak baca, bacaan jadi tersekat-sekat atau ada gangguan ketika membaca doa, rehatkan diri dulu. Lepas itu, cuba baca lagi sehingga 7x bacaan lancar baru teruskan perjalanan.
    4. Jika hendak menjamah makanan atau minuman di luar rumah seperti di restoran dan R&R, sila baca dalam hati 3x. Jika makanan tersebut mengandungi racun atau santau, dengan izin Allah SWT, cawan atau pinggan itu pecah.
    5. Sebelum membaca doa menaiki kenderaan, baca doa ini dahulu sebagai pelindung dari terkena apa sahaja bentuk kemalangan jalan raya.
    6. Amalkan setiap kali lepas solat, baca 3x kalau anda seorang peniaga. Insha Allah, tidak menanggung kerugian.

Baca juga: Hukum Mencabut & Mewarna Putih UBAN Kepada Warna Lain!

Sumber: Lemon8 @laikhaathome

FT Image: Lemon8 @laikhaathome / freepik

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×