Asuh

Lambat Membaca Bukannya Malas, Tapi Mungkin Disleksia. 8 Tanda Perlu Tahu

1K
SHARES
tanda disleksia

“Apa yang Amir belajar dekat sekolah ni? Dah nak masuk 7 tahun pun tak pandai baca lagi. Puas mengajar di rumah pun macam tak ada perubahan. Risau betul Mama tengok…”

Ibu bapa mana yang tak risau bila anak yang dah nak melangkah ke Darjah 1 masih belum tahu membaca atau mengeja. Kalau nak dikatakan ‘lembab’, rupa fizikalnya nampak biasa saja. Cikgu pun tak pernah adukan apa-apa masalah masa tentang kelakuannya semasa di tadika. Mungkinkah ada penyebab lain yang menjadi punca anak lambat membaca?

Sebenarnya, terdapat sebuah ‘sindrom lambat membaca’ yang dikenali sebagai disleksia. Dalam portal kesihatan Myhealth dijelaskan bahawa kanak-kanak yang mengalami disleksia ini apada umumnya kelihatan normal seperti kanak-kanak lain. Malah, ada di antara mereka juga dikatakan lebih bijak dalam berfikir.

Sungguhpun bukan satu penyakit berbahaya, tetapi kesannya boleh menyebabkan kanak-kanak ketinggalan dalam pembelajaran. Namun, tidak semua kanak-kanak disleksia akan mempunyai tanda-tanda yang sama.

Berikut adalah antara tanda disleksia yang ibu bapa perlu tahu.

8 Tanda Disleksia Pada Anak Yang Ibu Bapa Perlu Tahu

Menurut Dr Juliana Hashim menerusi Doktorbudak.com, tanda disleksia boleh dikenalpasti seawal umur anak 5 ½ tahun.  Ia adalah masalah yang dialami oleh otak untuk menterjemahkan imej tulisan kepada kefahaman. Ia melibatkan masalah pembelajaran disebabkan kelainan struktur dan fungsi otak.

1. Masalah Lewat Pertuturan

Ada banyak sebab yang menjadi punca seseorang anak lambat bercakap. Disleksia adalah salah satu daripadanya. Biasanya, mereka lambat mengenalpasti suatu perkataan baru dan kurang cekap menamakan objek.

Akibat kesukaran memproses maklumat, seseorang yang mengalami disleksia juga selalu tersasul apabila menyebut perkataan yang agak panjang; seperti tersilap menyebut ‘kepala’ untuk ‘kelapa’.

Speech Therapy di Malaysia

Foto Kredit: purchasefamilymag.com

2. Lambat Membaca

Antara sebab disleksia menjadikan anak susah membaca adalah masalah mengenal huruf, apatah lagi untuk membaca. Mungkin ada antara anak ini yang memberi alasan ‘tidak nampak’ atau nampak huruf tersebut seakan-akan ‘bergerak’ di atas kertas.

Proses mengajarkan anak disleksia untuk membaca nampak begitu lambat berbanding anak normal. Mereka sukar diajar dengan kaedah fonik. Malah, sesetengah mereka akan berasa cenderung menghindari kegiatan membaca dan menulis sama sekali.

Foto Kredit: therapiesforkids.com.au

3. Susah Menulis

Walaupun menyalin semula sesuatu huruf atau menulis perkataan di papan hitam nampak begitu mudah, namun ia boleh menjadi sesuatu yang sangat susah bagi anak yang mengalami disleksia.

Bukan setakat itu, mereka juga sering melakukan kesilapan dan tertukar huruf atau abjad; misalnya huruf “d” sering tertukar dengan huruf “b”, atau angka “6” dengan angka “9”.

kanak-kanak disleksia

Foto Kredit: slideshare.net

4. Berpewatakan Cuai

Sesetengah anak disleksia menampakkan ciri seperti cuai dalam pergerakan motor. Mereka ini mungkin mudah jatuh, sering tersalah pakai kasut, atau menghadapi masalah untuk melompat.

Selain itu, bahagian anggota tangan yang dominan juga tidak dapat dikenal pasti.

Foto Kredit: theautismguide.org

5. Sukar Memahami Arahan

Arahan yang panjang sukar untuk diproses oleh pemikiran anak disleksia. Ini kerana tidak mudah bagi mereka untuk menggarap konsep yang biasa digunakan seperti atas/bawah, dalam/ luar, depan/belakang. Mereka juga sukar mengenalpasti kiri dan kanan.

7 Sifat Guru Tadika Terbaik Yang Ibu-Bapa Mahu!

Foto Kredit: Amin Farij Hassan, Kosmo.com.my

6. Mudah Lupa

Sebenarnya, individu disleksia boleh berjaya kerana IQ mereka sama sahaja dengan orang lain. Cuma, masalah mudah lupa terhadap sesuatu yang baru berlaku (short term memory lost) menyebabkan mereka sukar belajar.

Jika tidak diatasi dengan teknik pembelajaran yang sewajarnya, ia boleh menyebabkan perasaan malu, kurang keyakinan, dan rasa tertekan di kalangan anak-anak.

kanak-kanak disleksia

Foto Kredit: redorbit.com

7. Masalah Belajar Matematik

Selain membaca, disleksia juga boleh menjadi punca seseorang mengalami kesulitan memahami konsep matematik yang asas seperti penambahan dan pengurangan.

Mereka juga mungkin berasa sukar mengenal masa atau membaca jam dan berasa susah mengingat hari, tarikh lahir, alamat, nombor telefon.

permainan pintar

Foto Kredit: mathmanipulativesatoz.com

8. Lebih Terserlah Bakatnya Dalam Bidang Kreatif

Anak yang kurang konsentrasi dalam membaca atau menulis mungkin akan menampakkan lebih minat dalam aktiviti berbentuk hands-onIa boleh mendorong mereka untuk cenderung kepada aktiviti berunsur seni dan artistik seperti lukisan, rekacipta, membuat kraftangan, atau lakonan.

Foto Kredit: cmuse.org

Rawatan Disleksia Di Malaysia

Menurut Pengerusi Persatuan Disleksia Malaysia, Sariah Amirin menegaskan supaya ibu bapa menyokong anak-anak disleksia. Sifat bimbang atau tekanan yang dihadapi akibat kesukaran penerimaan pembelajaran dikhuatiri boleh merencatkan kebolehan mereka. Mereka tidak boleh dibiarkan berterusan belajar dalam keadaan yang tertekan kerana ada teknik tertentu yang lebih sesuai untuk diajarkan kepada mereka.

Oleh itu, ibu bapa seharusnya peka dan tidak teragak-agak untuk mendapatkan bantuan pembelajaran bagi anak-anak ini. Setakat 2016, 13 pusat Persatuan Disleksia Malaysia telah diwujudkan di seluruh tanah air bagi membantu kanak-kanak yang mengalami disleksia.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×