Famili

5 Kesilapan Ibu Bapa Punca Anak Lambat Bercakap

5.6K
SHARES
punca anak lambat bercakap

Sejak berumur dua bulan, bayi seharusnya sudah pandai mengeluarkan suara seolah-olah bercakap. Namun begitu, percakapan bayi di usia ini tidak mungkin difahami. Bayi di usia ini hanya berbual-bual kosong tanpa maksud dan penyampaian. Semakin meningkat usianya, bayi akan berubah gaya percakapannya.

Bermula dari hanya mengeluarkan suara, hinggalah boleh bercakap satu suku kata seperti ba, ma, ta, da, dan seterusnya beroleh satu perkataan pendek yang mudah seperti mama, baba, dada, tata. Bayi di usia ini juga sudah faham maksud dan tahu bagaimana menyampaikan sesuatu hasrat walaupun dalam keadaan pelat.

Berdasarkan kajian, purata anak yang boleh mula bercakap ialah pada sekitar umur satu tahun ke atas. Akan tetapi, terdapat juga sesetengah anak yang masih tidak pandai bercakap walaupun sudah berumur tiga tahun.

Selain faktor semulajadi, punca anak lambat bercakap juga mungkin datangnya daripada kesilapan ibu bapa sendiri.

Foto Kredit: textodegaragem.com

Foto Kredit: textodegaragem.com

5 Kesilapan Ibu Bapa Punca Anak Lambat Bercakap

Ini 5 punca anak lambat bercakap yang perlu anda tahu.

1. Kurang Terlibat Dalam Perbualan

Anda perlu banyakkan berbual dengan anak. Katakanlah apa jua perkara yang boleh menarik minat anak anda untuk berbual biarpun anak anda akan membalas percakapan anda dengan bahasa yang kurang difahami.

Selain membantu anak untuk bercakap, teknik ini juga dapat mengeratkan ikatan antara anda dan anak anda.

Ada anak yang terlalu malu atau tak berani bersuara kerana takut dimarahi dek hubungan yang kurang akrab dengan ibu bapa.

punca anak lambat bercakap

Foto Kredit: bbmundo.com

2. Kurang Pendedahan Pada Perkataan

Perlu diingat, anak-anak tidak semestinya diperkenalkan dengan perkataan baru melalui buku, tetapi juga kesemua deria rasa mereka – iaitu apa yang dilihat, disentuh, dirasa dengan lidah, atau dihidu. Ini tentu akan memberi mereka pengalaman yang lebih mendalam.

Ini bermaksud, bermain dengan anak secara aktif dapat membantu meluaskan kosa kata anak.

Anak anda akan ingat perkataan yang disebut berulangkali dan bakal faham maksudnya. Mereka juga akan tahu bilakah masa yang sesuai untuk menggunakan perkataan tersebut.

punca anak lambat bercakap

3. Terlalu Lama Dengan Gajet

Dalam zaman serba canggih ini, memang sukar untuk kita menghalang anak daripada menonton gajet. Benar, ada banyak rancangan dan video pendidikan dalam gajet yang boleh merangsang minda mereka. Tetapi, kebanyakan komunikasi ini adalah bersifat 1 hala.

Berbeza dengan bermain di luar atau dalam dunia sebenar, permainan di alam maya tidak menekankan koordinasi tangan-mata atau emosi anak untuk bersuara.

Apabila ada yang merespon terhadap suara anak, barulah mereka akan lebih bersemangat untuk mengucapkan lebih banyak perkataan.

tablet gajet

4. Mengajuk Anak Bercakap Pelat

Anak-anak yang baru belajar bercakap pasti tidak betul sebutannya atau dipanggil pelat.

Kita sebagai orang dewasa yang boleh bercakap dengan lancar tidak seharusnya mengikut percakapan anak-anak yang pelat.

Cakaplah seperti biasa agar anak-anak mengerti apa yang disebut itu salah dan akan berusaha untuk mengikut gaya percakapan yang betul. Jangan biasakan mengajuk anak anda bercakap pelat kerana ianya akan mengganggu proses percakapannya.

bayi cepat bercakap

Foto Kredit: popsugar.com

5. Pergaulan Yang Terhad

Anak-anak yang selalu bergaul dengan orang dewasa biasanya akan lebih cepat bercakap berbanding anak-anak yang bergaul dengan rakan sebaya.

Anak-anak yang dihantar ke pusat jagaan biasanya kurang bercakap jika dibandingkan dengan anak-anak yang dihantar ke rumah pengasuh persendirian. Walaubagaimanapun, ia juga bergantung kepada komunikasi antara pengasuh dan anak-anak.

punca anak lambat bercakap

Foto Kredit: huffingtonpost.com

Turut Dipengaruhi Faktor Genetik & Kesihatan

Selain faktor luaran yang disebutkan di atas, punca anak lambat bercakap mungkin juga berasal daripada punca semulajadi seperti genetik atau kesihatan.

Contohnya, bayi yang dilahirkan kurang berat atau pra-matang didapati mempunyai lebih kebarangkalian untuk lambat bercakap selain faktor genetik yang dipengaruhi oleh keturunan.

Jadi, anda boleh bertanyakan ibu bapa anda sama ada keluarga anda mempunyai sejarah keterlewatan bahasa di kalangan ahli keluarga lain.

kenapa anak lambat bercakap

Foto Kredit: unikassa.ru

Jangan biarkan ianya berterusan

7 faktor di atas ini adalah antara punca anak lambat bercakap yang paling umum.

Menurut doktorbudak.com, jika anda ingin mendapatkan kepastian kenapa anak lambat bercakap ini yang boleh anda lakukan:

  • berjumpa doktor kanak-kanak
  • berjumpa pakar terapi bahasa atau pathologist
  • berjumpa audiologist (pakar telinga) untuk mengenalpasti sama ada anak mengalami masalah pendengaran yang menjejaskan proses bercakap

Anda disyorkan untuk mendiagnosa dan mendapatkan rawatan awal untuk kesan yang lebih positif. Apapun, jangan putus asa dalam mengajar anak-anak bercakap kerana setiap anak mempunyai tahap kecerdasan yang berbeza.

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×